Wednesday, 28 March 2012

Kenapa setiap kali menjelang pilihanraya, mesti ada pendaftaran bergerak di Sabah ?


TONGOD : Kenapa setiap kali menjelang pilihanraya, mesti ada pendaftaran bergerak di Sabah? Seolah-olah rakyat Malaysia akan beranak lebih kerap atau ada kanak-kanak Malaysia yang tiba-tiba cukup umur untuk mendapatkan Kad Pengenalan di negeri ini menjelang pilihanraya. Adalah lebih baik sekiranya ada pemantauan melalui hospital dan klinik mengenai nisbah kelahiran dan pembuatan kad pengenalan.
Kenapa setiap kali menjelang pilihan raya, pendaftaran bergerak menjadi tumpuan? Orang yang datang pula adalah rakyat yang datang dari luar kampung berkenaan. Saya selaku pemimpin di Kinabatangan, yang sekarang terkenal mempunyai lebih ramai rakyat asing dari tempatan, memohon kerajaan menyiasat segala bentuk penindasan terhadap Orang Asal, khususnya di Sabah yang menjadi sarang pendatang asing.
Saya bersetuju dengan arahan Menteri Luar Datuk Anifah Aman menghentikan pendaftaran bergerak di Senalang, Semporna. Bagaimanakah Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Husein dengan mudah meluluskan pendaftaran itu sedangkan permohonan rakyat Sabah supaya RCI ditubuhkan mengenai pendatang tanpa izin di Sabah tidak diendahkan. 
Sebagai negara merdeka, rakan senegara Malaya sepatutnya menghormati negara Sabah dan bukan menjadi kawan makan kawan. 
Pemimpin kerajaan Sabah sepatutnya melihat segala masalah yang berlaku terhadap Sabah dari sudut Perjanjian Malaysia. Kebanyakan masalah yang berlaku di Sabah, berpunca daripada kegagalan rakan senegara Malaya menghormati Perjanjian Malaysia termasuk 20 Perkara. Malangnya pemimpin kerajaan di Sabah seolah-olah tidak tahu apa itu Perjanjian Malaysia.

Pemimpin kerajaan Sabah hari ini seolah-olah tidak tahu bahawa Sabah ini adalah sebuah negara merdeka dan berdaulat. Pemimpin Sabah melihat negara Sabah ini sebagai negeri ke-12 Persekutuan Malaya. 

Sebagai sebuah negara merdeka sejak 31 Ogos 1963, pemimpin Sabah berhak merealisasikan nikmat kemerdekaan itu kepada rakyat Sabah termasuk menangani masalah yang timbul. Sebagai sebuah negara merdeka, Sabah berhak mencari kaedah-kaedah tertentu untuk menangani masalah pendatang tanpa izin oleh Malaya, tanpa menunggu kelulusan Malaya.

Dalam persyarikatan Malaysia, Malaya hanyalah sebuah negara rakan kongsi, dan bukan penentu kepada tindakan pemimpin Sabah untuk negara Sabah. Sabah hanya mempunyai kaitan dengan Malaya kerana adanya Malaysia. Malaysia hanya wujud kerana adanya Sabah dan Sarawak.

Tanpa Sabah dan Sarawak, Malaysia tidak wujud. Seharusnya sejak merdeka Sabah sudah ada Jabatan Pendaftaran Negara Sabah yang dikendalikan oleh rakyat negara Sabah untuk mengawal rakyatnya. Jabatan Pendaftaran sekarang bukan Jabatan Pendaftaran negara Sabah.

Hanya kerana Sabah tidak mempunyai Jabatan Pendaftarannya sendiri, maka Malaya mengambil kelemahan pemimpin Sabah sekarang untuk merosakkan rakan senegara Sabah dengan cara memasukkan orang asing ke Sabah melalui Pejabat Pendaftaran Malaya yang berulis Jabatan Pendaftaran Negara. Tujuannya untuk menjadikan orang asing itu penyokong Malaya untuk menguasai Sabah. 

Demi maruah negara Sabah dan generasi rakyat Sabah, tiba masanya pemimpin kerajaan Sabah memikirkan semula peranan mereka dalam pentadbiran kerajaan Sabah yang berdaulat ini. Nikmat yang mereka miliki sebagai pemimpin di bawah kuasa pemimpin Malaya sangat jelas tidak dapat dinikmati oleh rakyat Sabah.

Nikmat kemerdekaan Sabah, tidak pernah sampai kepada rakyat tulin Sabah. Masanya untuk pemimpin Sabah bersatu untuk membela dan mempertahankan maruah tanah air yang berdaulat ini. Masanya juga untuk rakyat Sabah bersatu, untuk berjuang mempertahankan maruah tanah air yang sedang dicemari rakan senegara Malaya.

Hanya kita yang dapat menyelesaikan masalah tanah air kita. Selagi masih ada peluang, kita ambil peluang ini untuk bersatu memperbaiki tanah air kita. Kalau bukan kita, siapa lagi? Terus mengharap kepada Malaya? Kalau bukan sekarang, bila lagi? Menunggu sehingga kita menjadi pelarian di tanah air kita sendiri? Ini kalilah!!

Diedarkan melalui KG Publicist di 012-8856465


Monday, 26 March 2012

Jaipin harap Sidang DUN beri tumpuan isu NCR



KERATAN AKHBAR ... Dompok dalam responsnya terhadap kenyataan Fernandez.
JAIPIN MOHIGAL 

