Wednesday, 29 February 2012

Yong diperintah bayar RM1 juta kepada Harris


KOTA KINABALU, 29 Feb: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee membayar RM1 juta kepada bekas Ketua Menteri Tan Sri Harris Salleh kerana memfitnah beliau berhubung nahas pesawat pada 6 Jun 1976 yang mengorbankan Ketua Menteri ketika itu Tun Mohd Fuad Stephens dan 10 yang lain.
Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli, berkata Yong bertindak di luar batasan dengan menyatakan bahawa “terdapat darah di tangan Harris” walaupun tidak salah bagi Yong meminta supaya satu siasatan semula diadakan berhubung tragedi itu.
Katanya beliau mendapati perkataan “jenayah” dan “pembunuhan” yang digunakan oleh Yong adalah satu fitnah terhadap Harris, yang mencetuskan spekulasi kononnya Harris tahu lebih awal bahawa sesuatu yang buruk akan menimpa pesawat jenis Nomad itu dan beliau (Harris) membiarkan Tun Fuad mati agar beliau dapat menjadi Ketua Menteri Sabah.
Harris memfailkan saman RM50 juta terhadap Yong sebagai defendan pertama, dan SAPP selaku defendan kedua, kerana mendakwa kononnya beliau ada kaitan dengan punca pesawat itu terhempas.
Hakim Abdul Rahman berkata beliau berpendapat RM1 juta merupakan jumlah yang adil dan wajar dengan mengambil kira semua aspek kes itu termasuk perilaku defendan dan juga hujahannya yang masih lagi memburukkan keperibadian dan kewibawaan Harris.
“(Perbuatan) ini amat kejam terhadap plaintif,” katanya.
Mahkamah juga memerintahkan Yong membayar faedah lapan peratus ke atas jumlah yang dikenakan itu sehingga ianya dilangsaikan.
Yong kelihatan tenang dan tersenyum ketika penghakiman dibuat manakala Harris tidak hadir.
Hakim Abdul Rahman berkata apabila Yong mendakwa “terdapat darah di tangan Harris” dan ini perlu disiasat kerana mungkin ada unsur jenayah, hanya berdasarkan apa yang dianggap sebagai “maklumat baru” yang diberikan oleh Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, Yong telah bertindak di luar batasan tanpa dapat membezakan antara ulasan adil dan sesuatu yang berniat jahat.
Pada hari pertama perbicaraan pada 16 Nov tahun lepas, Harris memberitahu mahkamah bahawa Yong telah tersalah dalam membuat kenyataan, fakta dan takrif, dengan meminta supaya tragedi itu disiasat semula bagi menghapuskan sebarang keraguan mengenai punca sebenar nahas itu selepas keterangan Tengku Razaleigh tentang bagaimana beliau (Tengku Razaleigh) tidak menaiki pesawat itu di saat akhir dan ini telah menyelamatkan nyawa beliau.
Mahkamah menolak permohonan Yong dan SAPP bagi menangguhkan pelaksanaan perintah itu sehingga rayuan dibuat kerana kedua-dua defendan itu tidak dapat memberikan alasan luar biasa bagi mewajarkan penangguhan itu.
Yong dan SAPP diwakili peguam Datuk Simon Shim manakala Yunof Maringking mewakili Harris.
Perbicaraan selesai pada 23 Dis tahun lepas.-Bernama

Anwar dapat ‘hadiah’ bangkai ayam berdarah


BUTTERWORTH, 29 Feb: Bangkai seekor ayam ditemui digantung di pintu pagar pusat khidmat Anggota Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Tenggiri, Seberang Jaya di sini hari ini.
Petugas pusat khidmat itu, Fathilullail Jaafar Sidek berkata beliau menemui bangkai berkenaan pada 10 pagi ini ketika baru sampai di pejabat.
 “Bangkai ayam itu ada kesan darah dan sebelah kakinya dipotong,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Fathilullail berkata bangkai ayam itu dipercayai diletakkan di situ antara 3 pagi dan 10 pagi ini kerana beliau berada dalam pusat khidmat sehingga pukul 3 pagi tadi.
Beliau telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah.-Bernama

Teganya Pairin kata begitu: Julian Lian


Dr Jeffrey
Pairin









"Siang malam Dr Jeffrey fikirkan untung nasib rakyat Sabah, Pairin sanggup kata demikian?" 
- kata Julian Lian


