PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memujuk rakyat Sabah supaya tidak ragu-ragu dengan Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Sabah kerana ia bukan ‘manifesto bukan janji’.
Untuk menenangkan rakyat Sabah, Najib dalam laman Facebook
beliau hari ini berkata: “Manifesto BN untuk Sabah dengan tema ‘Kami telah
tunaikan, lebih banyak lagi akan dilaksanakan’. Soal itu rakyat Sabah usah
bimbang mahupun ragu, manifesto ini bukan ‘manifesto bukan janji’.”
Najib kini berada di Sabah untuk lawatan kerja dua hari di
negeri itu bermula Selasa (23 April, 2013).
Manifesto BN Sabah itu mengandungi 16 perkara utama
merangkumi hala tuju pembangunan dan kemajuan negeri itu.
Manifesto itu merupakan pelengkap kepada
manifesto nasional yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 6 April lepas.
No comments:
Post a Comment