Monday, 13 August 2012

RCI CAPAI MATLAMAT JIKA TIDAK DIPOLITIKKAN: SHAFIE

SHAFIE (dua kiri) berbisik dengan Salleh (kiri) dan Musbah (dua kanan), Japlin (tiga kiri) pada majlis berbuka puasa di Masjid Pekan, Kota Belud.


SHAFIE(dua kanan) bersama wakil rakyat Kota Belud dan Datuk Salleh ketika menyampaikan sumbangan zakat dan sedekah di Masjid Pekan, Kota Belud.


OLEH GINDANAU SAKAT

KOTA BELUD: Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing (RCI) di negeri ini akan mencapai matlamatnya dengan seratus peratus, jika tidak dipolitikkan kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Haji Mohd Shafie Haji Afdal.
Katanya, kewujudan RCI itu merupakan landasan terbaik untuk menyelesaikan masalah yang terpahat di lubuk hati seluruh rakyat negeri ini, sejak sekian lama dan berharap perlaksanaannya tidak dipolitikkan.
“ Pengunaan perincian dan terma rujukan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing (RCI) oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mempaparkan kepada kita tentang kesungguhan kerajaan dan juga membuktikan komitmen tinggi kerajaan Persekutuan untuk menyiasat isu-isu yang dibangkitkan berhubung pendatang asing di negeri ini.
“Kita tahu ada sesetengah rakyat di negeri ini, tiada surat beranak, pernah saya melawat di Sarawak, mendapat suku kaum Kalabit, lahir di bumi sendiri, tiada surat beranak, tiada surat keterangan kerana lewat mendaftar disebabkan lokasi mereka yang jauh dari bandar” katanya.
Shafie berkata, perkara seperti itu adalah contoh penentuan dan menambah, jangan pula diiktirafkan bahawa mereka adalah sebagai pendatang.
“Kita minta mereka yang terpilih itu, lagi bijaksana dan arif dengan lunas-lunas perundangan dapat mengetengahkan hak-hak kesamaan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi, bukan didorong oleh kemahuan dan kehendak politik,” katanya kepada media pada majlis berbuka puasa, di Masjid Pekan Kota Belud, di sini, pada Ahad (12 Ogos).
Shafie juga mengalu-alukan penubuhan RCI, yakin perlaksanaan perincian dan terma dalam tempoh enam bulan itu dapat mencapai hasil seratus peratus.
“Bila ditanya bilakah pilihan raya diadakan Shafie menjawab, hanya di PM saja yang mengetahui sama ada pilihan raya ke-13 ini diadakan pada tahun ini atau tahun depan, yang penting, kita kena siap-siaga,” katanya.
Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Salleh Tun Said, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Musbah Haji Jamli, Pembantu Insfrastruktur, Datuk Japlin Hj. Akim, pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal-Ehwal Pengguna, Datuk Herbert Timbon Lagadan dan, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.
Pada majlis itu, Shafie bersama rombongan menyampaikan sumbangan makanan dan wang tunai kepada Seramai 337 anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal, fakir miskin serta 38 penerima zakat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.

Friday, 6 July 2012

DASAR PAKATAN RAKYAT HAPUSKAN TOL TIDAK BAWA MANFAAT KEPADA SABAH: RAHMAN


OLEH GINDANAU SAKAT

KOTA BELUD:  Setiausaha Barisan Negeri Sabah, Datuk Rahman Dahlan, menyelar satu dasar yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat berjanji membelanjakan puluhan bilion ringit, wang rakyat untuk memansuhkan tol, di Semananjung, terutamanya di Lembah Klang.

Katanya, mereka sanggup berbelanja puluhan berbilion ringgit untuk menghapuskan tol ini, tetapi tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada rakyat Sabah,

“Kita mau, supaya rakyat Sabah sendiri tahu perkara ini, bahawa ini satu dasar Pakatan Rakyat yang berat sebelah dan tidak adil  kepada rakyat Sabah, kerana mereka menggunakan duit rakyat untuk mereka yang hanya berpendapatan tinggi.

“Kenyataan mereka yang mengatakan mereka sentiasa melatakkan kepentingan orang Sabah sebagai keutamaan mereka, adalah satu perkara yang tidak betul, sedangkan puluhan billion ringgit itu, boleh digunakan untuk pembangunan infrasturktur, pembangunan sekolah, hospital dalam dan luar Bandar dan sebagainya”, katanya kepada wartawan, selepas merasmikan Majlis penutupan dan Penyampaian Sijil 1 Azam, Program Seni Kreatif Jahitan, anjuran Kementerrian Belia dan Sukan Sabah, bertempat di Dewan dan Sukan, di sini pada Isnin.

Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata, menasihati kepada seramai 15 orang peserta yang terpilih dalam e-Kasih di ketiga-tiga DUN, Kadamaian, Usukan dan Tempasuk itu, agar tidak mensia-siakan pemberian kerajaan termasuklah pengalaman yang mereka perolehi selama 20 hari.

Selain dibekalkan dengan dua tenaga pengajar mahir, perserta itu juga masing-masing membawa pulang kesemua peralatan dan mesin jahit yang disampaikan oleh  Rahman,  yang juga Ahli Parlimen Kota Belud.

Turut hadir, Ketua Unit Pembangunan Kepimpinan Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Sylbester Piol, Pegawai Belia dan Sukan Kota Belud, Madlee Mason, Ketua Cawangan Khas IPD Kota Belud ASP Lores Matius dan 
kakitangan Kerajaan negeri dan Persekutuan.

RM200,000 BINA EMPANGAN SUMBER MATA AIR MUKIM ROSOK


Rahman (duduk kiri) Musbah (kanan) ketika memeriksa empangan sumber air yang kecil untuk penduduk di sembilan perkampungan Mukim Rosok di Bukit Takutan.
Batang paip yang dibina sejak tahun 70-an yang perlu diganti semula.














Oleh Gindanau Sakat

KOTA BELUD: Sekurang-kurangnya 4,500 penduduk di sembilan buah perkampungan di Mukim Rosok, meminta jasa baik kerajaan supaya menghulurkan bantuan kilat untuk memperbaiki semula empangan sumber mata air graviti mereka di Bukit Takutan yang musnah akibat banjir kilat   awal tahun ini.

Masalah tekanan air graviti yang tidak mencukupi untuk keperluan hidup setiap hari bagi masyarakat di mukim itu, bukan sahaja telah sampai dipengatahuan kedua-dua pemimpin politik, iaitu Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan dan Ahli Dewan Undangan Negeri, Tempasuk, Datuk  Musbah Haji Jamli, malah mendorong mereka berdua berjalan kaki sejauh kira-kira 2 kilometer daripada 8 kilometer jalanraya perkampungan yang hanya boleh dilalui kereta, untuk ke lokasi ampangan sumber mata air yang rosak itu, di sini, baru-baru ini.

Musbah yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, beliau akan membawa perkara itu kepada pengetahuan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah dalam masa terdekat ini.

“Air adalah keperluan setiap hari, tanpa air manusia tidak dapat hidup oleh itu  rakyat saya di Tempasuk terutamanya di Mukim Rokok ini, tidak mungkin saya biarkan begitu sahaja tanpa sumber air, apapun kita minta kepada masyarakat di ini, berikhtiarlah  mencari sumber air untuk keluarga,  sementara  peruntukan itu diurus,” katanya.

Difahamkan sekurang-kurangnya sebanyak RM200,000 diperlu untuk membina semula ampangan sumber mata air  di Sungai Takutan, yang mempunyai ketinggian paras laut kira-kira 1,800 kaki.

