 |
PASUKAN PADU .. Dari kiri: Herbert, Salleh, Musbah, Rahman dan Japlin mereka sehati sejiwa melaungkan Tetap BN |
OLEH WARTAWAN SIDANG RAKYAT
KOTA BELUD: Empat calon Barisan Nasional di sini yang
terdiri daripada Datuk Rahman Dahlan (Parlimen Kota Belud), Datuk Seri Salleh
Tun Said (DUN Usukan), Datuk Musbah Haji Jamli (DUN Tempasuk) dan Datuk Herbert
Timbon Lagadan (DUN Kadamaian) merupakan gandingan calon BN yang cukup mantap
untuk merealisasikan Kota Belud sebagai Pusat Pembangunan Negeri Sabah (PPNS)
menjelang 2020.
Sementara itu, Rahman berkata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang
datang bersama Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sempena pelancaran
Pesta Kaamatan peringkat negeri di Kota Belud pada esok (hari ini), akan
mengumukkan Projek Mega iaitu Pusat Sokongan Industri Minyak dan Gas di Teluk
Kuala Abai.
Katanya, pelaksanaan Pusat Sokongan Industri Minyak dan Gas itu
merupakan keprihatian kerajaan BN kepada kira-kira 93,000 penduduk Kota Belud
yang boleh mengwujudkan lebih daripada 1,000 peluang perkerjaan kepada generasi
muda di daerah itu.
“Kita akan lakukan ini dengan serius bersama tiga calon Barisan
Nasional yang juga bakal menjadi menteri penuh bagi masyarakat Kota Belud yang
terdiri daripada Datuk Salleh, Datuk Musbah dan Datuk Helbert bagi membantu
saya membawa suara Kota Belud ke Dewan.
“Dengan berbekalkan 3,020 majoriti pada PRU12 2008 saya telah berjaya
mendapatkan peruntukan Kerajaan Persekutuan melebihi RM1 bilion bagi projek Jelapang
Padi, Agropolitan, Mesej, prasarana pembelajaran, infrastruktur dan sebagainya
di Kota Belud.
“Ini tidak termasuk projek kecil-kecilan yang melilbatkan pengagihan
peruntukan kepada DUN Tempasuk, Usukan dan Kadamaian. Jika calon-calon BN memenangi PRU13 dengan majoriti
besar maka Koto Belud bakal menjadi Pusat Pembangunan Negeri Sabah
menjelang2020 selepas Sandakan,” katanya.
Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah berkata demikian ketika
bersama 600 etnik Irranun di Majlis Beramah Mesra Pemimpin, di Wisma Serbaguna
BTC Inanam, pada Isnin.
Turut berucap calon Barisan Nasional DUN Tempasuk, Datuk Musbah Haji
Jamli.
Ketika dihubungi, calon Barisan Nasional DUN Usukan yang
juga Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri salleh Tun Said meminta
kepada semua jentera BN supaya bekerja kuat untuk pastikan semua calon-calon
Barisan Nasional di Kota Belud menang.
Katanya, tidak ada maknanya sekiranya hanya calon DUN Usukan, DUN Tempasuk
dan DUN Kadamaian sahaja yang menang tetapi, Parlimen BN kalah. Kita semua
calon BN di sini menang besar.
Salleh merayu kepada masyarakat Kota Belud supaya mereka menolak
pembangkang dan membuktikan calon pembangkang bukan pilihan masyarakat Kota
Belud pada PRU13, 5 Mei ini.
Manakala calon Barisan Nasional DUN Tempasuk, Datuk Musbah Jamli, berkata
kerajaan Barisan Nasional bertindak bijak dan pantas merebut peluang perniagaan
yang melibatkan antarabangsa, nasional dan negeri.
Katanya, peluang perniagaan itu menyediakan pakej pelaburan menguntung
kepada semua rakyat di luar bandar termasuklah kawasan Tempasuk.
Sementara itu, calon Barisan Nasional
Dun Kadamaian Datuk Herbert Timbon Lagadan pula berkata meskipun berhadapan
dengan serangan bertubi-tubi yang sarat dengan tuduhan dan fitnah daripada pemengkang
namun, beliau yakin dengan keupayaan semangat Gelombang Biru.
Sehubungan itu, Herbert menyifatkan tindakan Ketua Cabang
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Belud Saidil Simoi keluar daripada parti itu
dan menyertai Barisan Nasional sebagi petanda jelas bahawa pembangkang ‘Tetap
Ranap’ pada 5 Mei ini.
Mantan wakil rakyat Usukan Japlin Akim secara terbuka memberi sokongan
penuh kepada keempat calon BN berkenaan yang beliau sifatkan sebagai pemangkin
kepada pembangunan Kota Belud.