![]() |
RASMI KOKOTUAN USTO … Rahman sedang mengali padi daripada ‘tangkob’ sebagai sembolik perasmian Pesta Kokotun Tindal 2013.
|
![]() |
UNDUK KOKOTUAN USTO 2013 ... Susanna Manu Mattew (tengah), Secilah Jalabid (kiri) dan ketiga Sherllenney Madawal (kanan). |
![]() |
BARISAN UNDUK KOKOTUAN TINDAL 2013 … Susanna Manu Mattew (tengah), Secilah Jalabid (kiri) dan Sherllenney Madawal (kanan) merakam gambar bersama tujuh peserta yang lain.
OLEH GINDANAU SAKAT |
KOTA BELUD: Menteri
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempataan, Datuk Abdul Rahman Dahlan mahu Pertubuhan Tindal
Bersatu Sabah (Usto) supaya menggunakan segala pengalaman
untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat Tindal di negeri ini.
Rahman yang
juga Anggota Parlimen Kota Belud, meminta kepada Usto supaya lebih peka kepada
seruan kerajaan untuk menjadi agen penyampai maklumat tepat kepada masyarakat Tindal.
Katanya,
kerajaan mahu melihat masyarakat Tindal turut serta merebut pelbagai peluang
dalam sektor perkerjaan, perniagaan dan pendidikan.
Rahman juga
meminta semua persatuan di negara ini khususnya di Sabah supaya menghormati badan-badan persetuan yang lain untuk
mengelak terjadinya perpecahan dalam sesebuah organisasi berkenaan.
“Sudah menjadi
lumrah bahawa kita tidak selama menjadi pemimpin dalam sesuatu pertubuhan atau
persatuan tetapi, kita sebagi Presiden atau Yang Dipertua termasuklah ahli
majlis tertinggi harus menjadi teladan baik kepada ahli-ahli dengan
menetepikan kepentingan peribadi,” katanya.
Beliau berkata
demikian ketika merasmikan Pesta Kokotuan Tindal 2013 anjuran Usto yang
julungkali diadakan di Kampung Tambulion Laut, dekat
sini, pada Sabtu (29 Jun, 2013).
Rahman berkata,
penganjuran Pesta Kokotuan Tindal Usto 2013 disifatkannya sebagai pemangkin
kepada sumber motivasi kepada kaum Tindal.
Sehubungan itu,
beliau meminta kepada Usto memain peranannya memaklumkan
supaya golongan muda bersedia untuk mempelajari dan mengikuti kursus berkaitan
supaya masyarkat Tindal dapat menyumbang kepada pembangunan dalam pelbagai sektor tersebut.
Sementara itu,
Cik Susanna Manu Mathew, 20, dari Zon Warrou dimahkotakan sebagai Unduk
Kokotuan Usto 2013 mengalahkan 19 peserta yang lain dan membawa pulang beberapa
hadiah termasuklah wang tunai RM1,000.
Tempat kedua
dimenangi peserta dari Zon Kabayau, Cik Secilah Jalabid, 20, juga membawa pulang
pelbagai hadiah termasuk wang tunai RM800.
Tempat ketiga,
Cik Sherllenney Madawal, 22, yang mewakili Zon Tempasuk, membawa pulang beberapa hadiah dan wang
tunai RM600. Sherllenney juga memenangi undi popular SMS sebanyak 892 undi.
Dengan
itu, Sherllenney menerima tiket pergi
dan balik ke Thailand bersama keluarga selama seminggu. Tiket itu ditaja oleh
Rumah Terbalik Tamparuli.