Tuesday, 30 April 2013

Masa depan rakyat terjamin dalam BN: Musbah


SOKONGAN TOKOH IRRANUN … Pinjaman Haji Husin (tengah) mengangkat tangan Rahman (dua kiri) dan Musbah (kanan) sebagai tanda sokongan etnik Irranun kepada calon-calon tersebut.


OLEH WARTAWAN SIDANG RAKYAT

KOTA BELUD: Masyarakat luar bandar sedia mafhum bahawa masa depan mereka terjamin di bawah naungan Barisan Nasional yang memiliki track rekod terbaik dalam pengurusan pentadbiran negara.

Calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk, Datuk Musbah Haji Jamli, berkata kita sudah berjaya kerana ketika Malaysia mencapai arus ekonomi berkembang 5.6 peratus beberapa negara di Eropah terpaksa meminta sedekah kepada tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF).

“Tetapi Malaysia tidak melakukannya  kerana kita mempunyai penaraju kepimpinan negara yang bijak dan pantas mengurus ekonomi negara,” katanya.

Maka itu, katanya, rakyat patut ambil masa bertenang untuk menilai pencapaian pembangkang di negara ini sama ada pemimpin-pemimpin pembangkang mempunyai track rekod baik membela nasib  rakyat khususnya di DUN Tempasuk selama ini.

Musbah juga mengingatkan masyarakat DUN Tempasuk masa depan mereka akan ranap sekiranya memberi peluang kepada pembangkang untuk menerajui kerajaan pada PRU13 ini.

 “Sangat berbahaya memilih pemimpin yang tidak berpengalaman untuk memerintah negara apatah lagi mengurus ekonomi negara. Dan, negara akan hancur jika pembangkang dan para pemimpinnnya diberi mandat memimpin negara.

 “… ini pakatan pembangkang hendak tentukan siapa jadi Perdana Menteri pun tidak tahu, hendak menjadi Menteri Kewangan pun tidak tahu, semua tidak tahu. Inikah bakal pentadbir negara yang kita perlu, berbanding dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kepimpinannya disegani di mata dunia,” tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika bersama dengan calon Barisan Nasional Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman  Dahlan di Kampung Tapukan, Pusat Daerah Mengundi Taburon dan Rampayan Laut, dekat sini.

Sementara itu, calon Barisan Nasional Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman  Dahlan, berkata dengan berbakalkan majoriti hanya 3,020 undi pada 2008, beliau telah berjaya membawa peruntukan  lebih RM1 bilion untuk projek jelapang padi, tidak termasuk agropolitan, loji air yang berkapasiti tinggi, pembinaan sekolah kebangsaan dan menengah, pembinaan infrastruktur dan banyak lagi yang telah diagih-agihkan  di ketiga-tiga DUN iaitu Tempasuk, Usukan dan Kadamaian.

Beliau juga berjanji akan menjadi wakil Parlimen Kota Belud yang berwibawa untuk menggegarkan Dewan Rakyat bahawa Kota Belud perlu dijadikan salah satu daerah  industri minyak dan gas menjelang 2020. 

Katanya, pada 1 Mei ini, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman bersama Huguan Siau  Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, sempena pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri akan mengumumkan peruntukan pembinaan Pusat Sokongan Industri Minyak dan Gas di teluk, Kuala Abai di tanah milik Yayasan Sabah.

Turut hadir mantan Ketua Cabang Parti Keadilan yang juga ahli majlis tertinggi parti dan Pengarah Buku Jingga PKR, Saidil Simoi dan beberapa tokoh berpengaruh dalam kalangan etnik Irranun antaranya Pinjaman Haji Husin.


No comments:

Post a Comment