KENINGAU: Seorang pegawai khas pemimpin Parti Reformasi Negeri (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan, yang sentiasa berada bersama beliau, hari ini menepis cubaan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Joseph Pairin Kitingan menimbulkan syak wasangka rakyat terhadap perjuangan adiknya.
Julian Lian, dalam kenyataan pedasnya hari ini di sini berkata, Pairin seperti sudah terdesak dalam kenyataannya yang berbaur serangan peribadi dan memperkecil-kecil kepimpinan Dr Jeffrey yang semakin mendapat sokongan padu rakyat khususnya di kawasan Kadazandusun dan Murut, kawasan tradisi PBS yang selama ini menyokong Pairin tapi sudah mual dengan kepimpinan lembab beliau.   
Jauh daripada tohmahan buruk Pairin, apa yang saya lihat siang dan malam, Dr Jeffrey tidak berhenti melawat banyak kawasan yang menjadi mangsa kerakusan para pemimpin Barisan Nasional sambil menerangkan hak-hak rakyat Sabah seperti termaktub dalam banyak dokumen termasuk Perjanjian Malaysia, 20 Perkara, Laporan Cobbold dan laporan-laporan lain termasuk oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).
Majlis-majlis United Borneo Front (UBF) yang diadakan di lebih 400 tempat dan mendapat sambutan begitu hangat adalah semata-mata menjelaskan sejarah penubuhan Malaysia dan hak-hak Sabah serta pelanggaran terhadap hak-hak ini terutama sekali oleh kerajaan BN yang diketuai oleh Umno dan disokong oleh Pairin dan PBS serta rakan-rakan mereka yang bersetuju dan bersekutu terhadap dasar-dasar menindas Umno dan BN.
Bukankah penting menyedarkan rakyat kita tentang sejarah sebenar Sabah dan penubuhan Malaysia yang mana Sabah dan Sarawak sama taraf dengan Singapura dan Malaya dan tidak boleh disamakan dengan negeri-negeri lain di Semenanjung? Apakah Pairin sekarang mengikut telunjuk Umno sahaja sehingga beliau tidak lagi mahu rakyat tahu tentang fakta begini?
Kalau sekarang Pairin nampak bendera Parti Reformasi Negeri (STAR) berkibar di sekitar majlis UBF, ini adalah hak rakyat yang menyokong STAR dan juga menyokong perjuangan UBF dan Dr Jeffrey. Yang sebenarnya kita tidak juga melarang apa-apa bendera yang menyokong kepada UBF secara jujur dan sukarela.
Kalau ada penyokong PBS turut serta mendukung UBF saya pasti Dr Jeffrey dan orang-orangnya tidak akan menghalang ahli-ahli PBS itu mengusung banyak bendera PBS ke majlis UBF, malah kami mengalu-alukannya. 
Tapi adakah Pairin akan membenarkannya atau membebel seperti hari itu jika dia nampak bendera PBS di majlis UBF?
Kami akui memang ada juga mereka yang datang memakai baju dan topi PBS atau BN ke majlis-majlis UBF, dan ini adalah perkara biasa. Atau adakah Pairin mula merasa takut melihat sokongan rakyat jelata termasuk dari PBS sudah mulai berpindah ke STAR?
Atau adakah Pairin sekarang ini cuba menakutkan pemimpin kampung supaya balai raya tidak boleh digunakan oleh UBF sebuah NGO dari Sabah yang diterajui oleh pejuang keadilan untuk Sabah? 



Diedar menerusi KG Publicist di 012-8856465

Pairin should pay "sogit"


PENAMPANG : As a veteran activist of Sabah issues, i would like to advise my old friend Joseph Pairin Kitingan, the President of Parti Bersatu Sabah (PBS) who is also the Huguan Siou of the Kadazandusuns, to consider paying "sogit" to his younger bother Dr Jeffrey, if indeed he has uttered the word "mendiang" (the late) on his brother.

If Pairin really and actually did utter the word "mendiang" on Jeffrey in Beluran as claimed by some, i advise Pairin to promptly do the honourable thing to pay "sogit" in the form of one buffaloe, a pig and a chicken as is the way of our custom when one utter such word on a living person.

As chief custodian of the Kadazandusuns customs and laws, Pairin knows best what to do in cases like this. So please be honourable so that everything is balanced again.

Mr Fredoline Edwin Lojingki, 71 (pix), was active together with the late Peter Mojuntin in now-defunct UNKO in the 1960s. Lojingki who claimed once a close friend of Pairin and many PBS leaders, had recently joined the State Reform Party (STAR) and was appointed its state committee member.

Issued via KG Publicist at 012-8856465

Tuesday, 28 February 2012

Jeffrey reply to Pairin Statement


Press Conference Dr Jeffrey G. Kitingan (27 Feb).

My brother tells only half
of the truths
I called this Press Conference in response to what my brother, Tan Sri Pairin, was quoted as having said in Keningau yesterday (26 Feb) and which appeared in the front page of the Daily Express today.

Firstly, I need to categorically state that what was said by my brother are all lies and half-truths. Secondly, when he refer to “them” he shows his desperation to cling to power and his fear of losing power.

Thirdly, I have said it before and I say it again that this elections has nothing to do with family matters.

