![]() |
MESRA ...Hamisa beramah mesra dengan rakyat Program Bersama Rakyat d i Kg Tg Batu Longpond, Tawau di sini pada Ahad.
|
![]() |
APA KAHBAR … Bertemu pengundi di Kg Pengakalan Asli Merotai, Tawau. |
![]() |
BERJUMPA dengan para pengundi bagi masyarakat kaum iban di Kampung Iban, Merotai. |
![]() |
BERSAMA para pengundi di rumah kediaman Ketua Wanita Umno Tawau, Datuk Rosdianah di Kg Simpang Tiga Merotai. |
![]() |
MESRA RAKYAT … pemimpin bersama rakyat di Kampung Iban, Merotai. |
TAWAU: Rakyat negeri ini diingatkan bijak menilai hujah-hujah pakatan pembangkang
sepanjang kempen pilihan raya, terutama apabila 'menjual janji' yang terdapat
dalam manifesto mereka.
Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat berkata, para pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab pada Pilihanraya Umum (PRU-13) 5 Mei ini wajar menggunakan kematangan untuk membuat penilaian yang baik terhadap seseorang calon parti yang bertanding.
Beliau berkata pemilihan seorang pemimpin bukan hanya pada integrity dan bertanggungjawab malah kemampuan parti yang didokong yang mampu melaksanakan janji-janji melalui manifestonya.
Beliau berkata demikian semasa Program Bersama Rakyat di Kampung Tanjong Batu Batu Longpond, Tawau di sini pada Ahad.

Beliau yang juga penyandang DUN Tanjong Batu menasihatkan golongan muda
dan rakyat supaya tidak memperjudikan masa depan dengan menyokong parti-parti
baharu yang sekadar muncul menjelang pilihan raya dan hilang tidak lama selepas itu.
Katanya, sekiranya calon parti seumpama itu dipilih oleh rakyat, tidak mustahil perancangan pembangunan oleh kerajaan di kawasan berkenaan bakal terjejas.
Pemimpin akan datang dan pergi, oleh itu dasar kerajaan BN sekarang adalah cuba untuk menerapkan orang muda dengan idea dan tenaga yang baharu dan pada masa sama tidak melupakan pengalaman serta jasa pemimpin terdahulu," tegasnya.
Dalam acara berasingan, Hamisa turut menziarahi ketua wanita cawanganyang uzur di Kampung Simpang Tiga Merotai, selain bertemu pengundi di Kg Pengakalan Asli Merotai, bersama para pengundi di rumah kediaman Ketua Wanita Umno Tawau, Datuk Rosdianah Md Nor di Kg Simpang Tiga Merotai.

Beliau turut berjumpa dengan para
pengundi bagi masyarakat kaum iban di Kampung Iban, Merotai.
No comments:
Post a Comment