CARI KAEDAH PENYELESAIAN … Abdul Rahman (duduk, dua kanan) dan Herbert (tiga kanan) sambil diperhatikan oleh penyokong BN di kampung itu. Turut kelihatan Jahim Singkui (duduk kanan).
|
OLEH GINDANAU SAKAT
KOTA BELUD: Calon Barisan
Nasional bagi kerusi Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan memberi
jaminan kepada penduduk Kampung Tambatuon bahawa cadangan membina empangan di kampung
itu boleh dibatalkan.
Katanya kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak sama sekali
memaksa penduduk kampung berkenaan untuk menerima projek itu jika mereka
benar-benar menolak projek tersebut.
Mantan Anggota Parlimen Kota Belud itu juga menegaskan
bahawa Kerajaan BN tidak pernah melantik mana-mana pemaju atau individu untuk
membuat kajian serta pelan pembinaan empangan Tambatuon, seperti yang didakwa oleh
pembangkang.
Oleh itu, katanya, penduduk Kampung Tambatuon tidak perlu
bimbang mengenai perkara itu, sebaliknya bersatu memberi kepercayaan penuh
kepada BN untuk kekal sebagai kerajaan bertanggungjawab dalam meneruskan
kesinambungan pembangunan di Kota Belud.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan kepada
300 penduduk Kampung Tambatuon, di dewan kampung itu, dekat sini, pada Sabtu.
Turut hadir, calon
BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian, Datuk Herbert Timbon
Lagadan dan pemimpin masyarakat setempat.
Abdul Rahman yang
juga Setiausaha BN Sabah berkata, belum ada kata putus mengenai pembinaan
empangan Kampung Tambatuon, namun sudah dipolitikkan pembangkang.
"Perbuatan itu
bertujuan menakut-nakutkan penduduk Kampung Tambatuon supaya menolak BN pada
Piliha Raya Umum Ke-13 (PRU13)," katanya.
Sehubungan itu,
beliau berterima kasih kepada penduduk kampung itu yang menerima baik
penjelasan berhubung isu empangan tersebut.
No comments:
Post a Comment