Sementara itu Rahman berkata, di mana-mana sahaja di seluruh daerah di negeri ini termasuk di Kota Belud, semuanya berhadapan dengan masalah sumber air dan tekanan air, tetapi kesulitan yang dihadapi itu, bukan berertinya kerajaan tidak bertindak dan membiarkan rakyatnya kebuluran,

“Malah kami berada di sini, bukan sahaja turun padang tetapi merastui apa yang rakyat kehendaki kita lakukan, dan saya akan bawah masalah air di daerah ini nanti dalam mesyuarat  ketiga-tiga Dun saya, iaitu Datuk Musbah Tempasuk, Datuk Helbert, Kadamaian dan Datuk Japlin di Usukan,” katanya

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung(JKKK) Kampung Bangkahak, Jackson Adam berkata, sejak ampangan sumber mata air itu musnah, sekurang-kurangnya 2,500 orang pengguna yang terdiri penduduk Kampung Bangkahak Sunsum, Bangkahak Lama, Kampung Nayasan,  Kampung Bangkahak Baru, Kampung Guong dan Kampung Zing,  sukar mendapat air sehingga sekarang.

Manakala  Pengerusi JKKK Kampung Rosok Sintum Agah  berkata, di kawasannya pula sekurang-kurangnya 2,000 orang penduduk di perkampungan Rantai Rosok, Kampung Simbulon  dan Kampung Bambangan sentiasa berebut air setiap hari apabila ampangan sumber mata air mereka itu kadangkala dapat menakungkan air.

Sementara itu, Ketua Kampung Bangkahak, Sual Bulleh, yang bagi pihak masyarakat di mukim itu, ingin menghulurkan ucapan terima kasih kepada kerajaan menerusi wakil rakyat mereka Datuk Musbah Haji Jamli dan Datuk Rahman Dahlan diatas keperhatinan meluluskan peruntukan pembaikan seluran paip graviti yang rosak sebanyak RM22,000.

Thursday, 21 June 2012

Jalan raya ‘neraka’ tagih nyawa penduduk Kg Pampang Poring

(Laporan Khas Bahagian Akhir)


OLEH RAPHIEL PINUS

BERUCAP ... Peter  semasa berucap
di majlis perjumpaan itu.
KOTA MARUDU: Masalah berhubung kekurangan kemudahan asas dihadapi penduduk Kampung Pampang Poring (kira-kira 25 kilometer dari sini) mendapat perhatian awal daripada Persatuan Anak Negeri Sabah (Pansa) yang melawat kampung itu, baru-baru ini.
Presiden Pansa Peter Gibin yang mengetuai rombongan terdiri daripada Ketua Biro Pansa Kota Marudu Ahzveens Akian, Ketua Perhubungan Pansa Kampung Soronsob Unggak Modiu dan beberapa ahli jawatankuasa Pansa Pusat dalam  kunjungan itu  berpendapat, punca utama masalah berkenaan adalah jalan raya yang tidak sempurna.
Tanpa meragui kemampuan pemimpin dan kerajaan dalam mengatasi masalah terbabit, beliau percaya pihak kerajaan dan agensi berkaitan memberi perhatian khusus serta mengambil langkah perlu untuk menyediakan sistem perhubungan yang baik ke kampung berkenaan.
“Saya berkeyakinan seandainya jalan  raya ke kampung itu dinaik taraf, permasalahan di kampung itu boleh diatasi secara berperingkat termasuk meningkatkan ekonomi penduduk,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa majlis perjumpaan dan ramah mesra bersama penduduk di kampung berkenaan pada kunjungan itu.
Ujar beliau, dengan adanya sistem perhubungan yang sempurna setiap pembangunan ke kampung itu dapat dilaksanakan dengar lancar.
“Keadaan jalan raya yang teruk dan mengalami banyak kerosakan dan hanya boleh dilalui kenderaan tertentu akan membantutkan usaha kerajaan untuk memberi pembelaan kepada rakyat khususnya di kawasan terpencil seperti Kampung Pampang Poring,” katanya lagi.
Beliau memberi komennya terhadap keadaan jalan raya untuk ke kampung itu yang mengalami kerosakan teruk dan seolah kurang penyelenggaraan.
Selaras dengan peranan Pansa menyokong usaha kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya di luar bandar, Peter berkata pihaknya akan mengajukan masalah berkenaan ke pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya.
“Kami berharap pihak berkaitan memberi pertimbangan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya sejurus menerima aduan,” katanya.
“Adalah menyedihkan apabila menyaksikan nasib segelintir anak negeri Sabah masih berada di takuk lama walaupun di sekeliling mereka sudah banyak pembangunan dicapai sejak negara merdeka lebih 50 tahun lalu,” katanya.
Untuk ke Kampung Pampang Poring, penduduk juga merisikokan keselamatan apabila terpaksa menyeberangi dua sungai, Sungai Torintidon dan Sungai Pampang Poring (Gontoi) kerana tidak mempunyai jambatan untuk kenderaan.
Pansa yang ditubuhkan kira-kira empat tahun lalu kini mempunyai sekitar 6,000 ahli di seluruh negeri terdiri daripada kalangan anak-anak negeri Sabah.

Usaha kukuhkan ekonomi

Berucap pada majlis sama, beliau menggesa penduduk kampung itu mengambil langkah setapak di hadapan dengan mengusahakan tanah warisan mereka dijadikan ladang.
“Kamu (penduduk) boleh mengusahakan sebidang tanah masing-masing sekurang-kurangnya lima ekar dengan tanaman kelapa sawit sebagai permulaan,” katanya.
Berhubung bantuan kepada penduduk mengusahakan ladang mereka, Peter berkata Pansa  akan membantu dari segi penyediaan bekalan bibit sawit dan kerja-kerja sokongan lain setimpal kemampuan persatuan itu.
Gesaan yang sama turut diberikan kepada penduduk yang berminat mengusahakan tanah mereka dengan tanaman getah.
Beliau juga menasihati ibubapa supaya tidak mengabaikan kepentingan pendidikan anak-anak mereka dan menegaskan, kejayaan anak-anak dalam pelajaran mampu mengubah taraf hidup keluarga.
Peter menegaskan, ekonomi anak negeri perlu diperkukuh supaya mampu setanding dengan masyarakat kaum lain di negara ini dan pendidikan adalah antara faktor kepada kemajuan itu.
“Masalah kos bukan lagi alasan untuk mengenepikan pendidikan anak-anak. Kerajaan juga banyak membantu dalam penyediaan pendidikan sempurna kepada rakyat,” tegas beliau.
Sementara itu, mengulas lawatan Pansa ke kampung Pampang Poring, Ahzveen berkata progam berkenaan sebagai langkah ‘turun padang ‘ Pansa selain melihat perkembangan bantuan diberikan persatuan berkenaan sebelum ini.
Antara lain, Pansa menerusi Ketua Biro Pansa Kota Marudu telah menyumbang sebuah generator, zink dan peralatan alat kelengkapan dapur untuk kegunaan penduduk.
Susulan permohonan oleh penduduk untuk mendapatkan set alat muzik bagi keperluan rumah ibadat di situ, Pansa mengumumkan sumbangan tersebut dan akan disampaikan pada Majlis Hari Keluarga Pansa Peringkat Kota Marudu, diadakan hari ini di Dewan Masyarakat Kota Marudu.

Pengisian bermanfaat

Sementara itu, pada Majlis Hari Keluarga Pansa yang dilangsungkan hari ini anjuran Biro Pansa Kota Marudu, pelbagai pengisian bermanfaat dilaksanakan antaranya berkaitan peranan Pansa dalam membela para ahli dan perkongisan mengenai usahasama penanaman sawit disampaikan usahawan tempatan berjaya Linus Gonsilou, penanaman lada oleh wakil Lembaga Lada Malaysia (Sarawak)  serta Pendidikan Komuniti Luar Bandar oleh wakil daripad Pacos Trust.
Selain itu penerangan mengenai Tanah Adat Anak Negeri (NCR) oleh seorang peguam yang diundang khas oleh penganjur.
Turut diadakan penyampaian sumbangan dari Pansa membabitkan zink dan alat muzik untuk penduduk Kampung Pampang Poring, penyerahan sumbangan peralatan sekolah kepada 50 pelajar sekolah rendah  dan pelancaran Usahasama Penanaman Sawit oleh Presiden Pansa Peter Gibin.
Program ini juga akan dimeriahkan dengan persembahan Tarian Sumirit oleh kaum ibu dari Kampung Soronsob, Kota Marudu.
PUNCA MASALAH .... Keadaan jalan raya tidak sempurna membantutkan usaha membawa pembangunan ke Kampung Pampang Poring.