KOTA KINABALU: Seorang aktivis masyarakat, Jaipin Mohigal, 62, menaruh harapan supaya Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang bersidang hari ini supaya memberikan tumpuan kepada isu Tanah Hak Adat Negeri (NCR) yang sudah sekian lama menjadi ‘duri dalam daging’ kerajaan dan rakyat.
Katanya, kegagalan kerajaan memuktamadkan penyelesaian terhadap isu itu pastinya akan mengundang persepsi negatif terhadap keupayaan kerajaan membela nasib rakyat.
Menurut Jaipin, berita mengenai aktiviti pencerobohan tanah NCR di merata tempat di negeri ini mendapat liputan meluas oleh media-media massa tempatan di mana pencerobohan itu  dilakukan oleh syarikat-syarikat FMU serta melibatkan agensi kerajaan dan ianya semakin kritikal.
Melihat kepada situasi itu, katanya, slogan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ sudah tidak releven lagi kerana jelas sekali ada tindakan-tindakan kerajaan hanya ‘cakap tidak serupa bikin’.
“Sehinggakan timbul pelbagai pandangan dan cadangan berhubung isu itu yang mahukan kerajaan supaya memberikan pertimbangan adil terhadap rakyat yang banyak berkorban kepada kerajaan,” katanya lagi.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman dalam responsnya terhadap cadangan Ketua Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum bagi penubuhan sebuah Tribunal untuk mengurus soal berkaitan tanah anak negeri, beliau dipetik sebagai berkata, bahawa kerajaan negeri mengalu-alukan sebarang inisiatif yang boleh membantu usaha meningkatkan kebajikan rakyat dan memperkukuhkan program tanah itu.
Seorang peguam, Datuk Kong Hong Ming juga turut mengulas cadangan Malanjum itu, yang mendakwa Jabatan Tanah dan Ukur serta Kerajaan Negeri adalah pihak yang bertanggungjawab atas kehilangan dan kehakisan hak adat anak negeri di Sabah.
Musa juga dalam reaksinya terhadap kenyataan Peguam Besar Sabah, Datuk Roderic Fernandez yang mendakwa bahawa ‘tiada tanah NCR selepas 1930’ berkata akan membawa perkara itu ke mesyuarat Kabinet Negeri untuk dibincangkan dengan mendalam dan beliau akan turut menjemput pemimpin parti komponen Barisan Nasional untuk membincangkan isu itu.
Jaipin mengambil contoh tanah-tanah NCR di daerah Kota Marudu, Pitas dan Beluran di mana kawasan-kawasan yang berstatus NCR telah dirampas oleh syarikat besar FMU membabitkan agensi kerajaan tanpa pengetahuan penduduk terbabit.
Jaipin menegaskan, pihak kerajaan sepatutnya berbincang terlebih dahulu dengan rakyat jika mahu membangunkan tanah-tanah NCR dan, bukannya melakukan ‘serang hendap’ terhadap tanah-tanah NCR yang diteroka oleh penduduk  untuk diberikan kepada syarikat besar semata-mata mengejar keuntungan tetapi pada masa yang sama menafikan hak orang asal di negeri ini untuk memiliki tanah itu.
Difahamkan juga terdapat kawasan tanah yang dahulunya berstatus NCR telah bertukar kepada status Hutan Simpan dan, penduduk yang menduduki kawasan itu diusir dan hasil tanaman mereka dimusnahkan, rumah dirobohkan dan dibakar tanpa sebarang pampasan.
“Ini berlaku kepada peneroka tanah NCR Kampung Koiboton Darat Pinangkau di daerah Beluran apabila harta benda mereka dimusnahkan dan, yang paling menyedihkan penduduk terbabit ditangkap, dipenjarakan dan didakwa di mahkamah,” ujarnya.
Beliau berharap dan merayu kepada kerajaan supaya perbuatan seperti itu dihentikan, sebaliknya mangsa-mangsa dilindungi dan diberikan tanah untuk diusahakan.
“Tanggungjawab kerajaan yang dipilih rakyat ialah melindungi rakyat jelata dan bukannya dianiya kerana tanpa rakyat siapalah kerajaan dan begitulah sebaliknya,” tegasnya.
Jaipin yang juga bekas Ketua Kampung, Kampung Bunsadan Kota Marudu (yang dilantik oleh Umno) merayu kepada kerajaan sekarang membenarkan mereka memiliki geran tanah sendiri untuk kesinambungan hidup cucu-cicit mereka turun temurun.
Sehubungan dengan itu, Jaipin berharap kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah sama ada daripada kerajaan atau pembangkang supaya memainkan  peranan dan komited untuk mencari jalan penyelesaian mengenai masalah aktiviti pencerobohan tanah NCR di negeri ini supaya ianya tidak terus menjadi mimpi ngeri rakyat.
Dalam perkembangan lain, Jaipin juga mencabar Peguam Besar Sabah, Datuk Roderic Fernandez supaya turun padang ke daerah-daerah yang bergelut dengan masalah tanah NCR untuk memberikan penjelasan berhubung dengan kenyataannya bahawa ‘tiada tanah NCR selepas 1930’.
Antara inti pati kenyataan Fernandez ialah bahawa tiada tanah baru berstatus NCR akan diwujudkan memandangkan hanya tanah yang ‘masih’ diduduki oleh peribumi sebelum tarikh penguatkuasaan Ordinan Tanah Sabah (SLO) yang mendapat pengiktirafan status itu.
Selain itu, Fernandez juga berkata, tiada peruntukan di bawah SLO bagi peribumi untuk menduduki tanah selepas 1930 dan kemudian menuntut NCR, dan ‘pihak yang menuntut NCR hari ini mesti menunjukkan bukti pendudukan tanah itu sebelum 1931’.
Jaipin berkata, kenyataan Fernandez itu telah mengawatkan lagi keadaan dan mencetuskan kemarahan rakyat dan beberapa pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuklah Presiden Upko, Tan Sri Bernard Dompok, Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup dan Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang tidak bersetuju dengan pandangan Fernandez berhubung peruntukan NCR dalam SLO bahawa ‘tiada tanah NCR selepas 1930’.
Berikutan dengan kenyatan Fernandez itu, seorang kolumnis akhbar setempat Marcel Jude bertindak memfailkan permohonan bagi kebenaran semakan kehakiman terhadap Ketua Menteri Sabah dan Kerajaan Negeri berhubung isu status Hak Tanah Adat di Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu.
Permohonan itu ditetapkan untuk pendengaran pada 3 April ini, jam 9 pagi di hadapan Hakim Datuk David Wong Dak Wah.
Selain Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Seri Joseph Kurup yang meminta Fernandez supaya meletakkan jawatan, sekumpulan kira-kira 70 anggota DAP Sabah baru-baru ini juga turut membuat tuntutan yang sama terhadap Peguam Besar Sabah itu.
Jaipin menyifatkan kenyataan Fernandez itu seperti pedang bermata dua menggores perasaan masyarakat peribumi yang sudah sekian lama berdepan dengan masalah tanah NCR  yang mereka menduduki sejak nenek moyang mereka lagi.
Jaipin berkata, Peguam Besar Negeri sebagai penasihat undang-undang kepada kerajaan negeri harus bertanggungjawab akibat daripada kenyataannya itu, lebih-lebih lagi apabila nasihatnya mempunyai kesan untuk merampas hak asasi anak negeri.
Seorang Pengarah Pusat bagi Pengajian Penduduk Asli Malaysia di Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Ramy Bulan, dipetik sebagai berkata bahawa pemetaan penduduk boleh digunakan untuk membuktikan pemilikan tanah anak negeri.
Dr Ramy juga berkata, mungkin salah satu cara untuk melakukannya adalah dengan membandingkannya dengan peta tanah negeri dan itu adalah salah satu cara di mana mereka kemudian boleh menunjukkan hak mereka terhadap tanah itu.
Menyentuh mengenai Ordinan Tanah Sabah (SLO), Dr Ramy dipetik berkata, ia amat terbuka kerana ia menyediakan peruntukan membolehkan anak negeri mewujudkan NCR di atas tanah itu dan dalam masa tiga tahun, mereka boleh memohon dokumen dengan syarat mereka berada di atas tanah itu, membina sesuatu dan bercucuk tanam di situ.


