BR1M BUKAN PANCING UNDI PRU-13 ... Adun Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat
menegaskan pemberian baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan ‘umpan politik’
Barisan Nasional untuk PRU-13, bahkan tidak bermotifkan politik.
“Ini kerana semua rakyat yang layak turut menikmatnya tanpa prejudis
politik. Itu adalah bantuan ikhlas kerajaan untuk membantu mengurangkan beban
hidup rakyat,” katanya selepas menghadiri Program Kenduri Sekampung dengan
penduduk Kampung Kuala Merotai, Tawau, Jumaat.
“Saya harap pembangkang jangan
asyik menentang segala apa yang diusahakan kerajaan kerana penyokong mereka
turut dibantu tidak kira apa jua keadaan,” jelas Hamisa lagi.
Menyentuh dengan program itu, beliau berkata, budaya gotong-royong wajar dipraktikkan kerana ianya mempunyai
hikmah murni dalam kehidupan rakyat di negeri ini.
Katanya, amalan bergotong royong dapat
menyemai hubungan yang baik.
Turut hadir sama Pemimpin Kemajuan Masyarakat Tanjung Batu, Abdul Jalil
Rasah, Pemaju Mukim Tanjung Batu, Joh Mohd Amin, pemimpin masyarakat dengan penduduk kampung.
Rasah, Pemaju Mukim Tanjung Batu, Joh Mohd Amin, pemimpin masyarakat dengan penduduk kampung.
Kelihatan Hamisa bersama penduduk kampung pada Program Kenduri Sekampung
di Kampung Kuala Merotai itu.
No comments:
Post a Comment