NEW DELHI, 20 Jan: Pengarang kontroversi kelahiran India Salman Rushdie menarik diri daripada
menyertai Festival Kesusasteraan Jaipur yang bermula hari ini kerana bimbang
menjadi mangsa pembunuhan penjenayah Mumbai.
"Saya
baru saja mendapat maklumat daripada sumber perisikan di Maharashtra dan
Rajasthan bahawa pembunuh upahan daripada kumpulan penjenayah Mumbai mungkin datang
ke Jaipur untuk menamatkan riwayat hidup saya," katanya yang dipetik oleh
akhbar Times of India.
Festival
lima hari itu, yang disifatkan terbesar seumpamanya di Asia, akan dihadiri lebih
10,000 orang, termasuk 250 pengarang dan personaliti terkemuka seperti hos televisyen
terkenal Amerika Syaikat, Oprah Winfrey.
Awal
bulan ini, sebuah pergerakan agama berpengaruh yang berpangkalan di India,
Darul Uloom Deoband, memberi amaran akan mengadakan tunjuk perasaan terhadap
Rushdie sekiranya beliau menghadiri acara itu berikutan tulisannya yang menyakiti
hati umat Islam.
"Oleh itu, saya tidak akan
ke Jaipur seperti yang dirancang," kata pengarang berusia 64 tahun itu
yang kini menjadi warganegara Britain. - Bernama
No comments:
Post a Comment