He is my elder brother and I have nothing against him and I love him as any brother would do but I love the people and this country more.

He may be my elder brother but contesting against him does not mean showing disrespect as I am not fighting him but contesting against him as a representative of the Barisan Nasional, my political opponent. As we all know, the BN has done a lot of wrong and injustice to Sabah and its people.

I would like to advise my brother not to use family relationship as an excuse for political expediency to avoid a contest.

The people are suffering and the State has lost its integrity and independence and they want change but things will not change under the present UMNO/BN government.

Regrettably, my brother has become a traitor to the State and the people’s interests preferring instead to work and support UMNO, the colonizers, whom he knows very well as the party which had grabbed powers from previous governments undemocratically, promoted population manipulation via dubious MyKads given through the back-door to illegal immigrants and treated Sabah unfairly like a neo-colony of Malaya.

Let me tell you what really happened in 1994 when PBS won the elections by a razor-thin majority of 25 to 23.

At that time, the PBS elected representatives were gathered at Pairin’s official residence and Pairin was denied access to the Istana to be sworn in as the Chief Minister. I was offered to be sworn in as CM by the then Prime Minister Mahathir Mohamed but I refused and I urged Pairin to go and see the PM to negotiate a solution but he did not listen.

I was then contacted by Kuala Lumpur to receive a call from the PM and I brought a lawyer, Yunuf Maringking, to be a witness after obtaining permission to do so from Pairin. Mr. Yunuf Maringking is still alive today to vouch for what happened.

Mahathir called and said “I am going to make an announcement on TV very soon but I need your answer to my offer to be sworn in as CM” to which I replied “Sorry, I cannot accept because I am not the leader of the party. I do not want to become CM in this way. As my brother has won the elections fairly, let him be sworn in and accept him as the CM. Please open the gate for him to go in the Istana.”

To which Mahathir replied “OK, I understand but tell your brother to leave 1 or 2 Cabinet posts open to accommodate a solution.”

Unfortunately, when my brother, Pairin, was sworn in, he ignored this request and filled up all the Cabinet posts leading to the crisis of 1994.

Despite having been sworn in as CM with his Cabinet, the PBS government could not function and they remained as “locked in the official residence” for fear that some of their Assemblymen might cross-over.

Rather than sitting doing nothing, I again advised my brother to go the Kuala Lumpur and meet the PM and negotiate for a solution but he ignored my advice until the situation had become critical and untenable.

My brother finally agreed to send me and Bernard Dompok to meet the PM instead and to convey a list of his conditions. When I presented this to Mahathir, the PM said “Its too late. You can no longer put up any conditions to negotiate as 2 or 3 Assemblymen has already jumped.”

So Mahathir advised Pairin to resign as CM or be removed by a no-confidence motion in the State Assembly.

I then called Pairin to convey this advice to which Pairin responded “I am prepared to resign, if this will help resolve the situation”.

So when the press and media asked me at the said Hari Raya function, which my brother referred to in the press report, I simply repeated what Pairin had said.

Unfortunately, as you know the BN media and press loved to manipulate and sensationalize and broadcasted only a portion of the sentence which sounded more like an announcement that Pairin had resigned.

That is what happened in1994. That is the truth.
The people must be told and know the truth, the whole truth and nothing but the truth.
It is unfair for people to accuse me of something which I did not do.

Who is actually lying?

Regarding his alleged leave, I have nothing to do with his leave and I know nothing of it and I have said nothing in my speeches to any person or to the press or media. How can I say something which I am unaware of?

The truth is Pairin wants to re-contest and hold on to his Parliamentary seat and fear having to face his brother in the coming general elections.

Let the people be the judge whether they want Pairin to remain as MP, whether he has carried out his duties and work effectively and satisfactorily for the past few years.

He does not know where I am contesting but he assumes I will be contesting there against him. He is also assuming that he will be re-contesting in Keningau and that he is a “winnable candidate” as propounded by the current PM.

If you have carried out your duties and done your work effectively and championed the cause of Sabah and its people, you should be confident of being re-elected by the people.

There is no need to find excuses and promote lies to the people to discredit me, just to defend his position, unless he has failed his people and is not confident of being re-elected by his own people. BORNEO HERALD