KERATAN AKHBAR ... antara berita berhubung masalah tanah-tanah NCR di Sabah. 

Tuesday, 20 March 2012

SABAH, SARAWAK MAHU PRU KE-13 SELEPAS KAAMATAN, GAWAI


KUALA LUMPUR, 20 Mac: Beberapa pemimpin masyarakat dan ahli politik di Sabah dan Sarawak lebih suka jika pilihan raya umum ke-13 diadakan selepas sambutan perayaan Kaamatan dan Gawai yang masing-masingnnya jatuh pada 30-31 Mei dan 1 Jun.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang berasal dari Sarawak, berkata adalah tidak bijak jika PRU diadakan semasa perayaan itu.
 “Jika Sarawak dianggap simpanan tetap Barisan Nasional, janganlah adakan pilihan raya ketika itu kerana ramai yang mungkin tidak dapat mengundi. 
“Tarikh 3 Jun sebagai hari mengundi, seperti yang diramalkan, memang amat tidak sesuai bagi Sabah dan Sarawak,” kata Wan Junaidi.
Gawai disambut di Sarawak manakala Kaamatan merupakan perayaan di Sabah dan Labuan. Sarawak dan Sabah serta Labuan mempunyai 57 kawasan parlimen.
Di Sarawak, pilihan raya umum akan datang hanya melibatkan 31 kerusi parlimen dan tidak kerusi Dewan Undangan Negeri kerana pilihan raya negeri itu telah diadakan pada 16 April tahun lepas.
Di Sabah, ia melibatkan kerusi negeri dan parlimen, yang masing-masing berjumlah 25 dan 60. Labuan mempunyai satu kerusi parlimen. 
Presiden Persatuan Siswazah Dayak Sarawak Dr Dusit Jaul juga berharap pilihan raya tidak diadakan pada minggu terakhir Mei atau minggu pertama Jun agar tidak menjejaskan mereka yang menyambut perayaan itu. 
“Pertimbangan perlu diberi terhadap mereka yang membuat persiapan untuk menyambut Gawai.
“Bukan itu saja, jika ia diadakan dalam tempoh sambutan itu, kerajaan mungkin dituduh tidak peka terhadap kebajikan suku kaum Dayak. Ini tidak baik bagi kerajaan,” katanya apabila dihubungi hari ini.
Seorang pemimpin Iban dari Sibu, Temenggong Adrian Ringgau, berkata kebanyakan anggota masyarakat Dayak, terutama yang tinggal di rumah panjang, akan mengadakan pelbagai majlis termasuk majlis paerkahwinan dan “Gawai Antu” (perayaan mengingati mereka yang telah meninggal dunia) sempena perayaan itu.
“Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam kalangan masyarakat Dayak tidak akan mencapai angka yang diharapkan sekiranya tarikh pilihan raya bertembung dengan tarikh sambutan dan oleh itu pilihan raya eloklah diadakan menjelang awal Mei atau selepas pertengahan Jun,” katanya.
Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan berkata pilihan raya umum tidak sepatutnya diadakan semasa sambutan Gawai atau pesta menuai yang dirayakan masyarakat Dayak.
Semasa perayaan itu, anggota masyarakat Dayak yang tinggal di bandar dan di perantauan akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk bertemu sanak saudara dan keluarga.
Mawan, yang juga Menteri Pembangunan Sosial Sarawak, berkata sekiranya pilihan raya umum diadakan  pada tarikh itu, ada kemungkinan mereka yang pulang ke kampung halaman akan mempengaruhi penduduk rumah panjang dan kampung melalui pendapat mereka tentang isu setempat.
Setiausaha Agung Upko dari Sabah Datuk Wilfred Madius Tangau berkata tarikh sambutan dua perayaan itu perlu diambil kira dalam menentukan tarikh pilihan raya umum.
“Mei mungkin tidak sesuai, terutama di Sabah kerana Kaamatan disambut pada 30 dan 31 Mei. Ia merupakan sambutan peringkat negeri. Oleh itu, tidak wajar pilihan raya umum diadakan dalam tempoh itu,” katanya apabila dihubungi hari ini.
Bagaimanapun, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Masing berkata beliau tidak fikir mengadakan pilihan raya ketika sambutan Gawai akan menjejaskan perayaan itu.
“Pilihan raya perlu cepat diadakan. Banyak perkara telah dilaksanakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan seperti pengagihan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) dan kenaikan gaji penjawat awam. 
“Sekiranya pilihan raya diadakan jauh kemudian, kesannya sudah hilang kerana kesan BR1M hanya mempunyai jangka hayat tiga bulan saja.
 “Selepas  itu, ia akan hilang. Mana-mana tarikh dalam tempoh tiga bulan ini memang baik untuk mengadakan pilihan raya,” katanya.
 Masing, yang juga Menteri Pembangunan Tanah Sarawak dan seorang ahli anthropologi, berkata daripada segi sosial, mengadakan pilihan raya semasa perayaan Gawai tidak menjadi masalah kerana pengundian hanya melibatkan satu hari sahaja.
Seorang lagi Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee, yang berasal dari Sabah, berkata pemilihan tarikh pilihan raya umum tidak sepatutnya menjadi isu kerana beliau percaya rakyat sudah cukup matang untuk memahami kepentingannya.
“Terserahlah kepada Perdana Menteri bilakah beliau hendak mengadakan pilihan raya. Kalau seseorng mengatakan pilihan raya tidak sepatutnya diadakan menjelang akhir Mei atau awal Jun, ini bermakna orang itu meletakkan syarat kepada Perdana Menteri. Ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.
Bagaimanapun, Kiandee berkata beliau yakin Perdana Menteri akan memilih masa paling sesuai untuk pilihan raya.
Sama ada sebelum atau selepas perayaan Kaamatan dan Gawai, seperti yang dikatakan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak, yang pasti, negeri itu sudah bersedia menghadapinya pada bila-bila masa.

