Friday, 1 February 2013

Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah terbaik di Malaysia: Ewon


KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah merupakan antara kementerian Luar Bandar yang terbaik diseluruh Malaysia.
Menterinya Datuk Dr Ewon Ebin membuat pengumuman itu ketika berucap merasmikan majlis Perhimpunan kakitangannya  di bilik meryuarat utama KPLB di Sembulan, kelmarin.
Katanya,  prestasi  kementerian itu pada tahun lalu amat membanggakan apabila memperolehi  4 bintang dalam Sistem Penarafan Bintang (SSR).
“Kementerian itu juga telah melaksanakan semua tugas dengan baik dan sempurna terutamanya dalam usaha untuk membasmi kemiskinan,” jelas Ewon.
Sebagai contoh, tambahnya, pembinaan Program Bantuan Rumah (PBR) kepada rakyat telah dapat dilaksanakan 100  peratus seperti yang dirancang malah penubuhan Mini Estet Sejahtera (Mesej) untuk membasmi kemiskinan juga sangat berkesan.
“Semua ini katanya adalah hasil kerjasama berpasukan oleh semua kakitangan kementerian itu di seluruh negeri Sabah,” ujarnya.
Terdahulu, Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Ghulam Jelani berkata  tujuan majlis tersebut adalah untuk memberi pengiktirafan kepada kakitanganh sokongan yang telah lama berkhidmat serta mempunyai disiplin kerja yang baik di kementerian itu.
Menurut Ghulam, Pemberian “Anugerah Perkhidmatan Cemerlang”  kepada kakitangan sokongan ini diperkenalkan sebagai motivasi kepada semua kakitangan  agar mereka tidak merasa terpinggir sebagai kakitangan KPLB.
Pemberian anugerah itu  penting sebagai idola dan contoh kepada semua kakitangan lain untuk lebih memajukan lagi prestasi kerja sendiri, tambahnya.
Pada majlis itu, Puan Connie Moliku telah dipilih sebagai penerima anugerah cemerlang KPLB bagi bulan Disember 2012 yang disampaikan sendiri oleh Datuk Ewon.
Turut hadir di majlis itu, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Sairin Karno, Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Ghulam dan Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Ghulam Jelani Setiausaha Politik Japirin Sahadi serta para pegawai kanan kementerian.

TAHNIAH …Ewon menyampaikan Anugerah Cemerlang kepada Connie disaksikan Ghulam (kiri) dan Sairin (kanan).
  

SIJIL SSR … Ewon (tengah) menyampaikan sijil Sistem Penarapan Bintang kepada Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Ghulam Jelani  (kiri) disaksikan Sairin (kanan).
  





No comments:

Post a Comment