“Saya percaya
penduduk Kota Belud faham keadaan ini,” katanya dan jelas perdana menteri
kedengaran sedih kerana tidak dapat datang ke situ.
Abdul Rahman
turut menyampaikan pesanan pemimpin masyarakat di situ bahawa perdana menteri
mesti kena ‘sogit’ atau dikenakan ‘denda’ kerana tidak datang.
“Ini tradisi
tempatan...beberapa pemimpin masyarakat membisikkan bahawa perdana menteri
mesti kena ‘sogit’, untuk memastikan kejayaan cemerlang dalam pilihan raya ini
bagi kerusi parlimen dan negeri,” katanya dalam gurauan.
Untuk membayar
denda ini, kata Abdul Rahman, perdana menteri mesti memastikan beliau
mengunjungi semula Kota Belud selepas PRU13 sebagai perdana menteri yang berjaya.
“Mereka
berjanji untuk memberikan kemenangan (kepada BN) tetapi mereka mahu perdana
menteri datang semula sebagai pemimpin yang berjaya selepas pilihan raya,”
katanya.
No comments:
Post a Comment