Tuesday, 30 April 2013

KB jadi Pusat Pembangunan Negeri Sabah?

PASUKAN PADU .. Dari kiri: Herbert, Salleh, Musbah, Rahman dan Japlin mereka sehati sejiwa melaungkan  Tetap BN


OLEH WARTAWAN SIDANG RAKYAT

KOTA BELUD: Empat calon Barisan Nasional di sini yang terdiri daripada Datuk Rahman Dahlan (Parlimen Kota Belud), Datuk Seri Salleh Tun Said (DUN Usukan), Datuk Musbah Haji Jamli (DUN Tempasuk) dan Datuk Herbert Timbon Lagadan (DUN Kadamaian) merupakan gandingan calon BN yang cukup mantap untuk merealisasikan Kota Belud sebagai Pusat Pembangunan Negeri Sabah (PPNS) menjelang 2020.

Sementara itu, Rahman berkata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang datang bersama Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sempena pelancaran Pesta Kaamatan peringkat negeri di Kota Belud pada esok (hari ini), akan mengumukkan Projek Mega iaitu Pusat Sokongan Industri Minyak dan Gas di Teluk Kuala Abai.

Katanya,  pelaksanaan Pusat Sokongan Industri Minyak dan Gas itu merupakan keprihatian kerajaan BN kepada kira-kira 93,000 penduduk Kota Belud yang boleh mengwujudkan lebih daripada 1,000 peluang perkerjaan kepada generasi muda di daerah itu.

“Kita akan lakukan  ini dengan serius bersama tiga calon Barisan Nasional yang juga bakal menjadi menteri penuh bagi masyarakat Kota Belud yang terdiri daripada Datuk Salleh, Datuk Musbah dan Datuk Helbert bagi membantu saya membawa suara Kota Belud ke Dewan.

“Dengan berbekalkan 3,020 majoriti pada PRU12  2008 saya telah berjaya mendapatkan peruntukan Kerajaan Persekutuan melebihi RM1 bilion bagi projek Jelapang Padi, Agropolitan, Mesej, prasarana pembelajaran, infrastruktur dan sebagainya di Kota Belud.

“Ini tidak termasuk projek kecil-kecilan yang melilbatkan pengagihan peruntukan kepada DUN Tempasuk, Usukan dan Kadamaian. Jika  calon-calon BN memenangi PRU13 dengan majoriti besar maka Koto Belud bakal menjadi Pusat Pembangunan Negeri Sabah menjelang2020  selepas Sandakan,” katanya.

Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah berkata demikian ketika bersama 600 etnik Irranun di Majlis Beramah Mesra Pemimpin, di Wisma Serbaguna BTC Inanam, pada Isnin.

Turut berucap calon Barisan Nasional DUN Tempasuk, Datuk Musbah Haji Jamli. 

Ketika dihubungi, calon Barisan Nasional DUN Usukan yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri salleh Tun Said  meminta kepada semua jentera BN supaya bekerja kuat untuk pastikan semua calon-calon Barisan Nasional di Kota Belud menang.  

Katanya, tidak ada maknanya sekiranya hanya calon DUN Usukan, DUN Tempasuk dan DUN Kadamaian sahaja yang menang tetapi, Parlimen BN kalah. Kita semua calon BN di sini menang besar.

Salleh merayu  kepada masyarakat Kota Belud supaya mereka menolak pembangkang dan membuktikan calon pembangkang bukan pilihan masyarakat Kota Belud  pada PRU13, 5 Mei ini.

Manakala calon Barisan Nasional DUN Tempasuk, Datuk Musbah Jamli, berkata kerajaan Barisan Nasional bertindak bijak dan pantas merebut peluang  perniagaan yang melibatkan antarabangsa, nasional dan  negeri.

Katanya, peluang perniagaan itu menyediakan pakej pelaburan menguntung kepada semua rakyat di luar bandar termasuklah   kawasan Tempasuk.

Sementara itu, calon Barisan Nasional Dun Kadamaian Datuk Herbert Timbon Lagadan pula berkata meskipun berhadapan dengan serangan bertubi-tubi yang sarat dengan tuduhan dan fitnah daripada pemengkang namun, beliau yakin dengan keupayaan semangat Gelombang Biru.

Sehubungan itu,  Herbert menyifatkan  tindakan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Belud Saidil Simoi keluar daripada parti itu dan menyertai Barisan Nasional sebagi petanda jelas bahawa pembangkang ‘Tetap Ranap’ pada 5 Mei ini.

Mantan wakil rakyat Usukan Japlin Akim secara terbuka memberi sokongan penuh kepada keempat calon BN berkenaan yang beliau sifatkan sebagai pemangkin kepada pembangunan Kota Belud.


No comments:

Post a Comment