PAIRIN MAHU AGIHAN KERUSI BN DIBINCANG SECARA MEJA BULAT


KOTA KINABALU, 20 Mac: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata isu mengenai agihan kerusi dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional negeri pada pilihan raya umum sebaiknya dibincangkan pada meja bulat dan bukan secara terbuka. 
Beliau berkata ini bagi memastikan isu berkenaan dapat diselesaikan dalam semangat kekeluargaan BN.
Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata agihan kerusi, yang diberikan dan dipersetujui oleh semua anggota parti komponen BN Sabah pada pilihan raya yang lepas, seharusnya menjadi asas rundingan. 
“Cuma kerusi Parlimen dan negeri yang dikosongkan oleh Parti Maju Sabah (SAPP) (yang keluar daripada Barisan Nasional pada September 2008), perlu dibincang secara bersama oleh BN negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Hari Air Sedunia peringkat negeri Sabah di sini hari ini.
 Pairin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Umno Penampang Datuk John Ambrose pada Ahad lepas yang mahu BN mengkaji semula formula agihan kerusi dalam kalangan parti komponennya.
 Ambrose dipetik sebagai berkata bahawa BN sepatutnya menghapuskan amalan memperuntukkan semula kerusi kepada parti komponen yang bertanding pada pilihan raya umum sebelum ini yang menurutnya banyak mendatangkan keburukan kepada BN kerana berdasarkan amalan itu, sesebuah parti komponen masih diberi peluang untuk bertanding tanpa mengira sama ada ia mempunyai calon boleh menang atau tidak.
“Beliau bebas memberi pandangan namun ada baiknya isu seperti ini dibincangkan melalui perundingan meja bulat,” kata Pairin. 
Mengenai keinginan beberapa parti komponen BN negeri meletakkan calon daripada parti masing-masing untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Sepanggar, yang dahulunya dimenangi oleh SAPP, beliau berkata: “Seperti juga parti komponen BN yang lain, PBS juga berminat untuk meletakkan calon di situ.”
SAPP keluar daripada BN pada 17 Sept 2008 mengakibatkan BN kehilangan dua kerusi Parlimen iaitu Sepanggar dan Tawau serta dua kerusi negeri iaitu Likas dan Luyang.
Dua lagi kerusi yang diperuntukkan kepada SAPP iaitu Elopura dan Tanjung Papat kekal dalam BN selepas wakil rakyatnya, Au Kam Wah dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah, memutuskan untuk keluar daripada SAPP dan menyertai Gerakan.
Sebelum itu, dalam ucapannya, Pairin berkata walaupun Malaysia mempunyai limpahan air bersih, bekalannya tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang akan dinikmati secara berterusan.
Katanya perubahan iklim telah menunjukkan kesan yang negatif terhadap persekitran alam termasuk sumber air.
“Ia mendatangkan risiko kepada kehidupan dan kepada jaminan bekalan makanan terutamanya kepada penduduk miskin,” katanya.
Pairin berkata generasi akan datang akan berdepan dengan masalah kekurangan bekalan air dan ini akan menyebabkan berlakunya masalah kesihatan.

Sabah, still very much under colonisation, alleges Dr Jeffrey


TAMBUNAN : State chairman of the State Reform Party (STAR), Dr Jeffrey Kitingan, said Sabah, though freed from the colonial British in 1963, is "practically" still under colonisation today.

He said this can be tested with a simple political arithmetic. "We are free if we are free from colonisation or outside power. You are an independent country if you are free to plan and decide your own fiscal policies," he said.

Likewise, he said a country cannot consider itself independent if its own people do not have the power to elect or chose their own leaders. 

"Sabah must continue to have this unfettered power to appoint its own Chief Minister if it is a free state. Currently this power has been usurped by UMNO..." he said in his address at a Borneo tea-party at Kampung Patau in Tambunan recently.

Dr Jeffrey also argued that one other important tenet of an independent state is that it must be able to collect taxes for itself, something that Sabah has been squarely denied of.

He said Sabah was in dire situation today because it was denied its rights and freedom as envisaged by a departing British government in 1963 and the founders of the state as well as proponents of the Malaysia Federation then.

"We were 20 years behind ready of any negotiation in 1963. And this has been made worse by complots after complots to make Sabah just one of the smaller states in the Federation.

"The outside power player did everything, including amending the Federal Constitution and forgetting all the 1963 pledges, to make sure Sabah and Sarawak are  subservient to the centre, in order for them to plunder our resources and leaving our people poor. 

"And that explains why today we are the poorest people in Malaysia even though our state Sabah is the richest in term of resources..." he said. 

Issued via KG Publicist at 012-8856465



Barisan Nasional Pimpinan UMNO Menghina Malaysia

Mosro Sumunul. Banyak membantu artikel ini. 
Pihak Jabatan Hutan di tanah NCR Tambanuo. Menjalankan tugas yang diberi oleh kerajaan.  
Pihak Polis mendapat arahan untuk menangkap Orang Asal yang mempertahankan tanah warisan mereka. 
Pihak Jabatan Hutan daripada kawasan Tongod. 
Ketegangan berlaku antara pihak Polis dan Tambanuo apabila pihak polis bertindak seolah-olah provokasi kepada Tambanuo. 
Antara pertuduhan yang dibuat kepada Tambanuo dari Pinangoh. 

Mandul Sintik. Telah dua kali ditangkap kerana mempertahankan tanah warisan mereka. 
Pokok menggaris, tempat lebah membuat sarangnya. Bekas tangga (menggunakan bambu) yang digunakan oleh Tambanuo memanjat untuk mendapatkan madu lebah, telah ditebang oleh Syarikat Maxlan Sdn. Bhd, sebagai salah satu cara kerajaan melalui syarikat memusnahkan bukti keujudan Tambanuo. Madu lebah adalah antara ubat-ubatan tradisi Tambanuo. 
DI Sabah, apabila disebut tentang Orang Asal, pemilik syarikat khususnya syarikat dari Malaya, orang asing yang mencari nafkah di Sabah dan pemimpin kerajaan Barisan Nasional diterajui UMNO, akan terbayang kumpulan manusia yang bodoh, pemabuk dan malas. 

Orang Asal dianggap sebagai manusia yang tidak tahu apa-apa, yang hanya pandai hidup di hutan.

Masyarakt Antarabangsa pula melihat Orang Asal sebagai assest dunia yang sangat berharga. Para pengkaji dan ilmuan dunia, mengakui Orang Asal mempunyai pengetahuan dan kebolehan semulajadi untuk mengurus dan memelihara bumi ini dan hidupan lainnya.

Walau macamana pun, kajian telah mendapati bahawa lebih tiga ratus tujuh puluh juta Orang Asal di seluruh dunia sedang berhadapan dengan diskriminasi atau pun eksploitasi. Orang Asal di Malaysia, khususnya Sabah dan Sarawak adalah antara masyarakat menghadapi risiko ini.

Untuk melindungi Orang Asal seluruh dunia daripada menjadi mangsa, pada tahun 1985, Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (ECOSOC) telah menubuhkan sebuah jawatan kuasa kerja yang dinamakan Working Group on Indigenous Peoples (WGIP). 

Tujuannya adalah untuk menangani masalah-masalah diskriminsi yang dihadapi oleh Orang Asal. Melalui WGIP maka ujudlah United Nations Declaration on the Rights of Indigenous Peoples (UNDRIP). 

UNDRIP adalah piawaian minimum untuk mempertahankan keujudan, martabat dan kesejahteraan Orang Asal di seluruh dunia. 

