Thursday, 28 February 2013

Rakyat harus bijak pilih kerajaan, kata Musbah


OLEH GINDANAU SAKAT

KOTA BELUD: Rakyat harus bijak memilih kerajaan yang lebih berpengalaman mengurus kewangan negara, kata Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Musbah Haji Jamli.
Katanya,  memilih kerajaan yang bakal muflis dan menjejaskan kawangan  negara, akhirnya rakyat juga akan  menderita, kerana  rata-rata pemimpin pembangkang itu tidak mahir  mengurus kewangan secara berhemah. 
“Kita tidak yakin dengan janji politik pembangkang yang boleh merosakkan tradisi  dalaman menguruskan kewangan secara berhemah.  
“Kita juga  perlu menilai sama ada janji pembangkan boleh dilaksanakan  atau tidak, atau itu hanya pembohongan dan pancing undi, untuk mencapaikan cita-cita dan kepentingan pribadi mereka,” tambahnya.
“Bayaran elaun sara hidup bulanan pada kadar RM200 sebulan kepada pemilik individu vessel perikanan  dan perkerja warganegara yang berkerja diatas vessel berlesen,  adalah antara usaha kerajaan membantu golongan nelayan meringankan beban menghadapi tekanan ekonomi ,” jelas Musbah lagi
Musbah yang juga Ahli Dewan Undengan Negeri (Adun) Tempasuk berkata demikian ketika melancarkan Majlis Penyerahan Elaun Sara Hidup Nelayan RM200 tunai kepada 625 orang nelayan yang  layak di dewan masyarakat di sini, kelmarin.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Cawangan Sabah, Mohd Jamil Abdulah, Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Kota Belud, Makbul Matdin, Wakil Peladang Kawasan Kota Belud, Amin Berangga, ALP Nekmat, Madrah Talih dan kakitangan IPD Polis Kota Belud.
Sehubungan itu,  Musbah juga  mengajak rakyat supaya sentiasa mensyukuri nikmat pembangunan dan kehormanian  yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional.
Katanya,  kestabilan politik masa kini adalah hasil kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang membolehkan segenap lapisan masyarakat   menikmati perjalanan hidup  lebih aman dan damai.
Musbah berkata, pemberian  Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) sebanyak RM500 bagi dewasa dan RM250  bagi belia,  Bantun  Khas Persekolahan  RM100 dan Program RM200 Elaun Sara Hidup (ESH) Nelayan,   membuktikan Kerajaan, Barisan Nasional, memenuhi setiap janji kepada rakyat, tanpa mengira  bangsa dan Ugama.

BAYAR ELAUN NELAYAN … Musbah menyampaikan Bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan kepada salah seorang anak menerima ESH bagi pihak ibu bapanya  yang lain sedang menunggu geliran.


Tuesday, 26 February 2013

Syukuri nikmat pembangunan yang dibawa BN: Musbah


OLEH GINDANAU SAKAT

KOTA BELUD: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Musbah Haji Jamli  mengajak rakyat supaya  mensyukuri nikmat pembangunan dan kehormanian  yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional.

Katanya,  kestabilan politik masa kini adalah hasil kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman yang membolehkan segenap lapisan masyarakat   menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Sebagai contoh, katanya, pemberian  Bantuan Rakyat 1Malaysia(BRIM),  Bantuan  Khas Persekolahan  RM100 dan Program RM200 Elaun Sara Hidup (ESH) Nelayan  dan tangki 1Malaysia telah  membuktikan Kerajaan, BN, memenuhi setiap janji kepada rakyat, tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan Ugama, katanya

Beliau berkata demikian  pada majlis penyerahan tangki 1Malayisa kepada  30 ketua keluarga di Kampung Toburon Kecil, dekat sini, pada Isnin.

Musbah berkata, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri, Tempasuk selain penerima tangki 1Malaysia.

