KUALA LUMPUR, 19 Mac: Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP)
Datuk S. Nallakarupan, yang pernah menjadi rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim,
hari ini sekali lagi mendakwa bahawa pemimpin politik itu tidak layak untuk
memimpin negara.
Bercakap pada sidang akhbar di sini, beliau menyatakan rasa
terkilan mengapa pakatan pembangkang boleh menerima Anwar sebagai ketua
pembangkang.
“Dia (Anwar) hanya pergi ke sana sini memberitahu (orang
bahawa) Barisan Nasional (BN) dan Umno tidak baik. Itu sahaja yang dia cakap.
“(Tetapi) Perdana
Menteri sekarang sangat berani, sangat ikhlas dan beliau melakukan yang terbaik
untuk rakyat. Kita perlu Perdana Menteri (yang sedemikian) untuk negara.
“Ini kali pertama beliau menghadapi pilihan raya umum
selepas menjadi Perdana Menteri. Rakyat mesti memberi peluang kepada beliau,”
katanya.
No comments:
Post a Comment