LABUAN, 18 Jan: Seorang peniaga mengambil risiko mengejar dua lelaki
yang merompaknya wang RM14,500 sejurus selepas beliau mengeluarkan wang itu
dari sebuah bank di sini.
Ketua Polis Labuan Supt Saiman Kasran berkata hari ini
kejadian itu berlaku di luar pejabat peniaga itu di Kg Durian Tunjong dekat
sini pada kira-kira 10.40 pagi Isnin lepas.
Sebelum itu, Saiman berkata peniaga itu diekori oleh dua
lelaki yang tidak dikenali menaiki motosikal dan melihatnya mengeluarkan wang
dari bank.
Saiman berkata ketika peniaga ini menuju ke pejabatnya,
dua lelaki itu tiba-tiba merampas begnya yang mengandungi wang tersebut dan
melarikan diri.
“Peniaga itu mengejar mereka dengan kereta dan cuba
menyekat dua lelaki itu tetapi gagal,” katanya.
Saiman berkata polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen
379 Kanun Keseksaan.
Beliau menasihatkan
orang ramai yang mengeluarkan wang yang banyak dari bank supaya lebih
berhati-hati.
No comments:
Post a Comment