Saturday, 27 April 2013

Awas calitan dakwat hitam 'beracun'

RAIKAN  ...      Hamisa meraikan ulang tahun kanak-kanak Tadika Tadika Kemas Tg Batu Darat Jalan Kukusan, kelmarin semasa Program Bengkel Ke Ibu Bapaan.


BERSALAMAN ... si cilik tidak ketinggalan untuk bersalaman dengan Hamisa.

TAWAU: Awas! calitan dakwat hitam 'beracun' pembangkang, sekali kena calit pengundi hilang hak mengundi.

 “Lagi, jangan sesekali memberi kad pengenalan anda kepada orang-orang yang tidak dikenali kerana tanpa kad pengenalan diri kita tidak boleh mengundi lagi.

 “Kalau pengundi didatangi parasit-parasit yang menawarkan calitan dakwat atau meminta anda menyerahkan MyKad sebelum tiba hari mengundi 5 Mei ini, jangan dilayan.”

Itulah ingatan calon Barisan Nasional kawasan DUN Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat kepada semua pengundi di Malaysia.

 “Jangan membenarkan mana-mana individu mencalit dakwat hitam pada kuku jari tangan anda kecuali petugas-petugas  SPR, itu pun  hanya dibenarkan pada hari dan di tempat mengundi (5 Mei),” tegas Hamisa ketika Program Bengkel  Ke ibu Bapaan di Tadika Kemas Tg Batu Darat Jalan Kukusan, di sini, Jumaat.
Pada pilihan raya kali ini Suruhanjaya Pilihan Raya telah memperkenalkan sistem calitan dakwat hitam kepada para pengundi.

Hamisa juga turut menghadiri Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Tanjong Batu Tengah.







No comments:

Post a Comment