Pada 13hb. September 2007, Perhimpunan Agung PBB telah mengundi dan mengesahkan UNDRIP. Malaysia adalah antara negara yang telah mengundi dan mempersetujui pengesahan UNDRIP.

Agak malang, kerana kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO telah menghina negara Malaysia di mata dunia. Kerajaan Barisan Nasional telah dengan sengaja tidak menghormati  Deklarasi UNDRIP mengenai hak Orang Asal. 

Pada 2hb. Ogos 2011, Orang Asal (Tambanuo) daripada kampung Pinangoh dalam daerah Tongod Kinabatangan, mendapati bahawa tanah warisan dan sumber-sumber yang telah dimiliki oleh mereka secara tradisional telah diceroboh oleh pembalak yang mendapat kebenarang daripada kerajaan Malaysia di Sabah ia itu Syarikat Maxland Sdn. Bhd. 

Sebagai Orang Asal, Tambanuo tersebut telah mempertahankan hak mereka sesuai dengan Deklarasi UNDRIP Bahagian 6 Artikel 26. 

Untuk menghalang syarikat pembalak itu daripada terus menceroboh dan merosakkan kawasan tempat mereka mencari ubat-ubatan tradisi dan ubat-ubatan mineral, Tambanuo tersebut mengambil tindakan membuat benteng jalanraya. 

Agak sedih, kerana kerajaan Malaysia di Sabah yang telah mengiktiraf  Deklarasi UNDRIP, telah mengarahkan supaya Tambanuo tersebut ditangkap atas enam pertuduhan, diangggp sebagai penjenayah. 

Mereka yang telah ditangkap Mandul Sintik, Minggus Agup, Rukumin Suyang dan Jumis Laudin. Mereka dilokap selama tujuh hari. Semasa dalam lokap mereka dipermalukan. Mereka telah dibogelkan. 

Antara pertuduhan ialah Orang Asal tersebut gagal membawa Kad Pengenalan bersama mereka semasa berada di tanah NCR mereka. 

Kalau kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO di Sabah sudah tidak menghormati undang-undang Antarabangsa mengenai Orang Asal, sudah tentu Hak Asasi manusia Tambanuo tidak dihormati.

 Tambanuo sebagai rakyat dan pengundi yang memilih pimpinan kerajaan, sudah tidak perlu bagi kerajaan Barisan Nasional di Sabah. Masanya Tambanuo berfikir untuk bersatu, memilih semula pemipin baru untuk meneraju kerajaan yang mampu bersama-sama Tambanuo dalam apa juga keadaan. United Borneo Alliance (UBA) yang dianggotai oleh STAR, SAPP dan USNO telah bersedia bersama Tambanuo. 

Untuk mempastikan generasi Tambanuo terpelihara dan membena semula bangsa yang sedang dimusnahkan oleh Barisan Nasional pimpinan UMNO, Tambanuo perlu memilih untuk bersama dalam UBA. Kita pastikan Tambanuo adalah pemilik sah kepada tanah air ini. Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi? Ini kalilah!!

Gambar-gambar di bawah ini memberikan butiran lanjut mengenai kejadian tersebut. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada saudara Mosro Sumunul dan saudara Mandul Sintik yang banyak membantu artikel ini. 
Salah seorang pekerja daripada Jabatan Hutan menggunakan senjata tajam semasa dalam usaha membenarkan pencerobohan Syarikat Maxland kepada tanah warisan Tambanuo.


Monday, 19 March 2012

Nallakarupan dakwa Anwar tidak layak pimpin negara


KUALA LUMPUR, 19 Mac: Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Datuk S. Nallakarupan, yang pernah menjadi rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini sekali lagi mendakwa bahawa pemimpin politik itu tidak layak untuk memimpin negara.
Bercakap pada sidang akhbar di sini, beliau menyatakan rasa terkilan mengapa pakatan pembangkang boleh menerima Anwar sebagai ketua pembangkang. 
“Dia (Anwar) hanya pergi ke sana sini memberitahu (orang bahawa) Barisan Nasional (BN) dan Umno tidak baik. Itu sahaja yang dia cakap.
 “(Tetapi) Perdana Menteri sekarang sangat berani, sangat ikhlas dan beliau melakukan yang terbaik untuk rakyat. Kita perlu Perdana Menteri (yang sedemikian) untuk negara.
“Ini kali pertama beliau menghadapi pilihan raya umum selepas menjadi Perdana Menteri. Rakyat mesti memberi peluang kepada beliau,” katanya.

Saturday, 17 March 2012

UPKO NAFI BUMBURING KELUAR PARTI


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) hari ini (16 Mac) menafikan spekulasi bahawa timbalan presidennya Datuk Wilfred Bumburing telah keluar dari parti itu.
Setiausaha Agungnya Datuk Wilfred Madius Tangau berkata perkara itu tidak benar sama sekali kerana Ahli Parlimen Tuaran itu kini menghadiri persidangan Dewan Rakyat di sini.
“Beliau tidak meninggalkan parti kerana ada seseorang telah membuat spekulasi, “ katanya ketika di hubungi Bernama.
Sejak dua minggu lepas, spekulasi timbul bahawa Bumburing, yang mendesak kerajaan pusat menyelesaikan masalah pendatang haram di Sabah, telah keluar dari parti itu selepas menyertai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).
Bumburing merupakan timbalan pengerusi penaja NGO itu yang dipimpin oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.-Bernama

‘PILIHAN RAYA SEMAKIN DEKAT’


