 |
SUMBANGAN WANG … Jusli (kanan) menyampaikan sumbangan itu kepada Sabri disaksikan Supt. Jauteh Dikun (tengah), Amran (kanan sekali) dan ahli jawatankuasa yang lain.
|
RANAU: Rumah
Putera Harapan Ranau menerima sumbangan kewangan berjumlah RM16,700.
Sumbangan itu
hasil inisiatif jawatankuasa sementara
Kelab Golf Ranau dan Kelab Rekreasi Ranau serta para pemain golf daerah itu.
Wang itu dikutip melalui
Kejohanan Golf Amal yang dianjurkan oleh jawatankuasa berkenaan yang telah
dilangsungkan di Padang Kelab Golf Ranau baru-baru ini.
Menurut pengerusi
penganjur Jusli Potoh, kejohanan khas yang julung kali diadakan itu bertujuan mengutip
derma bagi mendapatkan sumber kewangan untuk didermakan kepada seramai 25 orang
penghuni rumah anak yatim itu.
Jusli yang juga merupakan
Pemangku Pengurus Besar Sedcovest Holding Sdn Bhd, telah menyampaikan sendiri sumbangan berkenaan
kepada Pengurus Rumah Putera Harapan Mohd. Sabri Abdullah dalam satu majlis
ringkas di Kelab Rekreasi Ranau.
Sambil mengucapkan
terima kasih dan penghargaan kepada semua pemain gof dan penderma (syarikat dan
orang perseorangan) yang menyumbang pada kejohanan itu, Jusli berkata kejohanan
sedemikian akan diteruskan dimasa depan di daerah lain pula.
Turut hadir di
majlis itu, Timbalan pengerusi penganjur, Supt. Jauteh Dikun, Bendahari kejohanan
Amran Muntu dan ahli jawatankuasa yang lain.
No comments:
Post a Comment