Saturday, 21 January 2012

Jangan biarkan ‘perasit kotor’ pengaruhi minda: Hamisa


TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat mendedahkan ada pihak tertentu di daerah itu yang cuba memusnahkan kehormanian rakyat semata-mata kepentingan politik sempit mereka.
“Rakyat perlu pertahankan ikatan perpaduan ini yang telah terbina sejak sekian lama. Jangan biarkan ‘perasit kotor’ itu menyusupi dan meracuni minda kita kerana propaganda mereka itu adalah jahat,” tegasnya.
Masyarakat di daerah ini perlu kembali kepada sejarah politik negara di mana perpaduan yang berjaya dikekalkan sehingga hari ini adalah berasaskan kebijaksanaan pemimpin terdahulu membina keutuhan parti perikatan demi keharmonian sejagat," katanya selepas meghadiri Karnival Tahun Baru Cina di perkarangan Majlis Perbandaran Tawau di sini, Jumaat.

BERSAMA MASYARAKAT CINA ... Hamisa bersama-sama masyarakat Cina di Karnival Tahun Baru Cina.



No comments:

Post a Comment