Saturday, 27 April 2013

Pembangkang tetap ranap: Herbert


TATAP BN ... Rahman dan Herbert (tengah) bersama jentera pilihan raya dan penyokong BN di Kampung Tuguson melaungkan ‘TATAP BN’

KOTA BELUD: Calon Barisan Nasional DUN Kadamaian, Datuk Herbert Timbon Lagadan menyifatkan tindakan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Belud Saidil Simoi keluar daripada parti itu dan menyertai BN sebagai petanda jelas bahawa pembangkang ‘tetap ranap’ pada 5 Mei ini.


Katanya, tindakan mantan ketua cabang PKR Kota Belud  itu bersama beberapa ahli majlis pemimpin tertinggi PKR Sabah diterjemahkan bahawa mereka adalah bijak berpolitik tahu siapa pemimpin negara yang layak menjadi Perdana Menteri dan mana parti yang boleh pada PRU13.

 “Tindakan mereka itu patut diikuti oleh pembangkang yang lain di negeri ini khususnya di DUN Kadamaian dan amnya di Kota Belud, supaya penyokong tegar pembangkang itu tidak akan menyesal di kemudian hari.

 “Kata orang sesal dahulu pendapatan seperti yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PKR itu, tetapi sesal kemudian sesudah BN bentuk kerajaan baharu, kemudian anda cuba ketuk pintu ‘kapal Noh’ yang sedang belayar menuju kegemilangannya anda akan hampa untuk selama-lamanya,” katanya.

Beliau berkata  demikian ketika bersama calon BN Parlimen Kota Belud, berkempen di Pusat Daerah Mengundi Kampung Tugusan dan Kampung Koung dekat sini, Jumaat.

Herbert yang juga Pembantu Menteri Pembangunan dan Hal Ehwal Pengguna berkata, masyarakat Kadamaian berhak melakukan penyelidikan secara terbuka dan bebas keatas usaha saya dan, peruntukan Parlimen Datuk Rahman Dahlan yang disalurkan kepada Kadamaian selama lima tahun lalu yang semuanya dinafikan oleh pembangkang
.
 Herbert menjelaskan, Kadamaian mempunyai 84 buah perkampungan juga mempunyai bentuk bumi yang luas berbanding DUN lain, sehingga peruntukan Parlimen berjumlah lebih daripada RM1 bilion itu tidak kelihatan kerana diagih-agihkan kepada tiga kawasan DUN.

Sementara itu, calon BN Parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan, berata  menyatakan terima kasihnya kepada masyarkat  Kota Belud yang telah  menyokongnya sebagai Anggota Parlimen sehingga membolehkan beliau membawa peruntukan kerajaan  persekutuan lebih daripada RM1 bilion hanya dalam tempoh lima tahun, tidak termasuk peruntukan secara kecil-kecilan.

Katanya, projek mega seperti Jelapang Padi, Agropolitan, pembinaan beberapa loji air dan paip, infrasturktur dan prasarana seperti beberapa bangunan sekolah kebangsaan dan menengah di daerah ini adalah sebahagian daripada agihan peruntukan tersebut.

Rahman  yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah menyifatkan  Manifesto Barisan Nasional PRU13 dengan berinti patikan 17 Aku Janji yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu  menjanjikan masa hadapan rakyat Sabah yang  lebih terjamin bagi timpoh lima tahun akan datang lagi.

Sebagai contoh, katanya, sejauh 2,500km jalan raya berturap akan dibina di Sabah dan yakin pembinaan infrastruktur di Kota Belud juga termasuk dalam senarai khususnya di kawasan Kadamaian.

 “Manifesto BN itu,  sebagai satu perjanjian antara BN dengan rakyat Sabah yang  akan membawa lebih banyak kebahagian, nikmat pembangunan dan kemajuan dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya Barisan Nasional diberi mandat menarajui kerajaan pada 5 Mei  ini,” katanya.

Dalam pada itu, Rahman kagum dengan kepimpinan Presiden PBS yang juga  Huguan Siou  Tan Sri Joseph Pairin  Kitingan  bersama Presiden UPKO  Tan Sri Bernard Dompok dan Presiden PBRS  Tan Sri Joseph Kurup yang telah menyatukan pemimpin agung KDM menerusi Gelombang Tataba.

 “Sebagai rakyat Malaysia yang mengutamakan perpaduan, KDM perlu  dipuji kerana telah menjadi satu contoh kepada etnik lain di Malaysia,  telah bersatu dalam Gelombang Tataba.

“Ini bermakna masyarkat KDM  terfikir mereka tidak perlu menunggu  bangsa lain untuk menyatukan bangsa mereka kerana apabila etnik itu berpecah dalam Barisan Nasional maknanya “Tataba”  yang dibentuk khusus masyarkat itu akan diberalih kepada bangsa lain,” jelasnya.

.

No comments:

Post a Comment