PENGERUSI Parti STAR Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan (kanan) khusyuk mendengar aduan-aduan daripada beberapa pemimpin STAR yang menemui beliau di kediamannya di Kasigui, Donggongon, Penampang pada 6 Jun, 2012, kira-kira jam 10 pagi. Antara isu yang dibangkitkan adalah tanah-tanah NCR dan tanah bergeran milik penduduk yang dirampas dan dicerobohi oleh syarikat-syarikat besar di mana kerajaan negeri mempunyai kepentingan. Syarikat yang dimaksudkan Begaraya Sdn. Bhd dan Safoda. Turut dibincang ialah rancangan untuk mengadakan perhimpunan 17 Jun, 2012 di Keningau. STAR juga bercadang untuk mengadakan perhimpunan serentak di setiap daerah di Sabah yang memfokuskan beberapa isu yang akan dibincangkan kemudian sebagai pengisian perhimpunan itu nanti.
|
No comments:
Post a Comment