SUKAR DILALUI ...  sebahagian jalan raya yang rosak dan tidak sempurna ke kampung itu.
BERBUAL ... Peter  (kanan) dan Azhveens berbual dengan seorang penduduk berlatar belakangkan balai raya di kampung itu yang sudah usang.
TURUT MINTA PERHATIAN .... Peter (kiri) semasa meninjau ke rumah seorang daripada penduduk kampung berkenaan.




Wednesday, 20 June 2012

Penduduk Pampang Poring ‘tersorok’ rayu pembelaan




EMELIA (kiri) bermain bersama dua rakan semasa bercuti hujung minggu di kampung mereka.

KOHIMBANG



(Laporan Khas Bahagian 1)


OLEH RAPHIEL PINUS

KOTA MARUDU: Diukur dari sudut jarak, Kampung Pampang Poring dalam daerah ini hanya sekitar 25 kilometer dari pekan terdekat Kota Marudu, namun keadaannya seakan perkampungan jauh terperosok di pedalaman.
Mungkin terlepas pandang disebabkan terletak di celah bukit-bukau mengakibatkan kurang mendapat perhatian oleh pihak berwajib, kampung ini setakat memiliki kemudahan asas yang terhad.
Walaupun baru-baru ini jalan raya telah dibuat sehingga kampung terbabit, namun keseluruhan jalan yang kurang sempurna akibat kurang penyelenggaraan masih tidak membawa perubahan ketara di kampung itu mahupun penduduknya.
Jalan berkeadaan paling teruk sejauh kira-kira 10 kilometer bermula dari Kampung Torintidon selepas menyeberangi Sungai Torintidon (nama yang dikenali penduduk sekitar).
Bukan setakat jalan yang curam, licin dan sememangnya berisiko kemalangan terutama pada musim hujan penduduk Kampung Gontoi dan Pampang Poring khususnya serta pengusaha kebun di seberang terpaksa merisikokan nyawa kerana Sungai Torintidon tidak mempunyai jambatan untuk kenderaan selain sebuah jambatan gantung bagi pejalan kaki.
Menyeberangi dengan meredah air sungai sambil memandu kenderaan dan berpenumpang memang sentiasa mengundang rasa was-was kerana sungai berkenaan telah dikenal pasti sering berlaku banjir kilat pada musim hujan.
Sebelum sampai ke Kampung Torintidon, beberapa kampung lain dilepasi antaranya Kampung Soronsob, Kampung Kionsom Baru, Kampung Lama, Kampung Panaita, Kampung Pandawar, Kampung Lampada dan  Kampung Labak.
Sudah pasti dengan keadaan sedemikian memberi kesan terhadap pembangunan di kampung-kampung berkenaan termasuk penduduk Kampung Gontoi berdekatan Kampung Pampang Poring terutamanya kalangan pelajar.
Para pelajar berasal di Kampung Pampang Poring seramai lebih 30 orang tertekan kerana di awal usia tujuh tahun sudah terpaksa menanggung keperitan sedemikian yang mungkin tidak pernah terbayangkan oleh kanak-kanak seusia mereka di kawasan lain.
Mereka sama ada terdesak untuk berjalan kaki lebih kurang tiga hingga empat jam ke sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Lampada atau terpaksa berjauhan  dengan keluarga dan tinggal di asrama disediakan di sekolah berkenaan.
Sebelum asrama didirikan, para pelajar terpaksa tinggal bersama saudara mara atau menumpang di rumah penduduk kampung berdekatan sekolah disebabkan perjalanan yang sukar selain daripada kekurangan kenderaan.
“Walaupun kini agak mudah kerana telah mempunyai asrama untuk didiami berhampiran sekolah tetapi kami masih perlu berjalan kaki sehingga tiga jam pada jarak kira-kira 15 kilometer sama ada balik ke kampung atau kembali ke sekolah pada setiap hujung minggu disebabkan ketiadaan kenderaan,” keluh seorang pelajar Tahun 1 di SK Lampada, Emelia Era Kondidi.
Bagi kira-kira 250  penduduk Kampung Pampang Poring melibatkan lebih kurang 28 keluarga, mereka hanya bergantung kepada perkhidmatan sebuah kenderaan usang jenis pacuan empat roda milik seorang penduduk di situ apabila mempunyai urusan di luar kampung.
Apabila kenderaan tidak dapat digunakan, ada kalangan mereka yang terpaksa menyusuri sungai mengambil masa sehingga enam jam berjalan kaki sehingga ke Kampung Soronsob apabila keadaan memaksa.

Dahagakan pembangunan


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pampang Poring Kohimbang Bulangkis, penduduk di kampungnya amat memerlukan perhatian dari segi pembangungan.
Katanya mereka di kampung itu kebanyakannya mengusahakan padi huma, berburu serta menangkap ikan sebagai sumber makanan juga punca ekonomi keluarga berasa seakan diabai dan terpinggir daripada pembangunan berbanding kampung lain dengan jarak sama dari pekan terdekat.
“Generasi muda terutamanya belia telah meninggalkan kampung ini bekerja di luar meninggalkan hanya golongan tua dan kanak-kanak di sini,” katanya sedih mengenangkan nasib kampung berkenaan.
Jelasnya situasi itu sudah tentu boleh dielak sekiranya kampung itu memiliki sekurang-kurangnya sistem perhubungan yang baik.
“Bagi kami generasi tua tidak akan berganjak dari sini dan terus mendiami perkampungan warisan daripada leluhur kami,” tegasnya.
Kohimbang ditemui semasa kunjungan wakil Persatuan Anak Negeri Sabah (Pansa) diketuai Presidennya Peter Gibin turut disertai Ketua Biro Pansa Kota Marudu Ahzveens Akian, Ketua Perhubungan Pansa Kampung Soronsob Unggak Modiu dan beberapa ahli jawatankuasa Pansa Pusat ke kampung itu baru-baru ini.
Memberi gambaran lanjut mengenai kampung itu dalam taklimat ringkas kepada rombongan Pansa, Kohimbang yang juga Ketua Perhubungan Pansa Kampung Pampang Poring, memberitahu kampung itu juga menerima bantuan yang agak terhad daripada pemimpin mahupun kerajaan.
Setakat ini katanya, selain daripada jalanraya dan bantuan untuk membina rumah ibadat yang baharu di situ, mereka hanya memiliki sebuah set generator sumbangan Pansa Kota Marudu. Sementara penduduk lain mendapatkan kemudahan seumpama itu untuk kegunaan sendiri.
Baru-baru ini, Pansa Kota Marudu melalui ketua bironya telah menyumbangkan set generator berkenaan selain daripada zink dan alat kelengkapan dapur bagi manfaat penduduk seterusnya mengumumkan sumbangan set alat muzik bagi kemudahan rumah ibadat di kampung itu.
Bagaimanapun, jelas Kohimbang bantuan sama ada oleh perseorangan mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepada mereka tidak seharusnya dijadikan alasan mengenepikan hak mereka mendapat pembelaan dari pihak kerajaan.
“Kami benar-benar dahagakan pembangunan terutamanya bekalan eletrik yang belum sampai ke kampung ini.
“Kalaupun tiang elektrik telah didirikan sehingga ke Kampung Gontoi (kira-kita 1 kilometer) tetapi sehingga sekarang bekalan masih belum dialirkan di sana, apatah lagi ke kampung kami,” ujanya.
Malah, disebabkan kedudukan sistem komunikasi juga terjejas sama termasuk melibatkan talian telekomunikasi dan siaran televisyen mengakibatkan penduduk kekurangan sumber maklumat.
“Untuk melanggan siaran prabayar tentunya jauh dari kemampuan apatah lagi kemudahan dinamakan internet,” jelas beliau.

