![]() |
HADIAH … Herbert menyampaikan hadiah utama kepada seorang ibu sambil disaksikan oleh Alam Khan (tiga kanan) dan yang lain. |
OLEH
GINDANAU SAKAT
Katanya,
penduduk pendalaman dan luar bandar seringkali menjadi mangsa penipuan dan
penyelewengan oleh peniaga yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
“Keadaan
ini sentiasa berlaku kerana tiadanya kesedaran dalam kalangan mereka tentang
hak-hak mereka sebagai pengguna.
“Oleh
itu, melalui program seumpama ini pastinyalah sedikit
sebanyak akan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat
pengguna,” katanya.
Beliau juga berterima kasih kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK), Sabah kerana telah memilih DUN Kadamaian
sebagai lokasi untuk melaksanakan Program Kepenggunaan Luar Bandar.
Beliau
berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Program
Kepenggunaan Luar Bandar, peringkat daerah Kota Belud, di
Dewan Gopog, Taginambur, di sini, baru-baru ini.
Sebanyak
14 kampung terlibat menjayakan program berkenaan, iaitu Kg Taginambur Batu 10,
Kg Taginambur Jaya, Kg Tambalaung, Kg Bayayat, Kg Bahab, Kg Pinasang Tamu
Darat, Kg Tuguson, Kg Pinasang Moroulu, Kg Rajunah, Kg Bokilong, Kg Lasau
Tintapan, Kg Rangalau, Kg Puhus dan Kg Ratau.
Turut
hadir, Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Negeri Sabah, Noor Alam Khan Bin A. Wahid Khan, Ketua Cawangan Pejabat
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Cawangan Tuaran, Robert
Peter Takom, ADO(Pentedbiran), Peter Jiton, Ketua Daerah Kota Belud, Datuk
Golkhan Hasbullah, kakitangan UPKR Kadamainan dan para pemimpin masyarakat
Kadamaian.
No comments:
Post a Comment