Wednesday, 24 April 2013

Bumburing tubuh parti selepas PRU13?


KOTA KINABALU: Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tuaran Ansari Abdullah percaya calon PKR bagi kerusi Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing mungkin meninggalkan parti dan menubuhkan parti lain selepas pilihan raya umum ke-13.

Ansari mendakwa Presiden Angkatan Perubahan Sabah (APS) Bumburing mungkir janji untuk menyerahkan kerusi itu kepadanya.

Ansari berkata Bumburing berjanji untuk menyerahkan kerusi itu kepada beliau atas alasan tidak mahu berulang-alik ke Kuala Lumpur kerana mahu meluangkan lebih masa bersama ibunya ekoran kematian bapanya, selain baru mendapatkan rawatan sakit lutut.

“Tindakan anak saya, Erveana Ansari Ali yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan Tuaran, bertanding sebagai calon Bebas adalah untuk menyelamatkan parti itu (PKR),” katanya  pada sidang akhbar di pejabatnya, hari ini.

Pada pilihan raya ini, selain Erveana, Bumburing ditentang calon Barisan Nasional (BN) Datuk Madius Tangau dan Samin @ Jasmin Dulin (Parti Reformasi Sabah). 

No comments:

Post a Comment