![]() |
Mosro Sumunul. Banyak membantu artikel ini. |
![]() |
Pihak Jabatan Hutan di tanah NCR Tambanuo. Menjalankan tugas yang diberi oleh kerajaan. |
![]() |
Pihak Polis mendapat arahan untuk menangkap Orang Asal yang mempertahankan tanah warisan mereka. |
![]() |
Pihak Jabatan Hutan daripada kawasan Tongod. |
![]() |
Ketegangan berlaku antara pihak Polis dan Tambanuo apabila pihak polis bertindak seolah-olah provokasi kepada Tambanuo. |
![]() |
Antara pertuduhan yang dibuat kepada Tambanuo dari Pinangoh. |
![]() |
Mandul Sintik. Telah dua kali ditangkap kerana mempertahankan tanah warisan mereka. |
DI Sabah, apabila disebut tentang Orang Asal, pemilik syarikat khususnya syarikat dari Malaya, orang asing yang mencari nafkah di Sabah dan pemimpin kerajaan Barisan Nasional diterajui UMNO, akan terbayang kumpulan manusia yang bodoh, pemabuk dan malas.
Orang Asal dianggap sebagai manusia yang tidak tahu apa-apa, yang hanya pandai hidup di hutan.
Masyarakt Antarabangsa pula melihat Orang Asal sebagai assest dunia yang sangat berharga. Para pengkaji dan ilmuan dunia, mengakui Orang Asal mempunyai pengetahuan dan kebolehan semulajadi untuk mengurus dan memelihara bumi ini dan hidupan lainnya.
Walau macamana pun, kajian telah mendapati bahawa lebih tiga ratus tujuh puluh juta Orang Asal di seluruh dunia sedang berhadapan dengan diskriminasi atau pun eksploitasi. Orang Asal di Malaysia, khususnya Sabah dan Sarawak adalah antara masyarakat menghadapi risiko ini.
Untuk melindungi Orang Asal seluruh dunia daripada menjadi mangsa, pada tahun 1985, Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (ECOSOC) telah menubuhkan sebuah jawatan kuasa kerja yang dinamakan Working Group on Indigenous Peoples (WGIP).
Tujuannya adalah untuk menangani masalah-masalah diskriminsi yang dihadapi oleh Orang Asal. Melalui WGIP maka ujudlah United Nations Declaration on the Rights of Indigenous Peoples (UNDRIP).
UNDRIP adalah piawaian minimum untuk mempertahankan keujudan, martabat dan kesejahteraan Orang Asal di seluruh dunia.
Pada 13hb. September 2007, Perhimpunan Agung PBB telah mengundi dan mengesahkan UNDRIP. Malaysia adalah antara negara yang telah mengundi dan mempersetujui pengesahan UNDRIP.
Agak malang, kerana kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO telah menghina negara Malaysia di mata dunia. Kerajaan Barisan Nasional telah dengan sengaja tidak menghormati Deklarasi UNDRIP mengenai hak Orang Asal.
Pada 2hb. Ogos 2011, Orang Asal (Tambanuo) daripada kampung Pinangoh dalam daerah Tongod Kinabatangan, mendapati bahawa tanah warisan dan sumber-sumber yang telah dimiliki oleh mereka secara tradisional telah diceroboh oleh pembalak yang mendapat kebenarang daripada kerajaan Malaysia di Sabah ia itu Syarikat Maxland Sdn. Bhd.
Sebagai Orang Asal, Tambanuo tersebut telah mempertahankan hak mereka sesuai dengan Deklarasi UNDRIP Bahagian 6 Artikel 26.
Untuk menghalang syarikat pembalak itu daripada terus menceroboh dan merosakkan kawasan tempat mereka mencari ubat-ubatan tradisi dan ubat-ubatan mineral, Tambanuo tersebut mengambil tindakan membuat benteng jalanraya.
Agak sedih, kerana kerajaan Malaysia di Sabah yang telah mengiktiraf Deklarasi UNDRIP, telah mengarahkan supaya Tambanuo tersebut ditangkap atas enam pertuduhan, diangggp sebagai penjenayah.
Mereka yang telah ditangkap Mandul Sintik, Minggus Agup, Rukumin Suyang dan Jumis Laudin. Mereka dilokap selama tujuh hari. Semasa dalam lokap mereka dipermalukan. Mereka telah dibogelkan.
Antara pertuduhan ialah Orang Asal tersebut gagal membawa Kad Pengenalan bersama mereka semasa berada di tanah NCR mereka.
Kalau kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO di Sabah sudah tidak menghormati undang-undang Antarabangsa mengenai Orang Asal, sudah tentu Hak Asasi manusia Tambanuo tidak dihormati.
Tambanuo sebagai rakyat dan pengundi yang memilih pimpinan kerajaan, sudah tidak perlu bagi kerajaan Barisan Nasional di Sabah. Masanya Tambanuo berfikir untuk bersatu, memilih semula pemipin baru untuk meneraju kerajaan yang mampu bersama-sama Tambanuo dalam apa juga keadaan. United Borneo Alliance (UBA) yang dianggotai oleh STAR, SAPP dan USNO telah bersedia bersama Tambanuo.
Untuk mempastikan generasi Tambanuo terpelihara dan membena semula bangsa yang sedang dimusnahkan oleh Barisan Nasional pimpinan UMNO, Tambanuo perlu memilih untuk bersama dalam UBA. Kita pastikan Tambanuo adalah pemilik sah kepada tanah air ini. Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi? Ini kalilah!!
Gambar-gambar di bawah ini memberikan butiran lanjut mengenai kejadian tersebut. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada saudara Mosro Sumunul dan saudara Mandul Sintik yang banyak membantu artikel ini.
![]() |
Salah seorang pekerja daripada Jabatan Hutan menggunakan senjata tajam semasa dalam usaha membenarkan pencerobohan Syarikat Maxland kepada tanah warisan Tambanuo. |
No comments:
Post a Comment