Oleh Ahmad Shukran Shaharudin

KUALA LUMPUR, 17 Mac: Bila tarikh Parlimen akan dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 diadakan terus menjadi topik perbincangan dan bahan spekulasi menarik banyak pihak.
Baru-baru ini apabila Datuk Seri Najib Tun Razak membuat lawatan rasmi ke Sabah, beliau mengadakan satu perjumpaan tertutup dengan pemimpin Barisan Nasional Sabah.
Seorang pemimpin yang ditemui pemberita berkata Perdana Menteri mengingatkan bahawa pilihan raya semakin dekat.
Bagi anggota parti sama ada Umno atau parti komponen Barisan Nasional (BN), kata-kata Najib yang juga Pengerusi BN sebenarnya lebih berupa peringatan kepada jentera parti BN di Sabah dan juga negeri-negeri lain supaya bersedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa pun.
Namun ungkapan ‘semakin dekat’ itu jelas memberi isyarat pilihan raya umum bakal diadakan pada bila-bila masa dari sekarang. Bahkan dalam kalangan rakyat cakap-cakap mengenai pilihan raya umum ke-13 kini menjadi perbualan harian apatah lagi bila pemimpin negara semakin kerap turun padang ke merata pelosok negeri bertemu rakyat.   
Menurut pemerhati politik ada beberapa fakta mungkin memberi petanda bahawa kemungkinan besar Parlimen dibubarkan pada Mei atau Jun, dan seterusnya dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran satu pilihan raya umum diadakan.
Pemerhati politik menggariskan beberapa fakta kebarangkalian bagi menyokong telahan mereka bahawa Mei atau Jun bakal menyaksikan pilihan raya umum ke-13 Malaysia diadakan.
Fakta pertama ialah terungkainya kemelut gaji baru penjawat awam dengan pengumuman Najib pada 8 Mac lepas bahawa skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.
Kemelut ini sangat penting diselesaikan terlebih dahulu kerana penjawat awam bukan membabitkan jumlah yang kecil, tetapi kira-kira 1.4 juta orang di seluruh negara, yang memainkan peranan penting untuk melaksana dan menjayakan pelbagai dasar transformasi dan penambahbaikan yang dilakukan kerajaan untuk rakyat.
Fakta kedua menurut pemerhati politik adalah Perdana Menteri dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, secara mantap dan terancang menjelajah ke seluruh negara setiap hujung minggu untuk bertemu rakyat, seperti yang dijanjikan pada satu sidang akhbar sebaik Perhimpunan Agung Umno 2010 tamat.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan juga semakin galak mahu semua jentera pilihan raya BN khususnya Umno bergerak pada kelajuan ‘gear lima’ bagi menghadapi pilihan raya umum yang ‘semakin dekat’ ini.
Beliau dipetik sebagai berkata pilihan raya jarang-jarang melebihi empat tahun lebih, oleh itu ia mungkin tinggal satu, dua, tiga, empat atau lima bulan sahaja lagi.
Fakta bahawa pilihan raya hanya dilakukan selepas tempoh mandat kerajaan berakhir juga sangat jarang-jarang berlaku. Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada 28 April 2013.      
Fakta ketiga, Umno juga awal-awal lagi sudah menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan, iaitu sehingga September 2013, dari tarikh kali terakhir diadakan pada Mac 2009, bagi mengukuhkan parti dan mengelakkan pergelutan jawatan di dalam parti demi untuk menghadapi pilihan raya umum dengan mantap dan sepadu.
Fakta keempat, yang juga petanda positif pilihan raya Mei atau Jun adalah ekonomi Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk meneruskan kemajuan pada 2012 seperti laporan Oxford Business Group (OBG), firma penerbitan, penyelidikan dan perundingan risikan ekonomi global.
Laporan itu menunjukkan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia meningkat, inflasi terkawal dan sektor kewangan teguh. Menurut laporan itu hasil prestasi kukuh di kebanyakan sektor ekonomi dalam tempoh 12 bulan lalu, Malaysia dijangka dapat mencapai prestasi lebih baik dalam 2012.
Fakta seterusnya tertumpu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat banyak pemerhati sebagai telah memberi bayangan Parlimen mungkin dibubarkan seawal Mei 2012 bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Perdana Menteri tidak mungkin membubarkan Parlimen dalam masa terdekat kerana Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya hanya dijangka selesai mengemukakan semua cadangannya ke Dewan Rakyat pada April.
Sebagai persediaan awal, SPR sudah menjelajah ke seluruh negara untuk memberi taklimat kepada para petugas pilihan raya.
Seorang petugas yang dilantik SPR memberitahu Bernama bahawa pegawai SPR menyatakan sekiranya pilihan raya tidak diadakan dalam masa terdekat, satu lagi taklimat akan diberikan untuk melancarkan operasi dalam sistem pilihan raya kelak.
Pemimpin parti-parti politik terutamanya pembangkang dilihat sudah lama bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata masa terbaik untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 ialah awal Jun pada cuti sekolah.
“Ini kerana perbahasan Parlimen kali ini akan membentangkan beberapa rang undang-undang penting seperti pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang memang telah dijanjikan pada persidangan kali ini,”  katanya.
Katanya sekiranya pilihan raya tidak diadakan Jun ini, mungkin Perdana Menteri akan menunggu sehingga tamat penggal ke-12 mandat kerajaan pada tahun depan.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar pula berkata tiada masalah untuk mengadakan perasmian persidangan Parlimen yang baru selepas pilihan raya umum walaupun perasmian baru sahaja disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 12 Mac lepas.
“Apa sahaja yang belum habis, Rang Undang-undang yang dibentangkan, usul dan sebagainya boleh dibawa ke persidangan Dewan Rakyat pada penggal yang baru untuk dihabiskan, jadi tidak timbul masalah,” katanya kepada Bernama. - Bernama

Thursday, 8 March 2012

Activist convinced Dr Jeffrey sincere in his struggle


PENAMPANG : The action taken by some pioneers of Parti Bersatu Sabah (PBS) from Kepayan area to finally leave the party and joined an opposition State Reform Party (STAR) is laudable, a pleasant shock to many yet a historic brave move that signaled the Chinese warming up to Dr Jeffrey Kitingan's untiring struggle to fight for the state rights and autonomy.

As a social and consumerism activist that always want the best for Sabahans, i am quite moved by the decision taken by John Ho and his friends in ditching a ruling party they co-founded in 1985. I know it is not easy for founding members like John Ho to leave when he has been with the party for 27 years. It must be for a greater cause that they left and join STAR.

Their acts would further vindicate and reinforce the action by another local Chinese leader, Dr Felix Chong, who left DAP to join STAR recently. This development has injected a new stronger spirit within STAR, and especially so to the Chinese community not only in Kepayan but in the whole of Sabah.

It is a step forward for all of us Sabahans to the clarion call of our much-misunderstood fighter, Dr Jeffrey. Though i am not a member of STAR, it is my prayer that this Party would be able to show the way for Sabahans, regardless of colours and backgrounds, to unite under a common struggle to free us from the clench of a hegemonising outside power.

We have seen PBS and UPKO failed to make it happens for Sabah such as in the case of setting up a Royal Commission of Inquiry (RCI) on the large presence of illegal immigrants and the issuance of MyKads to these people. It is time to give Dr Jeffrey a chance to prove his worth in politics.

Give him one term to prove himself, and if he renegade from his struggle, we can always replace him and his team United Borneo Alliance (UBA) in the next poll.  

After watching as a skeptic for a long time, i myself am now convinced Dr Jeffrey is sincere and would do his best to safeguard our rights and our future, not his. I am also convinced that unlike other Sabahan politicians, Dr Jeffrey is even prepared to sacrifice himself for Sabahans. This same realisation must also have hit John Ho and his friends, and compelled them to join and help Dr Jeffrey in STAR.

