KUALA LUMPUR, 20 Jan: Jumlah
pengikut laman sosial Twitter Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melepasi
jumlah 400,000 orang.
Perdana Menteri dalam Tweetnya
pada pukul 4.59 petang mengumumkan: "Jumlah pengikut saya di Twitter sudah
melepasi 400,000 orang.
"Terima kasih atas sokongan
anda semua. Diharap interaksi kita akan berterusan.
Pada pukul 6.31 petang, Najib
yang tweet@NajibRazak sejak 21 Sept 2008, berkata beliau gembira dan terharu
kerana dapat menjangkau 400,000 pengikut tweeter.
"Saya akan berusaha lebih
gigih lagi untuk anda semua dan negara," tweetnya."
Walaupun mempunyai jadual padat
hari ini, Najib meluangkan masa untuk tweet mengenai aktivitinya dengan
memaklumkan pengikutnya tentang lawatan kerjanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula
di Wangsa Maju pagi tadi.
Beliau juga mengambil masa untuk
membalas pesanan yang dihantar oleh pengikut-pengikutnya.
Pesanan balas oleh Perdana
Menteri itu secara peribadi kepada pengikutnya telah berjaya dalam berinteraksi
dengan rakyat.
Selain Najib, ramai ahli politik
termasuk pemimpin pembangkang turut mempunyai pengikut di Twitter.
Ketua Pembangkang Datuk Seri
Anwar Ibrahim setakat ini mempunyai seramai 126,440 pengikut, Ketua Menteri
Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang juga setiausaha agung DAP, memiliki 276,230
pengikut dan penasihat DAP, Lim Kit Siang pula mempunyai 48,675 pengikut.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz
Nik Mat mempunyai lebih ramai pengikut di laman Twitternya iaitu 30,463
berbanding Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempunyai 11,666
pengikut. - Bernama
No comments:
Post a Comment