Sebumbung lima keluarga


Antara lain, masalah utama dihadapi penduduk di kampung itu adalah memiliki rumah sendiri. Kerumitan itu dapat dilihat apabila mendapati ada antara penduduk bersesak mendiami sebuah rumah sehingga lima keluarga.
Kebanyakkannya terdiri daripada adik beradik yang masing-masing sudah berkeluarga tinggal sebumbung di rumah orang tua mereka.
Keluhan kebanyakan keluarga ini diajukan kepada penulis yang juga ahli jawatankuasa Pansa Pusat pada kunjungan baru-baru ini.
Sehubungan itu, mereka benar-benar berharap kerajaan ‘menoleh’ dan mempertimbangkan pemberian rumah kepada penduduk menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang telahpun diberikan kepada penduduk-penduduk di kebanyakan kawasan lain.
“Sudah semestinya kami berasa agak janggal tinggal bersama-sama dalam sebuah rumah kecil sehingga lebih 30 orang kesemuanya tetapi kami tidak ada pilihan lain kerana tidak mampu memiliki rumah sendiri,” kata seorang daripada anak Sopitur Madali, 60, satu daripada keluarga terlibat.
Majain Bulugu, 27, yang sebelum ini tinggal di rumah bapanya Bulugu Torimo, 63, bersama adik beradiknya yang lain turut berkeluarga, terpaksa berpindah bersama isteri dan anak-anak ke rumah kosong milik makciknya di lokasi berhampiran demi keselesaan.
Demikian juga beberapa keluarga lain yang terpaksa berkongsi rumah akibat ketidak upayaan memiliki rumah sendiri disebabkan terlalu tua atau uzur, mahupun ketidak mampuan dari segi kewangan.
Sebuah lagi keluarga, Dunis Bakain, 47, kini terpaksa tinggal bersama ibunya apabila rumah yang didiaminya bersama isteri dan anak terbakar sebelum ini manakala rumah asalnya terlalu usang untuk didiami.
Penduduk lain yang turut menghadapi masalah memiliki rumah selesa ialah Kundapit Batawang Yunggi, 75 dan pasangannya Komindi Lahangan Konggui, 60.
“Walaupun seorang daripada kami berjaya memohon untuk menerima bantuan ‘Orang Tua’ tetapi masih sukar bagi kami kerana terpaksa berususan di Pekan Kota Marudu setiap kali. Diburukkan lagi dengan keadaan kesihatan yang sering tidak mengizinkan,” luah Kundapit.
Lousin Magau, 53, sepuluh sekeluarga dengan seorang daripada anaknya bersekolah juga menghadapi dilema yang sama.
Kelihatan teruja dengan kehadiran rombongan Pansa, kesemua penduduk terlibat menyatakan harapan baharu untuk menyanpaikan permasalahan mereka kepada pihak kerajaan dan agensi-agensi berkaitan.
Keseluruhannya, Kohimbang menganggarkan sekurang-kurangnya sembilan keluarga di kampung ini benar-benar memerlukan perhatian kerajaan terutamanya bantuan PPRT.
“Bukan tidak pernah mengemukakan permohonan sebelum ini tetapi, mungkin disebabkan sistem jalanraya yang teruk menghalang penyaluran sebarang bantuan,” tekanya merumuskan sekiranya jalanraya ke kampung itu dapat dinaik taraf, masalah dihadapi penduduk dapat diatasi secara berperingkat.
“Kami benar-benar mengharapkan masalah ini sampai ke pengetahuan kerajaan seterusnya mendapat perhatian sewajarnya,” katanya lagi sambil menggesa pemimpin rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek dan Parlimen Kota Marudu, turun padang meninjau masalah penduduk Kampung Pampang Poring.


USANG .... Dunis bersama isteri dan anak menunjukkan bekas kediaman mereka yang terlalu usang untuk didiami.

SESAK .... Peter (kiri) ketika melawat sebuah rumah yang didiami beberapa keluarga di kampung itu.

MENUMPANG .... Pasangan muda Majain dan isteri bersama anak tinggal di rumah makciknya supaya lebih selesa.

BERISIKO .... Kenderaan terpaksa meredah air Sungai Torintidon untuk ke Kampung Pampang Poring.













Thursday, 14 June 2012

Jalan raya Kg Pahu hingga Kg. Lipantai perlu dinaik taraf


RANAU: Slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan didesak supaya benar-benar dilaksanakan dan bukannya sekadar menarik sokongan rakyat.
Slogan ini mesti dibuktikan melalui tindakan dan perlaksanaan projek yang tepat dan menepati citarasa rakyat setempat.

Ketika mengulas lanjut slogan itu, Ketua Bahagian STAR Ranau, Jalibin Paidi mendesak supaya jalan raya yang menghubungkan Kampung Pahu dengan, Kg. Mohimboyon dan melalui Kg. Lipantai segera dinaiktaraf oleh kerajaan.
“Jalan yang dianggarkan sejauh 5km itu kini dalam keadaan amat uzur dan sudah tidak boleh dilalui oleh kenderaan kecuali motosikal.

“Jika jalan ini diperbaiki, bukan sedikit rakyat Ranau terutama dalam DUN Karanaan yang akan menikmatinya. Penduduk di Kg. Tudan hingga Kg. Himbaan akan turut menikmati faedah pembinaan jalan ini. Bahkan, penduduk kampung kelahiran Datuk Masidi Manjun iaitu Kg Terelobou juga akan sama-sama dapat menikmati pembinaan jalan raya ini,” jelas Jalibin lagi.

Buat masa ini, semua pengguna jalan raya sepanjang jalan dari Kg Tudan hingga Kg Pahu terpaksa melalui jalan BunduTuhan atau jalan Randagong untuk sampai ke Pekan Ranau.
“Jika perkara ini dilaksanakan, maka perjalanan yang memakan masa yg lama dapat dijimatkan dari segi masa, kos dan tenaga,” tambahnya.

Jalibin berkata, jika benar rakyat diutamakan, jalan ini seharusnya diberi keutamaan dalam pembangunan oleh kerajaan sedia ada. Apa yg dikesalkan, semua kampung kini diberi pembangunan pemasangan bekalan air paip yang menelan kos jutaan ringgit sedangkan hampir semua kampung yang terlibat langsung tidak memerlukan pembangunan itu kerana semuanya sudah dibekalkan dengan bekalan air graviti percuma, bersih dan mencukupi.

Beliau juga menyentuh bahawa terlalu banyak pembangunan kerajaan sekarang yang belum diperlukan rakyat atau bukan keutamaan rakyat.
Beliau mengambil contoh pemasangan sign board ‘Tak Nak Merokok’, pembinaan kelas kabin, pemasangan bekalan elektrik solar di sekolah dan pemasangan tangki raksasa ‘rain harversting’ kononnya untuk mengatasi masalah bekalan air d sekolah luar bandar.

Seorang penduduk d Kg. Tudan, Imi Bansinai pula ketika ditanya tentang desakan dinaik taraf jalan yang dimaksudkan menyatakan sokongan desakan Jalibin itu.

“Hanya segelintir yang boleh berfikir untuk mengemukakan cadangan sebegitu. Ternyata cadangan ini amat bernas dan benar-benar mewakili suara rakyat,” ujar Imi.



