![]() |
| Rahman (duduk kiri) Musbah (kanan) ketika memeriksa empangan sumber air yang kecil untuk penduduk di sembilan perkampungan Mukim Rosok di Bukit Takutan. |
![]() |
| Batang paip yang dibina sejak tahun 70-an yang perlu diganti semula. |
Oleh Gindanau Sakat
KOTA BELUD: Sekurang-kurangnya 4,500 penduduk di sembilan buah perkampungan di Mukim Rosok, meminta jasa baik kerajaan supaya menghulurkan bantuan kilat untuk memperbaiki semula empangan sumber mata air graviti mereka di Bukit Takutan yang musnah akibat banjir kilat awal tahun ini.
Masalah tekanan air graviti yang tidak mencukupi untuk keperluan hidup setiap hari bagi masyarakat di mukim itu, bukan sahaja telah sampai dipengatahuan kedua-dua pemimpin politik, iaitu Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan dan Ahli Dewan Undangan Negeri, Tempasuk, Datuk Musbah Haji Jamli, malah mendorong mereka berdua berjalan kaki sejauh kira-kira 2 kilometer daripada 8 kilometer jalanraya perkampungan yang hanya boleh dilalui kereta, untuk ke lokasi ampangan sumber mata air yang rosak itu, di sini, baru-baru ini.
Musbah yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, beliau akan membawa perkara itu kepada pengetahuan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah dalam masa terdekat ini.
“Air adalah keperluan setiap hari, tanpa air manusia tidak dapat hidup oleh itu rakyat saya di Tempasuk terutamanya di Mukim Rokok ini, tidak mungkin saya biarkan begitu sahaja tanpa sumber air, apapun kita minta kepada masyarakat di ini, berikhtiarlah mencari sumber air untuk keluarga, sementara peruntukan itu diurus,” katanya.
Difahamkan sekurang-kurangnya sebanyak RM200,000 diperlu untuk membina semula ampangan sumber mata air di Sungai Takutan, yang mempunyai ketinggian paras laut kira-kira 1,800 kaki.
Sementara itu Rahman berkata, di mana-mana sahaja di seluruh daerah di negeri ini termasuk di Kota Belud, semuanya berhadapan dengan masalah sumber air dan tekanan air, tetapi kesulitan yang dihadapi itu, bukan berertinya kerajaan tidak bertindak dan membiarkan rakyatnya kebuluran,
“Malah kami berada di sini, bukan sahaja turun padang tetapi merastui apa yang rakyat kehendaki kita lakukan, dan saya akan bawah masalah air di daerah ini nanti dalam mesyuarat ketiga-tiga Dun saya, iaitu Datuk Musbah Tempasuk, Datuk Helbert, Kadamaian dan Datuk Japlin di Usukan,” katanya
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung(JKKK) Kampung Bangkahak, Jackson Adam berkata, sejak ampangan sumber mata air itu musnah, sekurang-kurangnya 2,500 orang pengguna yang terdiri penduduk Kampung Bangkahak Sunsum, Bangkahak Lama, Kampung Nayasan, Kampung Bangkahak Baru, Kampung Guong dan Kampung Zing, sukar mendapat air sehingga sekarang.
Manakala Pengerusi JKKK Kampung Rosok Sintum Agah berkata, di kawasannya pula sekurang-kurangnya 2,000 orang penduduk di perkampungan Rantai Rosok, Kampung Simbulon dan Kampung Bambangan sentiasa berebut air setiap hari apabila ampangan sumber mata air mereka itu kadangkala dapat menakungkan air.
Sementara itu, Ketua Kampung Bangkahak, Sual Bulleh, yang bagi pihak masyarakat di mukim itu, ingin menghulurkan ucapan terima kasih kepada kerajaan menerusi wakil rakyat mereka Datuk Musbah Haji Jamli dan Datuk Rahman Dahlan diatas keperhatinan meluluskan peruntukan pembaikan seluran paip graviti yang rosak sebanyak RM22,000.


No comments:
Post a Comment