Beliau juga  ingin mengajak  masyarakat penduduk Kampung Toburon  Tombulawan yang bakal menikmati arus pembangunan infrasturktur, prasarana dan air yang  bersih tidak lama lagi menerusi pelaksanaan Mini Eset Sejahtera (MESEJ), begitu juga  kepada pendudik Kampung Sarang dan Kampung Taburon yang kini  masing-masing menikmati mendapat tanah kerajaan (Safoda)  2,500 ekar dan  jalan raya dari Timbang ke Dudar yang menelan telah belanja RM38 juta.

Katanya, memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional bererti rakyat sudah matang, demi untuk kesinambungan pembangunan di Tempasuk khususnya  di Mukim Dudar.

“Memberikan sokongan kepada pembangkang tidak akan menjamin  masa depan berbanding dengan  pencapaian  kerajaan  Barisan Nasional khasnya dalam  konteks pembangunan luar bandar, dimana di Kota Belud kita ada projek mega seperti Jalapang Padi, Agoropolitan, Akuakultur, Pembangunan persisiran pantai, Hub Pelancongan dan projek penemuan telaga minyak terbaru di Kuala Abai,” katanya.

TANGKI 1MALAYSIA ... Musbah (tengah) beri isyarat 1Malaysia sebagai simbolik penyerahan 30 tangki 1Malaysia kepada masyarakat Kampung Toburon Kecil di Kota Belud.

Friday, 1 February 2013

Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah terbaik di Malaysia: Ewon


KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah merupakan antara kementerian Luar Bandar yang terbaik diseluruh Malaysia.
Menterinya Datuk Dr Ewon Ebin membuat pengumuman itu ketika berucap merasmikan majlis Perhimpunan kakitangannya  di bilik meryuarat utama KPLB di Sembulan, kelmarin.
Katanya,  prestasi  kementerian itu pada tahun lalu amat membanggakan apabila memperolehi  4 bintang dalam Sistem Penarafan Bintang (SSR).
“Kementerian itu juga telah melaksanakan semua tugas dengan baik dan sempurna terutamanya dalam usaha untuk membasmi kemiskinan,” jelas Ewon.
Sebagai contoh, tambahnya, pembinaan Program Bantuan Rumah (PBR) kepada rakyat telah dapat dilaksanakan 100  peratus seperti yang dirancang malah penubuhan Mini Estet Sejahtera (Mesej) untuk membasmi kemiskinan juga sangat berkesan.
“Semua ini katanya adalah hasil kerjasama berpasukan oleh semua kakitangan kementerian itu di seluruh negeri Sabah,” ujarnya.
Terdahulu, Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Ghulam Jelani berkata  tujuan majlis tersebut adalah untuk memberi pengiktirafan kepada kakitanganh sokongan yang telah lama berkhidmat serta mempunyai disiplin kerja yang baik di kementerian itu.
Menurut Ghulam, Pemberian “Anugerah Perkhidmatan Cemerlang”  kepada kakitangan sokongan ini diperkenalkan sebagai motivasi kepada semua kakitangan  agar mereka tidak merasa terpinggir sebagai kakitangan KPLB.
Pemberian anugerah itu  penting sebagai idola dan contoh kepada semua kakitangan lain untuk lebih memajukan lagi prestasi kerja sendiri, tambahnya.
Pada majlis itu, Puan Connie Moliku telah dipilih sebagai penerima anugerah cemerlang KPLB bagi bulan Disember 2012 yang disampaikan sendiri oleh Datuk Ewon.
Turut hadir di majlis itu, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Sairin Karno, Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Ghulam dan Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Ghulam Jelani Setiausaha Politik Japirin Sahadi serta para pegawai kanan kementerian.

TAHNIAH …Ewon menyampaikan Anugerah Cemerlang kepada Connie disaksikan Ghulam (kiri) dan Sairin (kanan).
  

SIJIL SSR … Ewon (tengah) menyampaikan sijil Sistem Penarapan Bintang kepada Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Ghulam Jelani  (kiri) disaksikan Sairin (kanan).