![]() |
SOKONGLAH BN ... Hamisa meminta rakyat terus menyokong kerajaan BN kepada rakyat Kampung Tanjong Batu sambil menunjukkan logo BN. |
TAWAU: Jangan ikut emosi ketika memilih parti untuk diundi pada PRU13!, tegas calon Barisan Nasional DUN Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat.
Katanya, mengundi dengan
desakan ‘emosi melampau’ akan mengundang bahaya kepada bangsa dan negara dan,
kerajaan yang dipilih juga tidak stabil.
“Pilihlah parti atau kerajaan yang berjuang
untuk masa depan anda dan negara iaitu kerajaan Barisan Nasional. Jauhilah
parti-parti parasit (pembangkang) yang dipenuhi retorik,” ujarnya.
Hamisa juga menasihatkan para pengundi
supaya memilih dengan bijak kerana tersalah pilih memakan diri.
Bak kata pepatah: “Marahkan nyamuk, kelambu
pun dibakar”, yang menerima akibatnya ialah rakyat.
Beliau berkata demikian
ketika majlis perjumpaan masyarakat Kampung Tanjong Batu Darat, di sini, hari
ini.
Turut hadir Ketua Penerangan Umno Kalabakam, Abdul Karim Abdul Wahid, Ketua Bahagian PBS Tanjong Batu, Samson Gapid, Ketua Pemuda Umno Kalabakan, Mohd Gasing Saling dan masyarakat setempat Kampung Tanjong Batu Darat.
Hamisa menyeru pengundi DUN Tanjong Batu supaya memberi mandat ‘superpower’ kepada
kerajaan BN pada PRU13 ini bagi membolehkan kerajaan BN meneruskan agenda pembangunan kepada rakyat.

“Rakyat tidak perlu ragu
dengan keupayaan kerajaan
BN yang sudah terbukti urus tadbir negara amat cemerlang,” katanya.
![]() |
MESRANYA … ramah mesra dengan pendudu Kampung Tanjong Batu Darat, Tawau. |
No comments:
Post a Comment