Hadis ‘palsu’ gugat iman umat Islam: Jakim


SESIAPA yang mencipta, mengguna dan menyebarkan hadis ‘palsu’ dianggap telah melakukan pendustaan besar terhadap Nabi Muhammad SAW. 
“Jika mereka ini berniat jahat, ia boleh menyebabkan umat Islam hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap agama mereka,” kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha di Kuala Lumpur, kelmarin (27 Feb).
Sambil melahirkan rasa bimbang terhadap penggunaan hadis palsu yang kini menular di Internet, beliau berkata ia boleh menyebabkan umat Islam beramal dengan suatu syariat yang salah kerana hadis berkenaan tidak berlandaskan sumber rujukan yang diperakui kesahihannya.
Othman berkata mereka yang terlibat menggunakan hadis daif dan palsu disebarkan melalui blog atau laman sosial peribadi ini, kebanyakannya tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai hadis.
“Ada pula yang tidak dapat membezakan antara kata-kata sahabat atau hukamak (cendekiawan) dengan hadis Nabi. Mereka menganggap semua itu sama sahaja daripada segi statusnya,” katanya.
Othman berkata hukum mengguna dan menyebarkan hadis palsu adalah haram di samping bererti suatu pengkhianatan kepada syariat Islam itu sendiri.
Beliau berkata jika hendak menyebarkan sesuatu hadis kepada umum, sama ada melalui media cetak, media eletronik atau media baru, ia mestilah terlebih dahulu merujuk kepada mereka yang arif tentang hadis atau daripada sumber yang muktabar.
Kesalahan menyebarkan hadis palsu boleh dikenakan tindakan mengikut pelbagai seksyen seperti mencerca agama dan penerbitan agama bertentangan dengan hukum syarak.
Kesalahan ini terletak di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan, Seksyen 13 (1).
Othman berkata tindakan boleh juga diambil mengikut Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-negeri.
Memandangkan kesalahan ini dilakukan di alam siber, pihak berkuasa agama negeri perlu mendapat kerjasama daripada pihak yang mempunyai bidang kuasa dan kepakaran khususnya Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), katanya.
Othman berkata penyebaran seumpama itu akan memberi kesan yang besar kerana ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja di serata tempat.
“Perbuatan ini seolah-olah menyebarkan fitnah dan pendustaan terhadap Rasulullah SAW kepada seluruh umat manusia dan merosakkan aqidah umat Islam dan kewibawaan nas-nas syarak itu sendiri,” katanya.
Beliau berkata berdasarkan penelitian Jakim, masih banyak kes yang berbentuk menghina Islam dan Rasulullah SAW yang dibuat secara terang-terangan, namun ia sentiasa dipantau.

“Berani buat, berani tanggung” - Badrulamin


GARA-gara kedapatan khalwat dengan isteri orang di Balok, Kuantan, Pahang pada Sabtu,  Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrulamin Bahron berkata: “Saya rela berundur sekiranya pengunduran itu boleh menyelamatkan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau berkata demikian sebagai mengulas berhubung tindakan yang mungkin diambilnya selepas didakwa terbabit dalam kes khalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Balok, Sabtu lepas.
Katanya kejadian itu hanya melibatkan dirinya seorang dan tidak ada kena-mengena dengan parti dan oleh itu beliau mahu menanggungnya sendiri dengan mengambil pendekatan berundur dari parti.
“Walaupun belum didapati bersalah atau tidak didapati bersalah pun, saya dah fikirkan tidak akan libatkan sesiapa pun dalam hal ini dan biar saya tanggung sendiri dan sedang menimbang untuk berehat dari jawatan baik dalam parti dan negeri,” katanya ketika ditemui selepas hadir ke Pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu.
Dr Badrulamin berkata cadangan Pejabat PKR Selangor supaya beliau bercuti sebulan bagi menyelesaikan kes itu disambut baik olehnya kerana tidak mahu parti turut merasa tempias daripada kes itu.
Terdahulu, Dr Badrulamin yang berjaket hitam dan berkopiah coklat ditemani isterinya Zumrah Husni serta tiga peguamnya iaitu Muhammad Sazali Abdul Aziz, Ahmad Nizam Hamid dan Mohd Irfan Abdullah, untuk memberi keterangan lebih dua jam kepada pihak JAIP.
Sementara itu, wanita yang dipercayai berkhalwat dengan Dr Badrulamin tiba di pejabat Jaip pada pukul 3.05 petang dengan menaiki sebuah kereta Perodua Alza ditemani seorang lelaki dan seorang wanita.
Wanita 28 tahun itu memakai baju kurung dan bertudung kuning dilihat keluar meninggalkan pejabat Jaip pukul 6.20 petang.               
Dr Badrulamin berkata beliau mengenali wanita tersebut dan suaminya sejak setahun lepas di mana beliau sekeluarga dan keluarga wanita itu pernah mengerjakan umrah bersama-sama.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jaip Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz ketika dihubungi berkata beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai keterangan Dr Badrulamin setakat ini kerana sedang bertugas di luar daerah.
Sebelum itu, Mohd Ghazali dilaporkan berkata Badrulamin diminta tampil memberi keterangan dalam proses siasatan terhadap kes itu.
“Ia merupakan prosedur biasa dalam kes seperti itu dan disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982,” katanya.
Menurut laporan media, Badrulamin ditangkap bersama wanita itu yang bekerja sebagai seorang juruteknik di sebuah kolej.    
Bagaimanapun Badrulamin dilaporkan menafikan beliau telah ditangkap berkhalwat serta mendakwa insiden itu adalah tindakan terancang untuk memerangkap serta mengaibkannya.
Beliau juga mendakwa dipukul lebih kurang 20 lelaki ‘ala samseng’ pada pagi kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusof ketika dihubungi hari ini berkata pihak polis sehingga kini masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian Badrulamin dipukul.

