Friday, 26 April 2013

PERTANDINGAN AKHIR SUGANDOI KAAMATAN KOTA BELUD 28 APRIL


KOTA BELUD: Pertandingan Akhir Sugandoi Kaamatan peringkat daerah Kota Belud sempena dengan Pelancaran Pesta Kaamatan Negeri Sabah tahun ini diadakan pada 28 April ini, di Dewan Masyarakat Tun Said, di sini bermula  jam 7 malam. 

Menurut kenyataan yang diemilkan kepada SIDANG RAKYAT kelmarin, pertandingan itu yang merupakan acara tahunan terpaksa diadakan lebih awal kerana Daerah Kota Belud dipilih sebagai tuan rumah Pelancaran Pesta Kaamatan tahun  ini.

Menurut kenyataan itu lagi, pertandingan itu bertujuan memilih peserta untuk mewakili daerah itu ke Pertandingan Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri yang diadakan pada hujung bulan Mei nanti.   

Dalam peringkat pemilihan yang diadakan seminggu lepas, sebanyak 20 peserta yang bersaing dan hanya 12 orang sahaja yang dipilih ke final pada Ahad ini.

 Antara peserta yang beradu nasip dalam pertandingan akhir ini terdiri daripada Judith Daulip, Christy Ally Matusin, Jussiana Sintem, Christoper Sham, Jasri Madin, Nora Edora Francis, Rayner Hendry Gusi, Clarha Avency Kuasir, Mefleyjoe Yandari, Selly Yantoni, Jack Taisung dan Asterwina Willmon.
Kesemua peserta ini mewakili kampung masing-masing yang dalam daerah Kota Belud.
Para peserta juga masing-masing membawa dua buah lagu iaitu Lagu  Wajib dan Lagu pilihan.

Johan dalam pertandingan ini akan menerima hadiah berupa wang tunai, hamper, sijil, piala dan merakam sebuah lagu. 

Manakala peserta yang kurang bernasib baik  juga menerima wang tunai, hamper dan sijil disamping persembahan terbaik dan vokal terbaik hadiah sedia menanti para peserta.

Orang ramai di sekitar pekan Kota Belud dan para penyokong peserta yang mewakili kampung masing-masing adalah dijemput untuk   memberi sokongan kepada peserta mereka yang bertanding pada malam tersebut.

Pertandingan Akhir Sugandoi Kaamatan tahun ini akan dirasmikan oleh Persiden Persatuan Tobilung Bersatu Sabah (TOBISA), Muji NC Ampau.

No comments:

Post a Comment