CIPTA SEJARAH … Tujuh pasangan pengantin bersanding di atas pelamin mencatat sejarah dalam Majlis Meraikan Cinta yang pertama kali diadakan secara serentak.
|
OLEH GINDANAU SAKAT
KOTA BELUD: Tujuh pasangan pengantin baru telah melakarkan sejarah di daerah ini apabila
bersanding secara beramai-ramai dalam Majlis 'Meraikan Cinta' yang berlangsung
di Dewan Tun Said, di sini, baru-baru ini.
Majlis yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Belud yang turut dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat dari daerah ini.
Antara pasangan pengantin baru yang diraikan pada majlis itu antaranya
pasangan Milson Sibul dengan pasangannya Maslini Muslie, Juse Milok-Jucy
Yanting, Mohd Rifhan Makbul-Elline Amran.
Jaininim Jaiman pasangannya Norma Shahiera Abd Rashid, Razali Suman-Joanne
Justin, Mohamad Bagnah Pidayah-Kadizah Hj. Alimun dan Jefriddin Abd Razak-Pejerwati
Paisal.
Acara ‘Meraikan Cinta’ itu bermula jam 11 pagi, di mana para pasangan pengantin bertolak dari sebuah hotel ke Dewan Tun Said dengan menaiki kenderaan yang dihias dan diiringi tujuh ekor kuda berhias.
Acara ‘Meraikan Cinta’ itu bermula jam 11 pagi, di mana para pasangan pengantin bertolak dari sebuah hotel ke Dewan Tun Said dengan menaiki kenderaan yang dihias dan diiringi tujuh ekor kuda berhias.
Setiba para pengantin di Dewan Tun
Said mereka disambut dengan muzik tradisional betitik (tigad-tigad ) disusuli para
pengantin berarak masuk ke dalam dewan diiringi paluan kompang sambil diiringi seramai
20 gadis memegang bunga manggar.
Semua pasangan pengantin direnjis
oleh ibubapa masing-masing disusuli oleh
tetamu-tetamu khas terdiri daripada wakil-wakil rakyat di Kota Belud.
Juse Milok dengan pasangannya Jucy
binti Yanting ketika ditemui oleh media melahirkan rasa gembira kerana inilah
kali pertama majlis perkhawinan beramai-ramai diadakan di daerah ini.
Kedua-dua pasangan pengantin itu
berharap program seumpamanya dapat diadakan pada setiap tahun kerana ia bukan
sahaja meriah malah dapat membantu pasangan pengantin di daerah ini.
Sementara itu, Mohd Rifhan Makbul
dengan pasangannya Elline Amran berkata sejarah perkahwinan mereka akan
diabadikan untuk selama-lamanya sebagai satu kenangan terindah dalam hidup
mereka ini kerana majlis seumpamanya sebelum ini belum pernah diadakan di
daerah tersebut.
Pasangan itu juga mengucapkan tahniah
dan terima kasih kepada penganjur Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Belud
kerana telah berjaya menganjurkan program tersebut.
Hadir sama pada majlis itu antaranya
Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan, Ahli Dewan Undangan Negeri Tempasuk,
Datuk Musbah Jamli, Ahli Dewan Undangan Negeri Usukan, Japlin Akim, Presiden
Sama Sabah, Datuk Abdullah Sibil, DSP Mohan Nadasen serta para pemimpin
setempat yang lain.
TURUT HADIR … Rahman, Musbah, Japlin dan Mohan serta para pemimpin setempat yang lain. |
No comments:
Post a Comment