Tatu ‘Allah’ atas dada Erykah Badu, The Star minta maaf


KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) memanggil The Star untuk memberi penjelasan berhubung penyiaran gambar seorang penyanyi wanita Amerika Syarikat yang mendedahkan bahagian atas dadanya, yang tertera tatu perkataan ‘Allah’ dalam akhbar itu.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Lee Chee Leong berkata KDN memanggil Pengarang Urusan, Ketua Pengarang Berita dan Pengarang Kanan The Star petang ini untuk memberi penjelasan mengenai tindakan akhbar itu menyiarkan gambar berkenaan dalam edisinya hari ini.
Beliau berkata akhbar itu juga akan diberi Surat Tunjuk Sebab untuk memberi penjelasan bertulis dalam masa seminggu kepada KDN.
“Tindakan susulan akan dibuat berdasarkan kepada penjelasan yang diberikan (akhbar itu kepada KDN),” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, malam ini.
Dalam ruangan muziknya, The Star menyiarkan gambar penyanyi “funk”, “hip-hop” dan “soul”, Erykah Badu, 40, yang menunjukkan wajah dan bahagian atas dadanya.
Sebahagian dadanya terdedah dan tertera pelbagai tatu, termasuk perkataan “Allah”, di bahagian sisi kiri dan kanan dadanya berhampiran ketiak.
Penyanyi itu, yang berasal dari Dallas, Texas, pernah memenangi anugerah Grammy dan akan membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 29 Feb ini.
Sementara itu, The Star memohon maaf kepada pembaca beragama Islam kerana menyiarkan gambar penyanyi Amerika Syarikat tersebut.
“Kami secara ikhlas memohon maaf kepada pembaca beragama Islam kerana terlepas pandang,” katanya dalam portal online akhbar itu.
Akhbar itu berkata gambar Erykah Badu, dengan tatu pelbagai simbol termasuk perkataan Arab bagi ‘Allah’, disiarkan secara tidak sengaja dalam Star2 hari ini.

SAPP wants clarification on special fund to MPs and ADUNs


KOTA BELUD: Starting last year the Federal Government allocated a special fund called "touch point" or "sentuhan kasih" of a slightly more than RM1 million for each of the Barisan Nasional MP, including those in Sabah.


This fund according the record went straight into the bank accounts of these MPs and it was entirely up to them to spend it as long as it is helping the people including in their emergency needs like during flooding or to help the poor replace the broken rooftop of their houses.

Now we would like to know how did the MPs spent this special fund last year? It must be transparent and every single sen should be accounted for as this involved public money, not private money of these MPs, even though it is bank-in straight to MP's own bank account, unlike other development funds.

"This "touch point" fund was not even subjected to strict proposal through District Office. The MPs only need to report where they have spent the more than RM1 million.

"There had been talk that this fund could have been abused for some other more personal purpose and not all have gone to the deserving rakyat. The government under Musa Aman must explain how did they spend the fund," Peter Marajin (pix) said soon after he delivered speech at SAPP ceramah in Kampung Kaun near here yesterday (Feb 26).

Marajin also queried that in Kota Belud, not many voters are aware of the "touch points" as some quarters would rather "conceal" it than expose the existence of such fund.

"This is denying the ignorant but in need of assistance. Could it be that only those close to MP concerned had the privilege to aces the fund last year? And what about this year? Nothing had ben heard about it in Kota Belud so far," he said adding that no one has heard how the MP divided this fund to the three constituencies under Kota Belud, namely Usukan, Tempasuk and Kadamaian.

"There is just no transparency and accountibility," he said.

Marajin also asked the government if it is true that the BN assemblymen continue to enjoy a "sentuhan kasih" special fund of about RM500,000 each. This fund similar to the one received by MPs, differs only in quantum.

"How did the BN assemblymen spend his fund in their constituency. Some of these YBs always tell off constituents that there is no money even for very small community project. Where did all the fund go? Can some one tell us the public?" he said.


