MENCUBA … seorang petugas media memadamkan api daripada tong gas dengan menutup corong gas menggunakan jari.
|
KOTA BELUD: Sebagai pengguna yang bertanggungjawab harus melengkapkan diri dengan ilmu dan maklumat kepenggunaan supaya dapat melindungi diri dan keluarga daripada ditipu dan ditindas oleh peniaga yang tidak beretika.
“Ilmu Kepenggunaan boleh didapati melalui ceramah-ceramah atau bahan-bahan pameran,” katanya pada Program Kepenggunaan Bersama Belia Peringkat Daerah Kota Belud di Dewan Kompleks Sukan Botung, dekat sini pada Sabtu (6 Jun 2013).
Teks ucapan beliau dibacakan oleh wakilnya Murtazzah Hj Manap.
Program itu adalah anjuran bersama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan dengan Persatuan Badminton Kota Belud yang dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan, Datuk Musbah Jamli.
Katanya proram tersebut bertujuan mendidik masyarakat khususnya golongan belia supaya memahami aspek-aspek perundangan kepenggunaan dan hak-hak mereka sebagai pengguna.
Suhaimi berkata, tujuan lain menyedarkan rakyat mengenai kuasa mereka sebagai pengguna dan, pada masa yang sama memberi penjelasan kepada masyarakat cara melindungi pengguna daripada ditipu oleh peniaga yang licik.
Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Kota Belud, Peter Yiton mewakili Pegawai Daerah Kota Belud, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR), Dewan Uundangan Negeri Tempasuk, Ali Udin Hj Paitu, Pegawai Kemajuan Rakyat (CDO) DUN Tempasuk, Siang Sibin dan Presiden Persatuan Badminton Kota Belud, Amirul Hj Jibal.
No comments:
Post a Comment