OLEH GINDANAU SAKAT
KOTA BELUD: Pembantu
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Musbah Haji Jamli berkata
manifesto Barisan Nasional seiringan
dengan sistem pembelajaran di Malaysia serta pengajaran mudah
disemua peringkat institusi pembelajaran di negara ini.
Katanya, segala
yang dirancangkan untuk negara termasuklah agenda transformasi
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam Bidang
Keberhasilan Utama Negara(NKRA) pendidikan telah membuahkan hasil
kejayaan.
“Sepanjang tempoh GTP 1.0. NKRA Pendidikan memperoleh kejayaan yang
memberangsangkan termasuk peningkatan kadar enrolmen prasekolah rendah bagi
kemahiran asas numerasi dan literasi serta mengenalkan sekolah
berpersatasi tinggi.
“Dengan pembelajaran di sekolah, anak generasi kita juga boleh
mencapai matlamatnya untuk memastikan bersama rakyat Malayisa yang lain
tanpa mengira latar belakang akan merasai nikmat kehidupan negara
yang berpendapatan tinggi menjelang 2020,” katanya
Musbah berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu
Bapa dan Guru-guru(PIBG) Sekolah Kebangsaan Taun Gusi, di sini, pada Sabtu.
Difahamkan, SK Taun Gusi, dibina pada 1hb, Februari 1955
dalam era zaman pemerintahan British yang hanya bertiangkan bambu
dan beratapkan nipa, Guru Besarnya bernama Abdul Wahid Bin
Bukit, kini mempunyai bangunan sekolah konkrit bertingkat
dengan 31 orang guru dan 294 murid.
Menurut mantan Yang Dipertua PIBG Sabli Haji Nanti, pencapaian UPSR
SK Taun Gusi, tidak pernah menurun malah pada keputusan UPSR tahun 2012,
70.5 peratus lulus manakala GPSnya pula memperolehi pencapaian 2.53 peratus.
Menurut Musbah, bapanya tidak senang kalau dia
tidak kesekolah, bapanya mesti menghantarnya ke sekolah SK Taun Gusi itu,
walaupun musim hujan dan banjir menggunakan kerbau dan adakalahnya juga
mereka guna rakit pisang kesekolah sekiranya air itu naik
atau banjir dan hanya dibekalkan dua puluh sen setiap hari,
kadang-kadang tiada juga sen.
Pembantu Pertanian dan Industri Makanan itu, memuji
usaha komitmen warga SK Taun Gusi, kerana setiap tahun
mengekalkan kecemeralangan murid-murid sekolah itu
dalam peperiksaan UPSR.
“Inilah hasil kerja kuat dan bersepadu pihak sekolah, pelajar, ibu bapa
dan persatuan ibu bapa dan guru yang sentiasa memastikan pencapaian ,
dapat diraihkan mengikut sasaran yang ditetapkan dan perlu dikekalkan.
“Supaya, objektif rancangan tranformasi kerajaan yang
telah dicapai itu akan terus membawa kepada peningkatan dalam kualiti
hidup, ekonomi berkembang dengan baik kepada generasi pelajar masa kini dan
akan datang tanpa gangguan daripada penceroboh masa depan generasi
kita,” katanya.
Berikut adalah susunan Jawatankuasa PIBG SK Taun Gusi: YDP Abd Aziz Zaman, NYDP Masturah Nanti, Setiausaha Madsari Anggau,
Bendahari, Azizi Haji Sukudan, AJK: Ag Aziearul Ag Daud, Savyan Suasi,
Jaikin Jelin, Siti Hajar Siban, Ag Lamsaran, Zainorain Makbul, Asri Saum,
Tawik Sitang, Rosne Bedin, Azlan Baki, Jamil Moksin dan Adzri Jamian.
![]() |
Musbah(dua kiri) menyempai hadiah peralatan dapur kepada bertuah disakikan YDP PIBG baharu Aziz(kiri) dan yang lain. |
No comments:
Post a Comment