Issued via KG Publicist at 012-8856465


   

Sunday, 26 February 2012

Dr Jeffrey ‘keras hati’: Pairin


KENINGAU: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyifatkan adiknya Datuk Dr Jeffrey Kitingan ‘keras kepala’ dan ‘keras hati’ kerana sanggup tidak mengendahkan nasihat abang kandungnya sendiri.
Katanya, beliau (Jeffrey) lebih percaya cakap orang lain yang tukang kipas dan tukang angkat kaki daripada abangnya sendiri.
“Beliau berhak berjuang dalam politik tetapi kita nampak perjuangannya tidak ikhlas untuk rakyat,” katanya.
Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Ahli Parlimen Keningau, berkata perjuangan adiknya itu tidak konsisten kerana tidak mempunyai wadah perjuangan yang sebenar. Perjuangannya hanya kepentingan peribadi.
“Beliau telah diberi peluang dilantik Senator dan Timbalan Menteri di peringkat Persekutuan tetapi dia keluar dan bertanding menentang Datuk Dr. Maximus Ongkili di kawasan Kota Marudu pada suatu ketika dahulu,” semasa berucap merasmikan penutupan Majlis Penerangan Penerangan Perdana Peringkat Zon 4 Keningau, Ranau, Tenom dan Pensiangan di dewan masyarakat di sini hari ini.
Pada waktu itu dia tidak dengar nasihat saya sebagai abangnya maka saya berkempen untuk Dr. Maximus dan dia (Dr. Jeffrey) tewas,”  jelas Pairin.
“Sekarang pun dia (Dr. Jeffrey) mahu lawan saya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) di Parlimen Keningau. Ini membuktikan bahawa dia benar-benar tidak menghormati saya kerana semata-mata memperjuangkan kepentingan peribadi,” kata Pairin.
Yang amat menyedihkan kata Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu, ialah Dr. Jeffrey memberitahu penyokong-penyokongnya bahawa saya mahu bercuti enam bulan untuk memberi peluang kepadanya.
“Ini adalah satu pembohongan yang dilakukan oleh Dr. Jeffrey terhadap abangnya sendiri.
Penyokong-penyokong Dr. Jeffrey melemparkan fitnah dalam laman sosial Facebook yang kononnya saya mengatakan bahawa beliau (Jeffrey) sudah jadi mendiang. Ini adalah fitnah yang besar,” tegas Pairin.
Justeru itu, kata Pairin, rakyat perlu berhati-hati dan jangan terpengaruh dengan kata-kata Dr. Jeffrey dan penyokong-penyokong kerana sanggup bercakap apa saja dan membangkitkan isu-isu yang sebenarnya boleh dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).
Tambah Pairin,  Dr. Jeffrey memang pandai bercakap seperti juga Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mahir mengemukakan hujah-hujah yang mencuit hati tetapi perjuangan mereka adalah semata-mata untuk mahu menjadi pemimpin nombor satu.
Katanya, Anwar bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri dan begitulah juga cita-cita Jeffrey yang mahu jadi Ketua Menteri,” kata Pairin.
“Selama lebih kurang 30 tahun, saya tidak menimbulkan semuanya, tetapi ini kali saya timbulkannya supaya rakyat tahu apa sebenarnya perjuangan Jeffrey,” kata Pairin.
Pada masa ini, katanya, Jeffrey melaung-laungkan pakatan Borneo yang menggunakan parti STAR sebagi topeng perjuangan.
“Jika mengikut Perlembagaan STAR, ia tidak boleh mengembangkan sayapnya di Sabah. Ini bererti parti yang ditubuhkan di Sarawak itu tidak sah dikembangkan di Sabah dan boleh dianggap haram,” jelas Pairin.
Lebih kurang 2,000 orang  terdiri dari pemimpin-pemimpin parti komponen, pemimpin-pemimpin masyarakat dan ketua-ketua jabatan hadir pada majlis itu  

Saturday, 25 February 2012

RCI or no RCI? asks STAR on conflicting PM and Dompok statements


Najib trying to find excuses to avoid RCI
on illegal immigrants and fake ICs in Sabah?


KENINGAU : The State Reform Party (STAR) has questioned the sudden turn-around by Prime Minister Najib Razak's stand on whether or not to agree to the setting up of the Royal Commission of Inquiry (RCI) on the large presence of illegal immigrants in Sabah and the rampant issuance of Malaysian documents to these people.

Deputy chairman of the party's Sabah chapter, Dr Nicholas James Guntobon, in a statement here said Najib's non-committal answer to the issue of setting up the RCI reflected Umno's second thought on it after a presumed strong objection from Sabah Umno during his recent visit to Sabah.     

He also questioned why must the Plantation Minister, Bernard Dompok, had to explain on PM's behalf on the RCI delay when Najib himself said in Kuala Lumpur yesterday that the RCI was still under consideration, refuting earlier leaked news that the Federal Cabinet had agreed to it.

Najib was supposed or expected to announce the RCI while in Sabah recently but he backed off at the behest of Sabah Umno who met him at an unscheduled meeting just after the premier met state BN leaders here.

