![]() |
MAMPIR DULU … Hamisa melawat Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi Borneo Abaka Tiger dan PDM Kijang Kijang, Kalabakan. |
TAWAU: Mudah sahaja, pengundi hanya pangkah semua calon Barisan Nasional pada 5 Mei ini maka, BN dapat bentuk kerajaan ‘baharu’ dan rakyat pun ‘merdeka’.
Demikian cetusan idea calon Barisan Nasional bagi DUN Tanjung
Batu, Datuk Hamisa Samat selepas mengadakan
lawatan di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi Borneo Abaka Tiger dan PDM
Kijang Kijang, di Kalabakan, dekat sini,
hari ini.
Tanpa berselindung, Hamisa cuba meyakinkan para pengundi
supaya jangan ragu-ragu memberi mandat besar kepada kerajaan BN untuk
menyambung semula khidmatnya kepada rakyat di peringkat Negeri dan Persekutuan.
Katanya, perkara asas yang perlu dinilai rakyat ialah trek rekod
pencapaian cemerlang kerajaan BN sebelum ini.
Hamisa juga meminta rakyat jelata di negeri ini supaya menyendengkan
telinga kepada suara para pemimpin BN dan tekap telinga kepada suara sumbang para
pemimpin pembangkang kerana suara mereka penuh kelicikan.
“Sebelum ini saya adalah penyandang kerusi DUN Tanjung Batu,
rakyat boleh menilai sendiri trek rekod kepimpinan saya,” katanya rendah diri.
Menyentuh mengenai Manifesto BN Sabah, Hamisa berkata,
manifesto yang bertemakan 'Kami Telah Tunaikan, Lebih Banyak Lagi Akan
Dilaksanakan' yang mengandungi 16 Hala Tuju Pembangunan Sabah jelas menunjukkan
komitmen BN untuk terus membela nasib rakyat.
No comments:
Post a Comment