Dikeluarkan melalui KG Publicist -  012-8856465



Thursday, 7 June 2012

Tanah NCR di Sabah amat kritikal

INILAH carta operasi syarikat BEGARAYA SDN. BHD yang banyak menimbulkan masalah tanah NCR milik Orang Asal di Sabah. Berdasarkan kepada carta ini sebilangan besar tanah NCR dirampas dan diceroboh dengan pengetahuan kerajaan negeri tetapi 'buat tak tau'. Isu-isu ini sudah berkali-kali menjadi berita utama media-media utama tempatan di Sabah namun 'pemimpin kanan' negeri, Anggota Parlimen dan Wakil Rakyat di kawasan yang bermasalah 'tunduk' dan 'bungkam'. Carta ini ditayangkan/ditunjukkan di kediaman Datuk Dr Jeffrey Kitingan sebagai 'bahan bukti' bahawa tanah-tanah NCR di Sabah dalam keadaan kritikal dan terancam.


PENGERUSI Parti STAR Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan (kanan) khusyuk mendengar aduan-aduan daripada beberapa pemimpin STAR yang menemui beliau di kediamannya di Kasigui, Donggongon, Penampang pada  6 Jun, 2012, kira-kira jam 10 pagi. Antara isu yang dibangkitkan adalah tanah-tanah NCR dan tanah bergeran milik penduduk yang dirampas dan dicerobohi oleh syarikat-syarikat besar di mana kerajaan negeri mempunyai kepentingan. Syarikat yang dimaksudkan Begaraya Sdn. Bhd dan Safoda.
Turut dibincang ialah rancangan untuk mengadakan perhimpunan 17 Jun, 2012 di Keningau. STAR juga bercadang untuk mengadakan perhimpunan serentak di setiap daerah di Sabah yang memfokuskan beberapa isu yang akan dibincangkan kemudian sebagai pengisian perhimpunan itu nanti.

Monday, 4 June 2012

Inkuiri nasional Suhakam mengenai hak tanah Orang Asal di Sabah

KOTA KINABALU:  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan meneruskan siri perundingan dan pendengaran awam berhubung inkuiri nasional mengenai hak tanah Orang Asal di Sabah, selama 14 hari sehingga 16 Jun ini.
Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam berkata pendengaran awam itu untuk mendapat maklumat yang lebih mendalam mengenai kes-kes yang telah direkodkan selain membantu merangka syor-syor yang bersesuaian berhubung isu tanah adat masyarakat Orang Asal di negeri ini.
“Proses pendengaran awam bermula dengan memanggil saksi-saksi daripada komuniti dan diikuti saksi-saksi daripada pihak syarikat yang berkenaan mengikut kategori isu.
“Setelah semua saksi dipanggil, saksi daripada pihak kerajaan akan dipanggil untuk memberi respons dan juga menjawab mana-mana soalan berkaitan undang-undang, dasar dan prosedur daripada ahli panel dan perunding bebas,” katanya dalam ucapan sebelum mempengerusikan inkuiri itu di sini.
Sesi hari ini disertai dua Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha’ani Abdullah dan Jannie Lasimbang dan seorang konsultan bebas Tan Sri Simon Sipaun.
Hasmy berkata sebelum ini, Suhakam turut mengadakan Konsultasi Awam Sabah di beberapa dearah iaitu Keningau, Tenom, Penampang, Kota Marudu, Tawau dan Sandakan dari 17 Jun hingga 5 Julai tahun lepas.
Katanya seramai 2,875 peserta menghadiri konsultasi itu dan 407 aduan direkodkan pasukan Inkuiri Nasional mengikut lapan kategori iaitu pentadbiran, perladangan, hutan simpan, projek pembangunan, tadahan air, taman-taman Sabah dan pampasan pengambilan tanah.
“Inkuiri ini akan meneliti punca masalah berhubung hak tanah adat (NCR) kepada tanah dengan cara komprehensif dan kita membuat analisa dan akan menyediakan laporan bagi membantu kerajaan menyelesaikan isu ini,” katanya.
Suhakam membuat pengumuman mengenai Inkuiri Nasional ini pada 10 Mei tahun lepas.

Saturday, 26 May 2012

Spekulasi untuk singkir saya - Lajim


SANDAKAN: Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Haji Lajim Ukin, menegaskan spekulasi dan khabar angin yang cuba disebarkan oleh pihak-pihak tertentu  bertujuan untuk menyingkirkan beliau daripada arus politik perdana.

Beliau menasihatkan rakyat tidak mudah terpengaruh dan mempercayai khabar angin kononnya beliau akan keluar daripada Umno sedangkan beliau masih lagi di dalam Barisan Nasional (BN), sebagai Timbalan Menteri dan Anggota Majlis Tertinggi (AMT) Umno Pusat.

"Ia cuma khabar angin saja. Setiap kali menjelang pilihan raya akan timbul bermacam-macam spekulasi ... bukan saya saja tetapi mungkin ramai lagi," katanya kepada pemberita selepas ditemui pada Malam Mesra Budaya sempena Pelancaran Persatuan Warisan Budaya Bumiputera Sabah (WARIS) di SK Sri Melanta Jaya, Jalan Bokara, di sini, malam Jumaat lalu.

Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu menambah bahawa khabar angin ini mungkin disebabkan kerana kelantangannya bersuara dalam sesuatu isu.

Beliau yang juga Presiden WARIS membidas sikap dan tindakan sesetengah pihak yang padanya sebagai tidak bertanggungjawab.

Mengenai persatuan itu, Lajim menjelaskan, penubuhan WARIS bukan untuk bersaingan dengan persatuan-persatuan kebudayaan sedia ada di negeri ini.

"WARIS yang diwujudkan beberapa tahun lalu sebagai wadah perjuangan untuk masyarakat Bumiputera bagi membolehkan kerajaan memberi perhatian agar nilai semua budaya dipertahankan.

Lajim berkata, beliau akan menjelajah ke seluruh negeri ini untuk mempromosikan adat dan budaya Bumiputera supaya kerajaan mendengar suara Bumiputera.




Wednesday, 9 May 2012

Pegawai ugut peneroka, Jaipin buat laporan polis


TUNJUK LAPORAN POLIS ... Jaipin (kanan) bersama dengan salah seorang peserta peneroka Tungking Mangajai menunjukkan salinan laporan polis.


