Tuesday, 23 April 2013

Pengundi jangan mudah terpulut mulut manis pembangkang: Juslie


AMANAT … Juslie berucap di program Pemimpin Bersama Masyarakat Tionghua di Taman Fortune .

SANDAKAN: Tanpa berselindung, Timbalan Ketua Umno Bahagian Libaran, Datuk Juslie Haji Ajirol menjentik pengundi di kawasan itu supaya tidak menghirau pujukan pembangkang atau calon Bebas kerana mereka mabuk khayalan.
Katanya, ini sangat berbeza dengan Barisan Nasional  yang mempunyai rekod cemerlang menjaga kebajikan rakyat dan negara.

Juslie yang juga calon kerusi Parlimen Libaran berkata demikian kepada  lebih 200 masyarakat Cina hadir pada majlis pemimpin bersama masyarakat Tionghua di rumah Kimin Gunting di Batu 8, di sini, hari ini.

Beliau meminta masyarakat Tionghua di sini supaya tidak bertukar angin sebaliknya terus menyokong BN…ya, “TATAP BN”, tambah Juslie.

“Jangan mudah terpulut tonik fitnah dan dakyah pembangkang yang sebenarnya adalah racun maut masa depan rakyat,” ujarnya.

Majlis itu turut dihadiri calon BN bagi DUN Gum-Gum, Datuk Zakaria Mohd. Edris dan Ahli Majlis Tertinggi Gerakan, Datuk Peter Pang En Yin.




No comments:

Post a Comment