SEMPORNA: Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN) diminta memberi penjelasan kukuh kepada rakyat yang layak tetapi
gagal mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Menteri di Jabatan Ketua Menteri,
Datuk Sri Nasir Tun Sakaran (gambar), meminta agensi itu supaya membuat
penjelasan kerana ramai rakyat muskil mengenainya.
MenurutNasir, ketika penyerahan
bantuan berkenaan berlangsung di suatu kawasan, ramai rakyat yang kurang faham
dan yang telah memohon hadir beramai-ramai.
“Setiap wakil rakyat akan bekerjasama dan berusaha menangani masalah yang dihadapi oleh
pemohon BR1M. Kita akan membantu mengesan kegagalan mereka menerima BR1M itu,’’
katanya ketika majlis penyerahan surat tawaran dan pembayaran BR1M peringkat
Parlimen Semporna di dewan masyarakat di sini, kelmarin.
Sehubungan itu, Ahli Dewan
Undangan Negeri Senallang itu menggesa mereka yang layak supaya memohon sekali
lagi melalui borang rayuan yang dikeluarkan.
Jelasnya, ia berikutan tempoh
permohonan yang telah dilanjutkan
sehingga penghujung bulan Februari depan.
Sementara itu seramai 9,801 orang
layak menerima BR1M bagi kawasan Parlimen Semporna.
No comments:
Post a Comment