KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pasok Momogun
Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) hari ini (16 Mac) menafikan spekulasi bahawa timbalan
presidennya Datuk Wilfred Bumburing telah keluar dari parti itu.
Setiausaha Agungnya Datuk Wilfred Madius Tangau berkata
perkara itu tidak benar sama sekali kerana Ahli Parlimen Tuaran itu kini
menghadiri persidangan Dewan Rakyat di sini.
“Beliau tidak meninggalkan parti kerana ada seseorang telah
membuat spekulasi, “ katanya ketika di hubungi Bernama.
Sejak dua minggu lepas, spekulasi timbul bahawa Bumburing,
yang mendesak kerajaan pusat menyelesaikan masalah pendatang haram di Sabah, telah
keluar dari parti itu selepas menyertai sebuah badan bukan kerajaan (NGO),
Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).
Bumburing merupakan timbalan pengerusi penaja NGO itu yang
dipimpin oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.-Bernama
No comments:
Post a Comment