SANDAKAN: Program
Konvoi Bermotor Pemuda Barisan Nasional (BN) Libaran akan mengedarkan bahan
kempen yang akan digunakan pada PRU13 ke setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) di
kawasan Parlimen Libaran
Pemuda Barisan
Nasional (BN) Libaran melancarkan program gerak gempur yang disertai 158 belia
sebagai persiapan akhir menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Libaran, Datuk
Juslie Ajirol di Markas Pemuda BN Libaran di Bandar Labuk Jaya, di sini, hari
ini.
“Ia adalah program terakhir dilaksanakan BN Libaran sebelum kempen bermula sebaik penamaan calon dibuat pada 20 April ini,” kata Juslie kepada kepada media selepas menyempurnakan majlis pelancaran program itu.
Menurut beliau, unit bermotor pemuda BN Libaran akan melawat ke 20 PDM yang ada di kawasan parlimen Libaran untuk mengagihkan bahan kempen seperti poster dan bendera.
Katanya, pelancaran program akan sekali gus melengkapi persiapan dibuat setiap PDM yang sudah diaktifkan sejak awal lagi.
LANCAR PROGRAM … Juslie (tiga kanan) menyempurnakan majlis pelancaran program Konvoi Bermotor Pemuda BN Libaran. |
blog tuan sudah dipautkan ke Borneo Bullet
ReplyDeleteUNDI BN MEMBAWA KEPADA KEMAKMURAN DAN KEHARMONIAN BANGSA, AGAMA DAN NEGARA
"selamat menghadapi PRU13"