![]() |
AMANAT … Musbah sedang menyampaikan ucapan semasa berkempen di Kampung Timbang, Kota Belud. |
![]() |
SEMBANG … Rahman berinteraksi dengan Pergerakan Pemuda BN Tampasuk ketika berkempen di Kampung Tamau, Kota Belud. |
KOTA BELUD: Calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk, Datuk Musbah Jamli, berkata kerajaan Barisan Nasional bertindak bijak dan pantas merebut peluang perniagaan di peringkat antarabangsa, nasional dan negeri.
Tanpa menyebut secara terperinci mengenainya, Musbah berkata,
peluang perniagaan itu menyediakan pakej pelaburan menguntungkan kepada semua
rakyat di luar bandar di negeri ini.
“Menerusi kecekapan dan tindakan pantas kerajaan itu
membolehkan Barisan Nasional memajukan daerah
ini dan Tempasuk sebagai lapangan industri pengeluar beras negara,” katanya
ketika berkempen di Pusat Daerah Mengundi Timbang, Pandasan, Tamau dan
Keguraan, dekat sini, pada Khamis (25 April, 2013).
Musbah yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri
Makanan mohon pertimbangan kepada 16,000 penggundi di DUN Tempasuk supaya memilih calon BN pada 5 Mei
ini.
Terdahulu dari itu, calon BN Parlimen Kota Belud, Datuk
Rahman Dahlan menyifatkan kemasukan beberapa
pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai Umno sebagai
satu lagi kejayaan.
Katanya, mereka sebulat suara mengumumkan peletakan jawatan
sebagai ketua cabang di setiap daerah dan memohon untuk menyertai Umno kerana
hilang kepercayaan terhadap perjuangan PKR terutama ketuanya Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Rahman berkata, lebih satu bilion ringgit Malaysia telah diperuntukkan
kepada Parliman Kota Belud yang telah
diagih-agihkan untuk membiayai pembangunan luar bandar di DUN Tempasuk, DUN Kadamaian dan DUN Usukan
dalam tempoh lima tahun lalu.
Rahman juga berkayakinan bahawa Kota Belud bakal dijadikan salah satu daerah
industri di negeri ini menjalang 2020.
Katanya, pada 1 Mei ini, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa
Haji Aman akan berada di Kota Belud untuk mengemukakan RM300 juta untuk kos pembinaan
Pusat Sokongan Minyak dan Gas yang akan dibina di Teluk Pengkalan Abai, di atas
tanah milik Yayasan Sabah.
No comments:
Post a Comment