Issued via KG Publicist at 012-8856465

Wednesday, 7 March 2012

Rosnah puji Najib ada udang di sebalik batu


ALAHAI....Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, engkau tau pulak yang Persiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat sokongan rakyat hanya kerana ‘dasar-dasar’  yang diperkenalkan.
Setahu kita, banyak dasar yang diperkenalkan PM, jadi mana satukah dasar yang ‘super power’ hinggakan hati rakyat ‘terpulut’.
Hanya kerana kenyataan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dalam satu temu bual bersama akhbar tempatan baru-baru ini yang menyatakan Najib dilihat sudah bersedia untuk membawa negara ke hadapan setelah diuji dengan pelbagai dugaan serta ranjau paling sukar.
Daim juga memuji personaliti dan bakat politik Perdana Menteri, bagaimanapun turut membangkitkan persoalan sama ada BN sedia bergerak ke hadapan bersama Najib.
Itu jak! tak kan Daim puji-puji sikit, Rosnah mengampu setinggi langit...ini tentu ada udang di sebalik batu, kan. Nak jerat PM supaya diri kita dicalonkan semula pada PRU-13. Memang itu lah bah target sebenarnya.
Kan elok kalau Rosnah ukur baju di badan sendiri,  sama ada diri kita punya personaliti dan bakat politik (macam Najib) dan mempunyai pengaruh kuat di kawasan Parlimen Papar. Daripada sibuk puji PM.
Tak pernah pun kita dengar Najib puji Rosnah dalam apa-apa pun, tapi Rosnah pulak baru dengar guruh di langit sudah puji Najib berlebih-lebih.
Orang kata, bukan SIDANG RAKYAT yang kata, dipuji orang lebih baik daripada memuji diri sendiri. Jadi, Najib pastinya senyum lebar hingga ke bawah telinga dengar pujian Rosnah.
Apa kata nanti, kalau Najib gugurkan nama Rosnah dalam senarai calon Parlimen pada PRU-13...sanggup puji lagi atau nak tonjol muka moyok.
Jangan marah yaaa....gurau jak ni Rosnah. – MANIPULASI GROUP


Tuesday, 6 March 2012

'Rasul Melayu' dipenjara 10 tahun

SHAH ALAM, 6 Mac: Mahkamah Rayuan Syariah di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan ke atas ketua ajaran sesat "Rasul Melayu", Abdul Kahar Ahmad.
Abdul Kahar mengaku bersalah terhadap lima tuduhan pindaan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, tiga tahun lepas. 
Bagaimanapun, beliau merayu terhadap hukuman dijatuhkan Mahkamah Tinggi itu.
Panel tiga hakim, Tan Sri Ibrahim Lembut, Datuk Md. Yusup Che Teh dan Datuk Aidi Mokhtar membuat keputusan itu selepas mereka sebulat suara menolak rayuan Abdul Kahar, 62, untuk meringankan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya pada 21 Okt 2009. 
Dalam penghakiman mereka, Ibrahim selaku pengerusi berkata pihaknya menolak lapan alasan yang dikemukakan oleh Abdul Kahar bahawa Hakim Abu Zaky Mohammad telah terkhilaf semasa menjatuhkan hukuman itu ke atasnya. 
Mereka sebaliknya berpendapat hukuman penjara, denda dan sebatan itu sesuai dengan kesalahan perayu mengaku dirinya sebagai rasul yang sangat serius serta merosakkan akidah umat Islam.
"Dalam mempertimbangkan hukuman, perkara yang perlu diambil kira ialah kepentingan umum serta berat kesalahan. 
"Sebaliknya sebab-sebab yang mendorong kepada pemberatan hukuman ialah sejauh mana kesan kesalahan kepada masyarakat dan dan kesesuaian dengan keadaan jenayah. Dalam kes ini, kesalahan bukan sahaja terhadap dirinya, tetapi perayu juga bertindak menyesatkan orang lain," kata Ibrahim.
Dalam pada itu, Ibrahim berkata hukuman sebat ke atas Abdul Kahar hanya akan dijalankan selepas dia dirujuk kepada pegawai perubatan dan tidak ada asas untuk pihaknya campur tangan jika Mahkamah Tinggi memutuskan semua hukuman berjalan secara berasingan. 
Sejurus Ibrahim membacakan keputusan itu, anak-anak perempuan Abdul Kahar di galeri awam dilihat berpelukan dan menangis sambil ditenangkan oleh anak lelaki tertuduh.  
Dalam prosiding hari ini, Abdul Kahar diwakili peguam syarie Musa Awang sementara pihak pendakwaan yang bertindak sebagai responden diwakili Ketua Pendakwa Syarie Selangor Abd. Shukor Abdul Hamid serta pegawai pendakwa syarie Siti Fatimah Maulana dan Shafezan Rosli. 
Pada 21 Okt 2009, Abdul Kahar dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan enam kali sebatan bagi tuduhan di bawah Seksyen 7 iaitu menjelaskan doktrin palsu dengan menyatakan bahawa sembahyang hanya cukup sekadar mencegah daripada membuat perkara keji dan mungkar saja dan ibadah haji adalah sia-sia dan merugikan. 
Dia dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM4,500 atau setahun penjara bagi kesalahan mengisytiharkan diri sebagai Rasul Orang Melayu sedangkan ini bertentangan dengan ajaran Islam, mengikut Seksyen 8 (a).
Tertuduh juga dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM4,500 atau setahun penjara bagi tuduhan di bawah Seksyen 10 iaitu mempersendakan dengan perkataan amalan dalam Agama Islam iaitu menyatakan: "Sekiranya ada orang yangberbuat mungkar barulah boleh  solat, mencegah kemungkaran ini adalah rukun, mentaati Allah itu adalah sujud, tidak perlu tonggang tonggek dan membebel seorang-seorang." 
Bagi tuduhan di bawah Seksyen 12 iaitu menghina pihak berkuasa agama dengan mengingkari dan melanggar arahan Mufti, Abdul Kahar dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM3,000 atau setahun penjara. 
Dia dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM4,500 atau setahun penjara bagi tuduhan di bawah Seksyen 13 iaitu menyebarkan pendapat yangbertentangan dengan fatwa iaitu mengaku dirinya Rasul diutus Allah untuk orang M elayu. 
Dia juga menyatakan bahawa sembahyang lima waktu tidak wajib; memadai dengan melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran dan menyatakan bahawa ibadah haji itu tidak perlu ditunaikan di Mekah tetapi boleh dikerjakan di mana-mana bumi Allah. 
Abdul Kahar yang tidak bekerja didapati melakukan kesemua kesalahan itu di sebuah rumah beralamat No.44, Jalan Bunga Ros, Kampung Kemensah, Ulu Klang, Ampang, antara 19 Mei dan 23 Jun 2005. 
Abu Zaky turut memerintahkan Abdul Kahar dihantar menjalani pemulihan di Pusat Pemurnian  Akidah Baitul Iman di Hulu Yam Baharu dekat sini, pada enam bulan terakhir pelaksanaan hukuman penjara itu. 

