Tuesday, 23 April 2013

Pengkhianat BN diberi amaran

JAMES … beri amaran jangan 
gadai masa depan negara.



BELURAN: Ahli-ahli Umno khususnya di Sabah yang menyokong pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini diingatkan supaya jangan sesekali menggadai masa depan genarasi negara ini.

Dengan mengambil contoh tindakan Abdul Rahman Atang yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pemimpin Kemajuan Rakyat   di DUN Sugut selama 20 tahun telah mengejutkan bertanding sebagai calon Bebas menentang Barisan Nasional. 
“Perbuatan itu amat jelas bertentangan dengan etika dan perlembagaan parti kerana beliau masih lagi ahli Umno sehingga hari in,” tegas Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional BN bagi Parlimen Beluran dan calon BN Sugut, Datuk James Ratib, di sini, hari ini.
James membuat peringatan itu semasa mengadakan tiga sesi mesyuarat bersama Ahli Jawatankuasa Umno bahagian, Ketua ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan Ahli Jawatankuasa Barisan Nasional kawasan Parlimen Beluran.
Justeru itu, James meminta semua pihak berganding bahu dan berkerja keras agar calon-calon daripada Barisan Nasional mendapat kemenangan besar pada PRU13 ini.


No comments:

Post a Comment