Dr Guntobon said there is contradiction between Dompok's explanation and Najib's. "Could it be the PM's fault? Is Dompok right in saying the RCI announcement delay was due to preparatory groundwork?" he asked.

"Anyway if BN is sincere on the RCI, the PM could just announce that his Cabinet has agreed to the RCI, and this would expedite all the necessary preparatory works Dompok mentioned today.

"Or is this BN's tactic of procrastinating an important announcement and hoped that eventually it would not have to set up the RCI which many believed, if carried out, would expose syndicates that go all the way up to the once most powerful people in Malaysia?" he said.

By dily-dalying an announcement on the setting up of the RCI, departments like police, immigration and army would take longer time to make preparation, Dr Guntobon argued adding that what Sabahans wanted was the RCI to be formed and allowed to carry out investigations before poll is called.     

Dr Guntobon also said Najib should also clarify if there is any truth on rumour going round that the deputy prime minister Muhyiddin Yasin had taken a different stand on the RCI by not agreeing to it, therefore holding the premier from announcing it in fear of a backlash within Umno, especially in Sabah.

"It is an open secret that Sabah Umno actually played a political game by passing the ball to the Federal Cabinet, which in return passed the ball to Najib as correctly explained by Dompok that the Federal Cabinet has left it to the PM to announce a decision.

"These Umno leaders should not play around with such an important decision that touches on the very sovereignty and security of this nation..." he added.




                          Issued via KG Publicist at 012-8856465


BN ‘gitu-gitu’, pembangkang ‘gini-gini’



SERAH BR1M ... Hamisa menyampaikan baucar BR1M kepada salah seorang penduduk kawasan DUN Tanjung Batu.

PANTAU ... Hamisa memantau semasa semakan BRIM di kawasan DUN Tanjung Batu di Dewan Masyarakat Tawau.

TAWAU: Penafian kerajaan Barisan Nasional (BN) bahawa pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada rakyat negara ini  tidak bermotifkan politik tetapi, semuanya itu disangkal oleh pembangkang.
Dari sudut pandangan pembangkang pula, pemberian BR1M itu jelas bermotifkan politik kerana diberikan menjelangnya PRU-13. Orang tolol pun boleh baca niat BN.
Terang lagi bersuluh, kerajaan BN seharusnya berani mengakui bahawa program pemberian BR1M itu bermotifkan politik untuk memancing undi. Tidak perlu sorok-sorok niat itu, Allah jua yang mengetahuinya.
Kerana tidak ada rahsia yang tidak dapat dibongkarkan, itulah rahsia BN  dan sedang terbongkar di mata pengundi. Pembangkang akui tidak mampu memberikan bantuan seumpamanya kepada rakyat seluruh Malaysia ketika ini kerana mereka bukanlah pentdbir ‘Wisma Putrajaya’.
Lain pula pendapat wakil rakyat Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat, di mana pemberian BR1M dari kerajaan BN itu untuk mengurangkan beban hidup rakyat dan, menafikannya sebagai pancing undi.
Menurut Hamisa, berdasarkan Bajet 2012 yang dibentangkan September 2011, isi rumah yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan kerajaan bantu dan kini kerajaan dalam melaksanakan janji.
“Program itu bukan sekadar untuk meraih 'mileage' politik tetapi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya ketika ditemui selepas Penyerahan Baucar BR1M di Dewan Masyarakat Tawau, di sini, kelmarin.
Menurut beliau, kerajaan BN tidak sanggup melihat kehidupan rakyat berterusan dihimpit kemiskinan. Oleh itu, kerajaan mesti membuat sesuatu untuk membalas kepercayaan rakyat yang memberi mandat pada pilihan raya umum 2008.
 “Sayang seribu kali sayang, negeri-negeri yang ditadbir urus oleh pembangkang dari awal sampai habis panggal pemerintahan terus mengalami gerhana.
“Sekarang rakyat di negeri-negeri berkenaan teraba-raba mencari ‘nuriah BN’ untuk membina kehidupan baru lagi selesa.  Mereka tidak sanggup lagi  berteduh dalam kerajaan ‘janji terang bulan’, semua janji PRU-12 tidak ditunaikan,” jelasnya.
 Pembangkang, katanya, lebih sibuk mencari kesalahan BN daripada menjaga kebajikan rakyatnya yang sudah lama menunggu janji manis PRU-12 yang sehinga kini tidak terunai lagi.

