Tuesday, 30 April 2013

Peter Pang ditawar sertai pembangkang


BERUCAP ... Peter Pang menyampaikan ucapannya di majlis itu.


MANTAN wakil rakyat kawasan DUN Karamunting, Datuk Peter Pang En Yin mendakwa ada pihak tertentu menawarkan supaya beliau menyertai parti pembangkang tetapi beliau tolak.

Katanya, perjumpaan telah diatur untuk membolehkan beliau berjumpa dengan pemimpin pembangkang di sebuah hotel terkemuka di bandar Sandakan.

“Semua itu, saya telah tolak ... saya sayang dan cintakan parti terutama Barisan Nasional. Itu saya sampaikan kepada mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Masyarakat Tionghua di Taman Khong Lok, Batu 7, dekat Sandakan, pada malam Isnin (29 April, 2013).

Turut hadir mendengar pendedahan beliau ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman; calon BN Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol; calon BN Karamunting, Charles O Pang dan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk James Wong.




No comments:

Post a Comment