JAKARTA, 21 Jan, (Bernama): Seorang pemotong kayu mati
dipercayai diterkam harimau di kawasan hutan Baru Nalo, daerah Maringin, negeri
Jambi, Sumatera.
Penduduk kampung menemui mayat Sargawi dalam keadaan
mengerikan pada Sabtu dengan beberapa bahagian badan yang telah terpisah,
sehari setelah beliau dilaporkan hilang.
Polis percaya lelaki berusia 33 tahun dari kampung Sungai
Pinang itu telah diterkam harimau ketika sedang mencari kayu dalam hutan pada
Jumaat.
Sargawi masuk ke hutan bersama beberapa rakan lain untuk
mencari kayu bagi membuat rumah dan mereka telah tinggal bersama di sebuah kem
penginapan dalam hutan itu.
Kali terakhir beliau dilihat oleh rakan-rakannya ialah
pada Khamis ketika sedang mencari kayu dan didapati hilang sejak pagi Jumaat.
Penduduk dengan bantuan polis sedang mencari harimau yang
dipercayai menerkam Sargawi untuk ditangkap dan dipulangkan ke habitat asalnya.
Jika tidak, mereka mereka bimbang harimau berkenaan akan
terus mengancam keselamatan penduduk kampung.
No comments:
Post a Comment