KOTA KINABALU: Gara-gara suami bertanding calon Bebas, Ketua Wanita Umno Kota Belud, Eyungmah Haji Latun (gambar) memutuskan beliau tidak melibatkan diri dalam kempen Barisan Nasional mahupun Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini.
Eyung membuat keputusan itu apabila suaminya Lamsil Hamidsor bertanding sebagai calon Bebas di kawasan Parlimen Kota Belud menentang Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan statusnya sebagai Ketua Penyelaras Jalinan Rakyat Wanita Umno Kota Belud di Pejabat Perhubungan Wanita Umno Sabah, di sini hari ini.
Keputusan itu
dibuat setelah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Penyelaras BN, Datuk Seri Musa
Haji Aman dan Ketua Wanita Barisan Nasional Sabah, Datuk Armani Haji
Mahiruddin.
“Saya dengan
rela hati dan ikhlas menyatakan akan berehat dan tidak akan melibatkan diri
dalam apa juga kempen calon dan program sempena Pilihan Raya Umum di Kota
Belud, bagi mengelakkan syak wasangka di kalangan calon BN dan penyokong BN di
Kota Belud,” katanya.
“Walaupun saya
berehat tetapi saya tetap ahli Umno dan sentiasa menyokong BN di bawah
kepimpinan Ketua Menteri,” tegas beliau.
No comments:
Post a Comment