Wednesday, 11 January 2012

‘Pekan sampah’ kian pulih


KENINGAU: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini sedang bekerja keras untuk memulihkan imej buruk Pekan Keningau yang digelar ‘pekan sampah’ dan ‘pekan rojak’.
Usaha yang berterusan oleh pihak Majlis Daerah Keningau (MDK) itu telah menampakkan hasil di mana kebersihan pekan bertambah baik.
Pengerusi Majlis Daerah Keningau (MDK), Amat Mohd Yusof, berkata pihaknya telah melantik sebuah syarikat tempatan di sini untuk menjalankan tanggungjawab menjaga kebersihan pekan ini.
 Amat yang juga Pegawai Daerah Keningau, berkata MDK telah memohon peruntukan kepada kerajaan untuk membina Pasar Baru dan Dewan Masyarakat Baru serta Landskap Pengindahan Bandar. 
“Usaha itu bertujuan untuk memulihkan imej Pekan Keningau yang tercalar,” katanya semasa berucap pada majlis upacara angkat sumpah Ahli-ahli Majlis Daerah di sini pada Selasa
Majlis itu disaksikan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga Ahli Parlimen Keningau dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor, Datuk Justin Guka.




No comments:

Post a Comment