Tuesday, 17 January 2012

Sheila Marcia tanpa seluar dalam



TAK SERIK ...  Bintang sinetron ‘Anugerah’, Sheila Marcia, 22,  mencetuskan kontroversi sekali lagi selepas gambar panas miripnya tanpa seluar dalam disebarkan di internet.
Gambar-gambar panas yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @Neen_martha menunjukkan Sheila sedang bergambar di atas sinki di sebuah bilik mandi tanpa memakai seluar dalam.
Sebelum ini, Sheila yang sedang hamil lima bulan pernah mencetuskan kontroversi apabila gambar nakalnya dengan seorang jejaka disebarkan pada April 2011.

37 terima ‘ang pau’ Tahun Baru Cina


TAWAU: Wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat, menegaskan bahawa tidak ada satu pun kerajaan di dunia ini seperti Barisan Nasional (BN) yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap  masalah rakyat.
Katanya, kerajaan BN saban hari bekerja keras untuk mencari jalan untuk membantu meringankan hidup rakyat, antaranya pemberian BR1M RM500.
“Hanya kerajaan yang tinggi berkredibiliti dan cekap sahaja mampu membela nasib golongan berpendapatan rendah,” katanya selepas menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan asas kepada 37 orang kurang berkemampuan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Tanjung Batu di sini pada Isnin.

 BERGAMBAR … 37 penerima sumbangan Tahun Baru Cina bergambar kenangan bersama Hamisa.


 

TERIMALAH … Hamisa menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

Jaipin sambut baik pengasingan NCR Kota Marudu dari tanah milik Begaraya


KOTA KINABALU: Aktivis masyarakat Jaipin Mohigal menyambut baik langkah kerajaan untuk mengasingkan tanah Hak Adat Pribumi (NCR) dari kawasan yang diluluskan kepada Begaraya Sdn Bhd di Kota Marudu.
Katanya, langkah dan pendekatan itu sangat melegakan hati rakyat di daerah berkenaan yang menuntut hak terhadap tanah milik leluhur mereka sejak 1997 lagi.
“Saya berharap ianya berjalan lancar dimana rakyat diberi hak sepenuhnya terhadap tanah milik nenek moyang mereka untuk kesinambungan hidup genarasi akan datang,” katanya sebagai mengulas kenyataan Menteri Sains,  Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang berkata bahawa tanah-tanah NCR Kota Marudu akan diasingkan dari kawasan yang diluluskan kepada Begaraya Sdn Bhd.
Dr Maximus membuat kenyataan itu selepas mesyuarat yang dipengerusikan Oleh Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Datuk Osman Jamal di Kota Marudu baru-baru ini yang turut dihadiri oleh Adun Tandek, Anita Baranting, Adun Matunggung, Sarapin Magana dan para pegawai Begaraya.
Antara lain Dr Maximus berkata, kerja-kerja pengukuran akan dilakukan oleh pasukan ukur selepas Tahun Baru Cina ini bermula dari Kampung Bombong 1 dan Kampung Samparita untuk mengeluarkan geran komunal.
Dr Maximus juga berkata, terdapat kira-kira 40 kampung di Kota Marudu yang bertindih  dengan tanah Begaraya masing-masing akan diperuntukkan tanah 40 hektar sebagai rizab kampung.
Tanah seluas 40 hektar itu termasuklah tanah perkuburan (2 hektar), kemudahan kerajaan (8 hektar), 6 hektar bagi setiap keluarga dengan anak sehingga lima orang dan 20 ekar bagi setiap keluarga lebih daripada lima orang anak.
Golongan yang berhak mendapat sebidang tanah itu adalah keluarga atau mereka yang berumur 18 tahun ke atas.
Menyentuh perkara itu, Jaipin berkata, di atas kertas pelan penyelesaian pertikaian tanah NCR dengan Begaraya nampaknya menarik, apa pun hakikatnya kita tunggu dan lihat sama ada pendekatan itu boleh dilaksanakan.
Beliau juga berterima kasih kepada Anggota Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang akhirnya menunaikan janjinya seperti yang  dilaung-laungkannya semasa kempen pilihan raya umum 2008.
Bagaimanapun, Jaipin mengingatkan supaya langkah yang diambil itu bukan ‘paracetamol politik’ untuk melegakan sementara hati rakyat menjelangnya pilihan raya umum ke-13 ini dan, selepas pilihan raya kesakitan kembali semula.

Sunday, 15 January 2012



TERLEPAS ... Penyerang Sabah, Michaec William Brendan berjaya memperdayakan pemain pertahanan Sarawak  D.R Yosri (kanan) dan penjaga gol Sarawak Saiful Amar dan menghasilkan gol pertama Sabah dalam saingan Liga Super di Stadium Likas, di Kota Kinabalu malam Sabtu.
Sabah menewaskan Sarawak 2-1. Gol-gol Sabah dijaringkan oleh Michaec William Brendan minit ke-20 dan Bobby Gonzales minit ke-45. Manakala gol tunggal Sarawak dijaringkan oleh K. Ravindran minit ke-72.




TINJAU ...  Pembantu Menteri Kewangan Sabah, DatuK Tawfiq Abu Bakar Titingan (gambar atas - bertopi) meninjau kawasan setinggan yang terbakar dalam kejadian kebakaran awal pagi kelmarin di Blok 5, Kg. Titingan di Tawau. 
Turut kelihatan (gambar bawah) orang ramai dan kanak-kanak mencari barang yang boleh diselamatkan setelah kejadian kebakaran itu.
Kejadian kebakaran 3.45 pagi kelmarin itu menyebabkan dua mangsa maut manakala beberapa buah rumah setinggan terbakar selain dua buah kereta musnah. 



Friday, 13 January 2012

BERGURAU DENGAN PEMINAT ... Penyanyi rock terkenal tanah air, Awie (kiri) dan Ella (kanan) berduet ketika menyampaikan sebuah lagu pada konsert Awie & Ella "Raja & Ratu Rock Malaysia" di Istana Budaya di Kuala Lumpur pada 12 Jan. 2012.
Konsert empat hari berlangsung hingga 15 Jan. Tiket konsert tersebut berharga antara RM43 dan RM403.

Wednesday, 11 January 2012

Kastam Sabah rampas 2,901 unit telefon bimbit


LAHAD DATU: Sebanyak 2,901 unit telefon bimbit pelbagai jenama bernialai kira-kira RM1 juta berjaya dirampas dari 126 premis perniagaan melalui operasi selama seminggu bermula 5 Jan lepas di selurun negeri.
                Timbalan Pengarah Kastam Sabah Hamzah Sundang, berkata antara telefon bimbit dirampas adalah yang diimport masuk dari negara China dan Singapura  tanpa kelulusan permit import daripada Sirim Berhad seperti ditetapkan dalam Jadual Kedua, Perintah Kastam  (Larangan Mengenai Import) 2008," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
                Katanya kategori kedua telefon bimbit yang dirampas ialah telefon yang telah berada di pasaran  tetapi tidak mempunyai label Sirim atau memakai label yang diragui.
                Beliau berkata mereka yang disabitkan mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967 iaitu bagi kesalahan menyeludup boleh dikenakan denda maksimum sehingga 20 kali ganda nilai barangan dan penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.