Joseph yang mewakili
parti komponen BN, Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata manifesto itu akan
diumumkan apabila ianya sudah selesai.
“Saya secara
peribadi telah membuat manifesto sendiri untuk rakyat di Inanam ini. Sudah
tentu manifesto itu adalah untuk pembangunan secara holistik untuk warga di sini,”
katanya ketika ditemu ramah di Pejabat PBS di sini, hari ini.
Katanya manifesto itu juga akan merangkumi dan
menitikberatkan pembangunan serta memberi perhatian setiap pembangunan yang
telah dan akan dilaksanakan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.
“Bukan itu
sahaja, saya juga mempunyai visi dan misi untuk setiap warga Inanam di sini
untuk sama-sama realisasikan,” kata Joseph.
Joseph berkata beliau telah berkecimpung dalam dunia
politik sejak tahun 1980an lagi.
“Saya
sebenarnya telah lama berada dalam dunia politik. Cuma saya rasa, pada ketika
saya ditawarkan peluang pada masa itu, saya tidak bersedia dan sehingga kini,
sejujurnya, saya masih berasa sedemikian.
“ Namun,
apabila saya ditawarkan untuk kali ini dan memang sudah takdir bertanding, maka, saya terima dan akan
melakukan yang terbaik untuk memastikan BN dapat terus menerajui pembangunan serta kemajuan di
Inanam,” jelasnya.
Mengenai persediaan PRU13, Joseph berkata, DUN
Inanam sahaja, terdapat 93 markas dan setiap markasnya sudah bersiap sedia
untuk melakukan yang terbaik.
Beliau berterima kasih kepada Datuk Johnny Goh kerana
telah berikrar untuk membantu beliau dan bersama-sama untuk terus memastikan
kejayaan akan dikecapi pada PRU13 ini.
“Saya berasa
bangga dan berterima kerana beliau (Datuk Johnny) terus memberi sokongan kepada
saya dan pasukan kami. Malah, beliau sendiri telah memberi bantuan dari pelbagai
segi seperti menghantar orang-orangnya untuk membantu kami,” jelasnya.
Malah, jelas
Joseph, beliau bukan sahaja mendapat bantuan daripada satu pihak. Sebaliknya turut
dibantu parti-parti komponen BN antaranya Umno, Parti Gerakan dan MCA.
“Ini sudah
jelas menunjukkan BN adalah satu parti yang bersatu padu dan saling bekerjasama
berbanding parti pembangkang,” katanya.
No comments:
Post a Comment