BELURAN: Aktivis masyarakat Jaipin Mohigal, 62, membuat laporan polis terhadap dua orang pegawai Jabatan Perhutanan Daerah Pitas kerana mengugut mengusir dan menangkap peneroka Tanah Hak Adat Negeri (NCR) Kampung Koiboton Darat Tangkarason, Beluran bertujuan untuk menimbulkan ketakutan.
Jaipin membuat laporan itu di Balai Polis Beluran pada 4 Mei lalu, jam 7 malam kerana tidak senang dengan tindakan dua pegawai itu.
Katanya, tujuan lain laporan polis itu dibuat untuk keselamatan para peneroka serta harta benda mereka, di samping sebagai rujukan kepada Jabatan Perhutanan Sabah dan pihak-pihak berkenaan mengenai status/sejarah yang berlaku di kawasan itu sebelum ini.
Menurut Jaipin, pada 3 Mei lalu, jam 1.30 petang  pegawai berkenaan datang ke kampung itu menemui para peneroka NCR dan memberi amaran dengan berkata: “Kalau kamu tidak lari dari kawasan ini, besok kami datang tangkap kamu.”
Sementara rakan pegawai itu pula mengugut akan memusnahkan tanaman getah mereka jika mereka meneruskan penerokaan di ‘Hutan Simpan’ itu.
Ketika kejadian beliau (Jaipin) tidak bersama dengan peneroka kerana berada di Kota Kinabalu sebab mempunyai urusan lain. Beliau mengetahui perkara itu apabila diberitahu oleh anaknya yang juga peneroka di kampung itu.
Jaipin yang mengetuai peneroka NCR Kg Koiboton Darat dalam laporan polisnya antaranya mendakwa tindakan mereka meneroka tanah itu kerana telah mendapat restu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman dan Datuk Dr Maximus Ongkili.
Jaipin berkata, apabila peneroka memberitahu pegawai itu bahawa mereka mendapat kebenaran Ketua Menteri Sabah untuk mengusahakan tanah NCR itu, pegawai berkenaan berkata: “Musa Aman (Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman) cakap saja itu, itu politik...tidak betul.”
Seorang daripada peneroka meminta pegawai itu supaya menghubungi Ketua Menteri untuk mendapatkan pengesahan, bagaimanapun pegawai-pegawai berkenaan tidak berbuat demikian sebaliknya bergegas meninggalkan kawasan tersebut.
Apa yang peliknya, kata Jaipin, pada keesokan harinya (4 Mei) seorang kakitangan dari Jabatan  Perhutanan Pitas datang menemui para peneroka NCR Kg Koiboton Darat meminta supaya mereka (peneroka) mengusahakan tanaman yang sedia ada dan tidak memperluaskan kawasan penerokaan mereka.
Aktivis itu juga berkata bahawa mereka sudah lama meneroka kawasan tanah NCR itu sejak 1980-an lagi dan sehinggalah sekarang. Di mana kawasan NCR itu sudahpun ditanami dengan pelbagai jenis tanaman dan kini telah mengeluarkan hasil.
Difahamkan, bahawa kawasan tanah NCR Kg Koiboton Darat sebelum ini tidak termasuk dalam kawasan Hutan Simpan Paitan. Hanya apabila wujudnya syarikat FMU (Begaraya) di kawasan itu baharulah ianya dimasukkan dalam geran FMU tersebut.
“Sebelum wujudnya syarikat FMU di kawasan itu terdapat lebih 30 buah rumah penduduk dan kini hanya tinggal lima buah rumah, apabila Jabatan Perhutanan Sabah bertindak merubuh rumah-rumah  berkenaan dan memusnahkan tanaman penduduk,” jelas Jaipin ketika ditemui di kediamannya di Kota Kinabalu, hari ini.
Penduduk juga telah membina sebuah jambatan kereta diperbuat daripada kayu bagaimanapun jambatan itu dirosakkan oleh kakitangan Jabatan Perhutanan.
Menurut Jaipin lagi, Jabatan Kesihatan Beluran pernah memberi bantuan tangki air kepada penduduk di kampung itu.
Difahamkan juga bahawa pihak kerajaan sekarang telah merancang untuk membina rumah-rumah PPRT di kampung itu, di mana tapak rumah sudah dikenal pasti dan hanya menunggu pelaksanaannya.
Jaipin memberitahu bahawa beliau dan peneroka lain mensasarkan meneroka seluas 1,500 ekar dengan 100 orang peserta di tanah NCR Kg Koibiton Darat dan, berharap kepada kerajaan yang ada sekarang supaya bertimbang rasa terhadap peneroka yang tidak memiliki tanah bergeran.
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mac lalu telah meluluskan pindaan Undang-undang Enakmen Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan) 1984 yang antara lain membolehkan penduduk pedalaman dan kawasan terpencil di negeri ini memiliki tanah hutan simpan yang sudah lama diteroka dan diusahakan mereka.
Melalui pindaan itu juga, lebih ramai penduduk berpeluang memajukan sektor pertanian di kawasan yang sudah diteroka berpuluh-puluh tahun sebelum ini.
Pindaan itu membenarkan status tanah simpan ditukar kepada tanah negeri yang membenarkan penduduk asal atau sudah lama menduduki tanah terbabit untuk terus tinggal di situ selain mengusahakannya sebagai sumber utama rezeki.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman, dalam sidang medianya di bangunan DUN Sabah di sini, selepas sidang itu berkata: “Jika ada rizab hutan sudah diduduki rakyat dengan begitu lama, kita sedia menukarkannya kepada tanah negeri bagi membolehkan mereka terus tinggal di situ.”
Musa juga meminta Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) buat penilaian. Begitu juga dengan wakil rakyat, harus bertanggungjawab dan sahkan penduduk sudah lama tinggal di tanah rizab berkenaan.



Wednesday, 28 March 2012

Kenapa setiap kali menjelang pilihanraya, mesti ada pendaftaran bergerak di Sabah ?


TONGOD : Kenapa setiap kali menjelang pilihanraya, mesti ada pendaftaran bergerak di Sabah? Seolah-olah rakyat Malaysia akan beranak lebih kerap atau ada kanak-kanak Malaysia yang tiba-tiba cukup umur untuk mendapatkan Kad Pengenalan di negeri ini menjelang pilihanraya. Adalah lebih baik sekiranya ada pemantauan melalui hospital dan klinik mengenai nisbah kelahiran dan pembuatan kad pengenalan.
Kenapa setiap kali menjelang pilihan raya, pendaftaran bergerak menjadi tumpuan? Orang yang datang pula adalah rakyat yang datang dari luar kampung berkenaan. Saya selaku pemimpin di Kinabatangan, yang sekarang terkenal mempunyai lebih ramai rakyat asing dari tempatan, memohon kerajaan menyiasat segala bentuk penindasan terhadap Orang Asal, khususnya di Sabah yang menjadi sarang pendatang asing.
Saya bersetuju dengan arahan Menteri Luar Datuk Anifah Aman menghentikan pendaftaran bergerak di Senalang, Semporna. Bagaimanakah Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Husein dengan mudah meluluskan pendaftaran itu sedangkan permohonan rakyat Sabah supaya RCI ditubuhkan mengenai pendatang tanpa izin di Sabah tidak diendahkan. 
Sebagai negara merdeka, rakan senegara Malaya sepatutnya menghormati negara Sabah dan bukan menjadi kawan makan kawan. 
Pemimpin kerajaan Sabah sepatutnya melihat segala masalah yang berlaku terhadap Sabah dari sudut Perjanjian Malaysia. Kebanyakan masalah yang berlaku di Sabah, berpunca daripada kegagalan rakan senegara Malaya menghormati Perjanjian Malaysia termasuk 20 Perkara. Malangnya pemimpin kerajaan di Sabah seolah-olah tidak tahu apa itu Perjanjian Malaysia.

Pemimpin kerajaan Sabah hari ini seolah-olah tidak tahu bahawa Sabah ini adalah sebuah negara merdeka dan berdaulat. Pemimpin Sabah melihat negara Sabah ini sebagai negeri ke-12 Persekutuan Malaya. 

Sebagai sebuah negara merdeka sejak 31 Ogos 1963, pemimpin Sabah berhak merealisasikan nikmat kemerdekaan itu kepada rakyat Sabah termasuk menangani masalah yang timbul. Sebagai sebuah negara merdeka, Sabah berhak mencari kaedah-kaedah tertentu untuk menangani masalah pendatang tanpa izin oleh Malaya, tanpa menunggu kelulusan Malaya.

Dalam persyarikatan Malaysia, Malaya hanyalah sebuah negara rakan kongsi, dan bukan penentu kepada tindakan pemimpin Sabah untuk negara Sabah. Sabah hanya mempunyai kaitan dengan Malaya kerana adanya Malaysia. Malaysia hanya wujud kerana adanya Sabah dan Sarawak.

Tanpa Sabah dan Sarawak, Malaysia tidak wujud. Seharusnya sejak merdeka Sabah sudah ada Jabatan Pendaftaran Negara Sabah yang dikendalikan oleh rakyat negara Sabah untuk mengawal rakyatnya. Jabatan Pendaftaran sekarang bukan Jabatan Pendaftaran negara Sabah.

Hanya kerana Sabah tidak mempunyai Jabatan Pendaftarannya sendiri, maka Malaya mengambil kelemahan pemimpin Sabah sekarang untuk merosakkan rakan senegara Sabah dengan cara memasukkan orang asing ke Sabah melalui Pejabat Pendaftaran Malaya yang berulis Jabatan Pendaftaran Negara. Tujuannya untuk menjadikan orang asing itu penyokong Malaya untuk menguasai Sabah. 

