Wednesday, 24 April 2013

Calon Bebas tarik diri diugut ekstrem DAP


SEORANG calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol, Ng Lam Hua, menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana tidak tahan tekanan dan takut ugutan penyokong ekstrem DAP.

Ng, yang bertanding atas tiket Bebas selepas kecewa pucuk pimpinan DAP tidak memilihnya sebagai calon, berkata beliau tidak berhasrat untuk terus bertanding kerana bimbang soal keselamatan diri dan keluarga.

Katanya, keputusan itu adalah muktamad.

“Sejak saya bertanding atas tiket Bebas, saya menerima banyak panggilan yang memaksa saya menarik diri, dan ada juga yang mengugut untuk mencederakan saya kerana bertanding (atas tiket) Bebas.

“Saya tidak tahan lagi dengan tekanan yang diterima hingga isteri menasihatkan saya supaya menarik diri kerana bimbang kesihatan saya,” katanya di Johor Baharu, hari ini.

No comments:

Post a Comment