Monday, 5 March 2012

Puteri Umno Kota Marudu guna ‘GPS Politik’


‘PROGRAM TURUN PADANG’ – dengar bunyinya macam program mega, apa tidaknya terlalu banyak sub-sub. Antaranya ‘menyusur akar’, ‘ziarah kasih’, ‘Puteri Prihatin’. Walaupun nama programnya berlainan tetapi matlamatnya sama, yang dibawa dan diberi kepada sasaran benda yang sama. Semuanya bermotifkan politik....mereka (Puteri Umno Prihatin) mengharapkan simpati daripada ‘sasaran’ supaya ‘undi BN’. Paling mudah ‘pancing undi’.
Cuba kita susuri ke mana arah perginya Ketua Puteri Umno Kota Marudu, Redonah Bahanda bersama rombongannya dan apa yang mereka buat.
Nah, kelmarin (3 Mac 2012), ‘GPS Program Turun Padang’ mereka menuju ke lokasi yang terpilih, melawat pesakit di Hospital Lotong Kota Marudu, di sana mereka belajar jadi doktor dan jururawat. Tapi bukan merawat pesakit tetapi untuk menyelami denyut nadi rakyat, sama ada pesakit itu undi BN atau pembangkang.
Nak tau apa Puteri Umno Kota Marudu ‘sogok’ kepada para pesakit, 100 bungkusan (bungkusan apa?) kepada pesakit thalassemia, wad kanak-kanak, wad lelaki dan wad perempuan. – MANIPULASI GROUP


"Inan (mak cik) ... ambil ni tapi MESTI undi BN..." mungkin itulah diperkatakan oleh Redonah sambil menyampai bungkusan kepada salah seorang pesakit ketika melawat wad kanak-kanak disaksikan oleh Pengarah Hospital Lontong Kota Marudu, Dr. Rosfina (dua, kanan).

Sunday, 4 March 2012

PKR lost its Sepanggar head to STAR



Press Statement by
Mr Felix Sitaun
PKR Divisional Head (Ketua Cabang)
Sepanggar Division
Kota Kinabalu, March 4, 2012

PKR head in Sepanggar quits together 
with 517 others to join STAR

I was elected Parti Keadilan Rakyat (PKR) Divisional Head for the Party’s Sepanggar Division in 2010.
I have lost confidence in the national and state leadership of PKR and I therefore quit from being a member of this party, effective from today.
I, together with my 18 colleagues in Sepanggar  division, youth and woman wings, arrived at this decision to quit PKR as we have found out that PKR is not sincere in listening to the aspirations of Sabahans.  We do not think PKR has the heart to struggle for Sabah’s rights and its inherent autonomy privilege as being sought by Sabahans to be retained or restored.
Sabahans just could not rely on another Malaya-based political party to speak for them. PKR national leadership more often than not, tries to curtail in their own style our freedom to speak up on our rights. What PKR wants are just a few seats from Sabah, that is all.
Their arrogant attitude in unilaterally announcing that they will increase oil royalty from 5% to 20% to Sabah, reflects their inner conscience that they believed our oil is already their oil and it is dependent on them whether to give or not, whereas the oil and gas should be ours in the first place.
The PKR’s promise to empower us in Sabah and Sarawak and give us autonomous power is merely a lip-service to entice Sabahans to support this Malaya-based party. In reality, national PKR leaders took power from us and trampled on our very autonomy in selecting our own leaders. This they had proven during party elections.
We do not want Sabahans to end like in a saying “from frying pan into the fire” or “keluar mulut buaya, tapi masuk mulut harimau”.
I hereby announce my decision to join the State Reform Party (STAR) under the able leadership of President Dr Dripin Sakoi and its Sabah Chapter Chairman, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
I am joining STAR because it is led by Dr Jeffrey who had a proven track record of being the most steadfast state leader who fights for state rights and autonomy based on the Malaysian Agreement itself, the 20 Points and also pledges by founding fathers who subscribed to the recommendations of the Inter-Governmental Commission (IGC) and the Cobbold Commission.
We are also in STAR because this Party is a local East Malaysian party that has a clear Borneo Agenda for Sabah.

Issued via KG Publicist at 012-8856465


Press statement by Mr Melvin Jaikul


                                 Press Statement by  Mr Melvin Jaikul

STAR state committee member / also
former deputy head of PKR Keningau
Keningau, Mar 3, 2012


KENINGAU : I refer to the news report quoting Mr Robert Linggi of Keningau PKR recently accusing Datuk Dr Jeffrey Kitingan of splitting the opposition in Sabah.

This issue should not arise at all because Dr Jeffrey is leading a local party of a unified Sabah and Sarawak, something that we have all these years long for in Borneo but repeatedly denied the opportunity.

PKR's Robert should know that we need leadership from our own Sabah and Sarawak leaders if we are to empower East Malaysians again. Under a Malaya-based PKR, Robert is merely allowing himself to be abused for outsiders' interest. Robert must realise now that a Malayan party would never be able to vouch for Sabah autonomous rights, and that is why Sarawakians had refused Malayan party in their state.

As someone who had held the post of PKR deputy head for the Keningau division, i know the mentality of national PKR leaders and how their minds work vis-a-vis Sabah right and aspirations. They are no better than UMNO on this. 

Dr Jeffrey, on the other hand, through State Reform Party (STAR) has built a tri-partite alliance called United Borneo Alliance (UBA). Sabah Progressive Party (SAPP) is wise enough to come and be part of UBA to unite the people, and Robert should emulate his fellow Sabahans by joining us in STAR or SAPP or even USNO Baru.

He will be welcome in UBA. By the way we respect the fact that Malaysia is a democratic country and we in STAR believed in giving the people a decent choice in the coming general election. Let the people decide.

Issued via KG Publicist at 012-8856465

Thursday, 1 March 2012

This is democratic country, says STAR


KENINGAU: Datuk Sairin Karno should not be unduly worried about Sabahan civil servants who support the vision of United Borneo Front (UBF) which now has its own political wing, the State Reform Party (STAR).

These civil servants came on their own accord to UBF 'tea parties" to listen to our leaders, to learn what is the 7-point Borneo Agenda all about.

Now this country is a democratic country and that civil servants are free to listen to any campaign, including by UBF, STAR, Umno and even Perkasa or Amanah for that matter.

The people are attracted to UBF and STAR because of their struggle to reclaim and restore state rights and autonomous power and make Sabah relevant again in the Federation. 

We thank and salute these civil servants including brave teachers who subscribe to UBF and STAR visions. They know we have a clear vision and not opposing for the sake of opposition as Sairin believed. We shall not fail the people with empty promises.


Issued via KG Publicist at 012-8856465