Showing posts with label Sports. Show all posts
Showing posts with label Sports. Show all posts

Monday, 20 February 2012

Piala FA: Sabah kalah, B-Keranjang: Malaysia Dragon menang


CUBA TANGKAP BOLA ...  Penjaga gol Sabah, Azizon A. Kadir (tiga, kanan) cuba menangkap bola sambil diasak oleh pemain Sime Darby, Patrick R. Wleh ketika perlawanan bola sepak Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang di Kuala Lumpur, semalam (19 Feb).
Sime Darby layak ke pusingan seterusnya selepas berjaya menewaskan Sabah dengan jaringan 2-0. – Teks dan Foto Bernama

 GASAK ... Ketua Pasukan Sabah, Mohd Reithudin (kanan) mengasak pemain Sime Darby, Patrick R.Wleh ketika perlawanan bola sepak Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang . -Teks dan Foto Bernama

PANTAS ... Pemain Malaysia Dragon, Tiras Wade (jersi putih) sempat menyelamat- kan bola dari dijaring oleh pemain Singapura Slingers ketika beraksi dalam perlawanan Pertandingan Liga Bola Keranjang AirAsia Asean di Stadium MABA di Kuala Lumpur, semalam (19 Feb). 
Malaysia Dragon menang dengan 86-71. 
Sebanyak 12 pasukan menyertai liga ini yang bermula dari 15 Jan hingga 9 Mei ini. – Teks dan Foto Bernama

Thursday, 9 February 2012

'Peminat' bola sepak masuk padang



GANGGUAN ... Seekor anjing terlepas memasuki Stadium Likas menyebabkan gangguan ketika perlawanan antara Sabah dan Kelantan dalam saingan Liga Super malam ini, di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu. Keputusan penuh, Sabah 0 Kelantan 0.

Wednesday, 25 January 2012

Garuda juarai Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah


TENOM: Pasukan Garuda menjuarai Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah sekali gus merangkul piala iringan, medal dan wang tunai RM500.
Naib johan Pemuda Tolokoson menerima RM300, piala iringan dan medal manakala, tempat ketiga, Express 44 pula menerima  RM200, piala iringan dan medal.
Tempat keempat dimenangi oleh pasukan Sime Darby menerima RM100, piala dan medal.
Idril Jainal pula dinobatkan sebagai Pemain Terbaik manakala Pasukan Terbaik pula Sime Darby.
Kejohanan itu anjuran Belia Desa Sapong dan Kelab Pemuda Tolokoson Kemabong yang berlangsung di Padang Bola Sepak Ladang Sapong, pada Ahad.
Sementara itu, pengerusi penganjur kejohanan itu Megah Intung, berkata semua hadiah disumbangkan oleh Ketua Bahagian PBS Kemabong, Sabini Ansumor.
Sabini pula dalam ucapan ringkasnya berkata, kejohanan itu bertujuan memilih pemain-pemain untuk diserapkan sebagai pemain Kelab Pemuda Tolokoson dan mengeratkan lagi hubungan belia di sekitar kawasan Kemabong.

HADIAH ... Sabini (tengah) menyampaikan hadiah kepada ketua pasukan Garuda (dua, kiri) sambil diperhatikan oleh Pengerusi Penganjur, Megah Intung (dua, kanan).

Sunday, 15 January 2012



TERLEPAS ... Penyerang Sabah, Michaec William Brendan berjaya memperdayakan pemain pertahanan Sarawak  D.R Yosri (kanan) dan penjaga gol Sarawak Saiful Amar dan menghasilkan gol pertama Sabah dalam saingan Liga Super di Stadium Likas, di Kota Kinabalu malam Sabtu.
Sabah menewaskan Sarawak 2-1. Gol-gol Sabah dijaringkan oleh Michaec William Brendan minit ke-20 dan Bobby Gonzales minit ke-45. Manakala gol tunggal Sarawak dijaringkan oleh K. Ravindran minit ke-72.