Demi maruah negara Sabah dan generasi rakyat Sabah, tiba masanya pemimpin kerajaan Sabah memikirkan semula peranan mereka dalam pentadbiran kerajaan Sabah yang berdaulat ini. Nikmat yang mereka miliki sebagai pemimpin di bawah kuasa pemimpin Malaya sangat jelas tidak dapat dinikmati oleh rakyat Sabah.

Nikmat kemerdekaan Sabah, tidak pernah sampai kepada rakyat tulin Sabah. Masanya untuk pemimpin Sabah bersatu untuk membela dan mempertahankan maruah tanah air yang berdaulat ini. Masanya juga untuk rakyat Sabah bersatu, untuk berjuang mempertahankan maruah tanah air yang sedang dicemari rakan senegara Malaya.

Hanya kita yang dapat menyelesaikan masalah tanah air kita. Selagi masih ada peluang, kita ambil peluang ini untuk bersatu memperbaiki tanah air kita. Kalau bukan kita, siapa lagi? Terus mengharap kepada Malaya? Kalau bukan sekarang, bila lagi? Menunggu sehingga kita menjadi pelarian di tanah air kita sendiri? Ini kalilah!!

Diedarkan melalui KG Publicist di 012-8856465


Monday, 26 March 2012

Jaipin harap Sidang DUN beri tumpuan isu NCR



KERATAN AKHBAR ... Dompok dalam responsnya terhadap kenyataan Fernandez.
JAIPIN MOHIGAL 

KOTA KINABALU: Seorang aktivis masyarakat, Jaipin Mohigal, 62, menaruh harapan supaya Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang bersidang hari ini supaya memberikan tumpuan kepada isu Tanah Hak Adat Negeri (NCR) yang sudah sekian lama menjadi ‘duri dalam daging’ kerajaan dan rakyat.
Katanya, kegagalan kerajaan memuktamadkan penyelesaian terhadap isu itu pastinya akan mengundang persepsi negatif terhadap keupayaan kerajaan membela nasib rakyat.
Menurut Jaipin, berita mengenai aktiviti pencerobohan tanah NCR di merata tempat di negeri ini mendapat liputan meluas oleh media-media massa tempatan di mana pencerobohan itu  dilakukan oleh syarikat-syarikat FMU serta melibatkan agensi kerajaan dan ianya semakin kritikal.
Melihat kepada situasi itu, katanya, slogan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ sudah tidak releven lagi kerana jelas sekali ada tindakan-tindakan kerajaan hanya ‘cakap tidak serupa bikin’.
“Sehinggakan timbul pelbagai pandangan dan cadangan berhubung isu itu yang mahukan kerajaan supaya memberikan pertimbangan adil terhadap rakyat yang banyak berkorban kepada kerajaan,” katanya lagi.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman dalam responsnya terhadap cadangan Ketua Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum bagi penubuhan sebuah Tribunal untuk mengurus soal berkaitan tanah anak negeri, beliau dipetik sebagai berkata, bahawa kerajaan negeri mengalu-alukan sebarang inisiatif yang boleh membantu usaha meningkatkan kebajikan rakyat dan memperkukuhkan program tanah itu.
Seorang peguam, Datuk Kong Hong Ming juga turut mengulas cadangan Malanjum itu, yang mendakwa Jabatan Tanah dan Ukur serta Kerajaan Negeri adalah pihak yang bertanggungjawab atas kehilangan dan kehakisan hak adat anak negeri di Sabah.
Musa juga dalam reaksinya terhadap kenyataan Peguam Besar Sabah, Datuk Roderic Fernandez yang mendakwa bahawa ‘tiada tanah NCR selepas 1930’ berkata akan membawa perkara itu ke mesyuarat Kabinet Negeri untuk dibincangkan dengan mendalam dan beliau akan turut menjemput pemimpin parti komponen Barisan Nasional untuk membincangkan isu itu.
Jaipin mengambil contoh tanah-tanah NCR di daerah Kota Marudu, Pitas dan Beluran di mana kawasan-kawasan yang berstatus NCR telah dirampas oleh syarikat besar FMU membabitkan agensi kerajaan tanpa pengetahuan penduduk terbabit.
Jaipin menegaskan, pihak kerajaan sepatutnya berbincang terlebih dahulu dengan rakyat jika mahu membangunkan tanah-tanah NCR dan, bukannya melakukan ‘serang hendap’ terhadap tanah-tanah NCR yang diteroka oleh penduduk  untuk diberikan kepada syarikat besar semata-mata mengejar keuntungan tetapi pada masa yang sama menafikan hak orang asal di negeri ini untuk memiliki tanah itu.
Difahamkan juga terdapat kawasan tanah yang dahulunya berstatus NCR telah bertukar kepada status Hutan Simpan dan, penduduk yang menduduki kawasan itu diusir dan hasil tanaman mereka dimusnahkan, rumah dirobohkan dan dibakar tanpa sebarang pampasan.
“Ini berlaku kepada peneroka tanah NCR Kampung Koiboton Darat Pinangkau di daerah Beluran apabila harta benda mereka dimusnahkan dan, yang paling menyedihkan penduduk terbabit ditangkap, dipenjarakan dan didakwa di mahkamah,” ujarnya.
Beliau berharap dan merayu kepada kerajaan supaya perbuatan seperti itu dihentikan, sebaliknya mangsa-mangsa dilindungi dan diberikan tanah untuk diusahakan.
“Tanggungjawab kerajaan yang dipilih rakyat ialah melindungi rakyat jelata dan bukannya dianiya kerana tanpa rakyat siapalah kerajaan dan begitulah sebaliknya,” tegasnya.
Jaipin yang juga bekas Ketua Kampung, Kampung Bunsadan Kota Marudu (yang dilantik oleh Umno) merayu kepada kerajaan sekarang membenarkan mereka memiliki geran tanah sendiri untuk kesinambungan hidup cucu-cicit mereka turun temurun.
Sehubungan dengan itu, Jaipin berharap kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah sama ada daripada kerajaan atau pembangkang supaya memainkan  peranan dan komited untuk mencari jalan penyelesaian mengenai masalah aktiviti pencerobohan tanah NCR di negeri ini supaya ianya tidak terus menjadi mimpi ngeri rakyat.
Dalam perkembangan lain, Jaipin juga mencabar Peguam Besar Sabah, Datuk Roderic Fernandez supaya turun padang ke daerah-daerah yang bergelut dengan masalah tanah NCR untuk memberikan penjelasan berhubung dengan kenyataannya bahawa ‘tiada tanah NCR selepas 1930’.
Antara inti pati kenyataan Fernandez ialah bahawa tiada tanah baru berstatus NCR akan diwujudkan memandangkan hanya tanah yang ‘masih’ diduduki oleh peribumi sebelum tarikh penguatkuasaan Ordinan Tanah Sabah (SLO) yang mendapat pengiktirafan status itu.
Selain itu, Fernandez juga berkata, tiada peruntukan di bawah SLO bagi peribumi untuk menduduki tanah selepas 1930 dan kemudian menuntut NCR, dan ‘pihak yang menuntut NCR hari ini mesti menunjukkan bukti pendudukan tanah itu sebelum 1931’.
Jaipin berkata, kenyataan Fernandez itu telah mengawatkan lagi keadaan dan mencetuskan kemarahan rakyat dan beberapa pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuklah Presiden Upko, Tan Sri Bernard Dompok, Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup dan Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang tidak bersetuju dengan pandangan Fernandez berhubung peruntukan NCR dalam SLO bahawa ‘tiada tanah NCR selepas 1930’.
Berikutan dengan kenyatan Fernandez itu, seorang kolumnis akhbar setempat Marcel Jude bertindak memfailkan permohonan bagi kebenaran semakan kehakiman terhadap Ketua Menteri Sabah dan Kerajaan Negeri berhubung isu status Hak Tanah Adat di Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu.
Permohonan itu ditetapkan untuk pendengaran pada 3 April ini, jam 9 pagi di hadapan Hakim Datuk David Wong Dak Wah.
Selain Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Seri Joseph Kurup yang meminta Fernandez supaya meletakkan jawatan, sekumpulan kira-kira 70 anggota DAP Sabah baru-baru ini juga turut membuat tuntutan yang sama terhadap Peguam Besar Sabah itu.
Jaipin menyifatkan kenyataan Fernandez itu seperti pedang bermata dua menggores perasaan masyarakat peribumi yang sudah sekian lama berdepan dengan masalah tanah NCR  yang mereka menduduki sejak nenek moyang mereka lagi.
Jaipin berkata, Peguam Besar Negeri sebagai penasihat undang-undang kepada kerajaan negeri harus bertanggungjawab akibat daripada kenyataannya itu, lebih-lebih lagi apabila nasihatnya mempunyai kesan untuk merampas hak asasi anak negeri.
Seorang Pengarah Pusat bagi Pengajian Penduduk Asli Malaysia di Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Ramy Bulan, dipetik sebagai berkata bahawa pemetaan penduduk boleh digunakan untuk membuktikan pemilikan tanah anak negeri.
Dr Ramy juga berkata, mungkin salah satu cara untuk melakukannya adalah dengan membandingkannya dengan peta tanah negeri dan itu adalah salah satu cara di mana mereka kemudian boleh menunjukkan hak mereka terhadap tanah itu.
Menyentuh mengenai Ordinan Tanah Sabah (SLO), Dr Ramy dipetik berkata, ia amat terbuka kerana ia menyediakan peruntukan membolehkan anak negeri mewujudkan NCR di atas tanah itu dan dalam masa tiga tahun, mereka boleh memohon dokumen dengan syarat mereka berada di atas tanah itu, membina sesuatu dan bercucuk tanam di situ.


