![]() |
BERSAMA PENYOKONG … Musbah (tengah) bersama penyokongnya semasa Majlis Pengumuman Calon-calon DUN dan MP oleh Daatuk Seri Musa Haji Aman di Ibu Pejabat Umno, Kota Kinabalu Selesa lepas. |
OLEH GINDANAU SAKAT
KOTA KINABALU: Menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-13 bukan aset
yang perlu dibanggakan oleh setiap calon kerana tanggungjawab dan amanah
yang dipikul amat berat terutama untuk menunaikan harapan dan impian rakyat yang diwakili.
Datuk Musbah Haji Jamli yang dikekalkan sebagai calon bagi
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk pada PRU13 ini berkata: “Menjadi
calon bagi saya bukanlah satu kebanggan
ianya satu perjuangan dan
tanggungjawab yang perlu
dilaksanakan demi agenda pembangunan di
kawasan DUN Tempasuk.”
Musbah yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri
Makanan, berkata demikian kepada media ketika
diminta mengulas mengenai peluangnya
selepas dicalon semula bagi kerusi DUN Tempasuk pada
Majlis Pengumuman Calon-calon Barisan Nasional Dewan Undangan Negeri dan
Parlimen Sabah, di Ibu Pejabat Umno Negeri,
di sini pada Selesa lepas.
Musbah juga
sangat setuju dengan nama barisan
calon sebagai ‘Transformation Team for
BN’ (Pasukan Transformasi BN) yang beliau sifatkan sebagai
pasukan yang terkuat dan mampu memenuhi Aku Janji kepada rakyat Sabah, khasnya
masyarkat DUN Tempasuk bagi memacu pelan tranformasi yang dirancang kerajaan.
Menyentuh mengenai Manifesto Barisan Nasional Pilihan Raya
Umum ke-13, 17 Aku Janji, Musbah berkata, masa depan negara akan lebih baik
jika rakyat bersama Barisan Nasional di bawah
kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas 5 Mei ini.
“Kerajaan Barisan
Nasional telah banyak melakukan perubahan dan rakyat perlu meletakkan
kepercayaan yang tinggi bahawa masa
depan negara akan lebih baik dan
terjamin jika rakyat sentiasa bersama
Barisan Nasional,” katanya.
No comments:
Post a Comment