KERATAN AKHBAR ... antara berita berhubung masalah tanah-tanah NCR di Sabah. 

Tuesday, 20 March 2012

SABAH, SARAWAK MAHU PRU KE-13 SELEPAS KAAMATAN, GAWAI


KUALA LUMPUR, 20 Mac: Beberapa pemimpin masyarakat dan ahli politik di Sabah dan Sarawak lebih suka jika pilihan raya umum ke-13 diadakan selepas sambutan perayaan Kaamatan dan Gawai yang masing-masingnnya jatuh pada 30-31 Mei dan 1 Jun.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang berasal dari Sarawak, berkata adalah tidak bijak jika PRU diadakan semasa perayaan itu.
 “Jika Sarawak dianggap simpanan tetap Barisan Nasional, janganlah adakan pilihan raya ketika itu kerana ramai yang mungkin tidak dapat mengundi. 
“Tarikh 3 Jun sebagai hari mengundi, seperti yang diramalkan, memang amat tidak sesuai bagi Sabah dan Sarawak,” kata Wan Junaidi.
Gawai disambut di Sarawak manakala Kaamatan merupakan perayaan di Sabah dan Labuan. Sarawak dan Sabah serta Labuan mempunyai 57 kawasan parlimen.
Di Sarawak, pilihan raya umum akan datang hanya melibatkan 31 kerusi parlimen dan tidak kerusi Dewan Undangan Negeri kerana pilihan raya negeri itu telah diadakan pada 16 April tahun lepas.
Di Sabah, ia melibatkan kerusi negeri dan parlimen, yang masing-masing berjumlah 25 dan 60. Labuan mempunyai satu kerusi parlimen. 
Presiden Persatuan Siswazah Dayak Sarawak Dr Dusit Jaul juga berharap pilihan raya tidak diadakan pada minggu terakhir Mei atau minggu pertama Jun agar tidak menjejaskan mereka yang menyambut perayaan itu. 
“Pertimbangan perlu diberi terhadap mereka yang membuat persiapan untuk menyambut Gawai.
“Bukan itu saja, jika ia diadakan dalam tempoh sambutan itu, kerajaan mungkin dituduh tidak peka terhadap kebajikan suku kaum Dayak. Ini tidak baik bagi kerajaan,” katanya apabila dihubungi hari ini.
Seorang pemimpin Iban dari Sibu, Temenggong Adrian Ringgau, berkata kebanyakan anggota masyarakat Dayak, terutama yang tinggal di rumah panjang, akan mengadakan pelbagai majlis termasuk majlis paerkahwinan dan “Gawai Antu” (perayaan mengingati mereka yang telah meninggal dunia) sempena perayaan itu.
“Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam kalangan masyarakat Dayak tidak akan mencapai angka yang diharapkan sekiranya tarikh pilihan raya bertembung dengan tarikh sambutan dan oleh itu pilihan raya eloklah diadakan menjelang awal Mei atau selepas pertengahan Jun,” katanya.
Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan berkata pilihan raya umum tidak sepatutnya diadakan semasa sambutan Gawai atau pesta menuai yang dirayakan masyarakat Dayak.
Semasa perayaan itu, anggota masyarakat Dayak yang tinggal di bandar dan di perantauan akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk bertemu sanak saudara dan keluarga.
Mawan, yang juga Menteri Pembangunan Sosial Sarawak, berkata sekiranya pilihan raya umum diadakan  pada tarikh itu, ada kemungkinan mereka yang pulang ke kampung halaman akan mempengaruhi penduduk rumah panjang dan kampung melalui pendapat mereka tentang isu setempat.
Setiausaha Agung Upko dari Sabah Datuk Wilfred Madius Tangau berkata tarikh sambutan dua perayaan itu perlu diambil kira dalam menentukan tarikh pilihan raya umum.
“Mei mungkin tidak sesuai, terutama di Sabah kerana Kaamatan disambut pada 30 dan 31 Mei. Ia merupakan sambutan peringkat negeri. Oleh itu, tidak wajar pilihan raya umum diadakan dalam tempoh itu,” katanya apabila dihubungi hari ini.
Bagaimanapun, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Masing berkata beliau tidak fikir mengadakan pilihan raya ketika sambutan Gawai akan menjejaskan perayaan itu.
“Pilihan raya perlu cepat diadakan. Banyak perkara telah dilaksanakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan seperti pengagihan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) dan kenaikan gaji penjawat awam. 
“Sekiranya pilihan raya diadakan jauh kemudian, kesannya sudah hilang kerana kesan BR1M hanya mempunyai jangka hayat tiga bulan saja.
 “Selepas  itu, ia akan hilang. Mana-mana tarikh dalam tempoh tiga bulan ini memang baik untuk mengadakan pilihan raya,” katanya.
 Masing, yang juga Menteri Pembangunan Tanah Sarawak dan seorang ahli anthropologi, berkata daripada segi sosial, mengadakan pilihan raya semasa perayaan Gawai tidak menjadi masalah kerana pengundian hanya melibatkan satu hari sahaja.
Seorang lagi Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee, yang berasal dari Sabah, berkata pemilihan tarikh pilihan raya umum tidak sepatutnya menjadi isu kerana beliau percaya rakyat sudah cukup matang untuk memahami kepentingannya.
“Terserahlah kepada Perdana Menteri bilakah beliau hendak mengadakan pilihan raya. Kalau seseorng mengatakan pilihan raya tidak sepatutnya diadakan menjelang akhir Mei atau awal Jun, ini bermakna orang itu meletakkan syarat kepada Perdana Menteri. Ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.
Bagaimanapun, Kiandee berkata beliau yakin Perdana Menteri akan memilih masa paling sesuai untuk pilihan raya.
Sama ada sebelum atau selepas perayaan Kaamatan dan Gawai, seperti yang dikatakan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak, yang pasti, negeri itu sudah bersedia menghadapinya pada bila-bila masa.