Friday, 24 February 2012

Kerajaan sedia dedah surat Dr Mahathir kepada pemimpin Israel


MELAKA, 24 Feb:  Surat yang diutuskan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada dua pemimpin Israel akan didedahkan kepada umum jika tiada kemudaratan kepada negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib berkata beliau telah meminta Wisma Putra untuk menyemak semula surat tersebut dan memberi ulasan sama ada ia boleh didedahkan. 
“Saya fikir kalau tidak ada apa-apa kemudaratan kepada negara, tidak ada sebab kita tidak boleh siarkan surat itu secara terbuka lebih-lebih lagi kerana pihak pembangkang cuba menimbulkan kekeliruan dan mempertikaikan surat tersebut,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan mesra di sekitar bandar Melaka di sini, hari ini.
Beliau berkata pihak pembangkang sudah tersepit dengan kenyataan seorang pemimpin mereka yang menyokong usaha menjamin keselamatan Israel.
“Ini adalah satu sokongan yang ‘unqualified’ sebenarnya yang mana kenyataan itu sudah menimbulkan kemarahan yang begitu ketara dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Jadi sekarang ini mereka cuba nak mencari alasan kononnya kita ada hubungan dan ada membuat sesuatu dengan kerajaan Israel dan sebagainya,” kata Najib.
 Beliau berkata usaha perlu dibuat untuk menghilangkan salah tanggapan yang cuba dibangkitkan pembangkang.
Dr Mahathir dilaporkan mengakui pernah berutus surat dengan dua Perdana Menteri Israel ketika beliau menerajui kerajaan bagi menegaskan bahawa rakyat Malaysia tidak mengiktiraf rejim Zionis yang menindas rakyat Palestin. 
Dr Mahathir berkata beliau masih menyimpan surat berkenaan dan mendakwa tidak tahu kenapa kerajaan tidak membenarkan kandungannya disiarkan.


Kerajaan PAS Kedah berkocak

Mengulas laporan berhubung keengganan beberapa Exco kanan kerajaan PAS Kedah untuk dilantik semula kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan corak pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Najib menyifatkan ia masalah dalaman parti itu.
“Pada masa sekarang ini kita tengok apa yang berlaku sebab nampaknya pergolakan itu semakin hangat dan semakin serius, bagaimanapun kita tunggu dululah apa yang berlaku pada 28 Feb nanti,” katanya yang merujuk kepada tarikh pelantikan semula anggota Exco Kedah yang dijadual berlangsung di Istana Anak Bukit. - Bernama

Dajal-dajal PKR bakar memorandum Pemuda BN


HANYA kerana marahkan nyamuk, kelambu pun dibakar. Perumpamaan ini sangat sesuai diterjemahkan kepada perbuatan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini (24 Feb) yang bertindak membakar memorandum Pemuda Barisan Nasional (BN) yang mengutuk kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sokongannya terhadap isu keselamatan negara Israel.
Perbuatan kakitangan PKR membakar memorandum itu menggambarkan sikap sebenar  ‘mereka’ ini, sama seperti bapa petualang negara iaitu  Anwar yang sanggup menjadi tali barut negara asing (Israel) semata-mata kepentingan politik PKR.
Bayangkan, jika memorandum ini pun mereka boleh bakar, apatah lagi surat masalah rakyat dan surat-surat rasmi lain. 
Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi PKR di mana membakar ‘memorandum’  adalah yang pertama berlaku di Malaysia dan dunia. Sejarah ini patut dibukukan untuk rujukan generasi-genarasi akan datang.
Ini bagi membolehkan genarasi itu nanti dapat mengenali ‘dajal-dajal’ dan berua-berua dalam sejarah politik Malaysia.
Benarlah kata Setiausaha Pemuda BN Datuk Megat Firdaus Megat Junid bahawa tindakan PKR membakar memorandum itu menunjukkan parti itu ‘tidak amanah dan jujur’.
Kejadian itu berlaku selepas Pemuda BN meletakkan memorandum itu dalam peti surat parti itu di ibu pejabat PKR di Damansara di Petaling Jaya, Selangor, kira-kira jam 4 petang tadi.
Selepas memorandum itu diletakkan dalam peti surat, kira-kira 50 anggota Pemuda BN yang menyertai perhimpunan itu mendapati kakitangan PKR keluar dan mengambil memorandum itu lalu membakarnya.  
Selama ini, belum pernah kita dengar BN membakar surat-surat dari parti pembangkang sebaliknya sentiasa memastikan ada pegawai yang menerima memorandum yang dihantar baik positif atau negatif. 
Bagaimana pula dengan PAS dan DAP. Apakah mereka juga sanggup berbuat demikian untuk mempertahankan berua dan dajal .

* Kalau mereka tergamak membakar memorandum yang berinti patikan data dan fakta penting maka, suatu hari nanti golongan atau keturunan yang sama juga akan lebih berani lagi bahkan sanggup membakar Al-Quran, Bible dan Buku Undang-Undang Perlembagaan Negara. Semuanya itu hanya berpunca atas nama 'politik'. Politik mengatasi hukum agama (Allah). - Editor Sidang Rakyat

Thursday, 23 February 2012

Pegawai Imigresen terlibat jenayah Pemerdagangan Orang: Hamisa



SIJIL PENGHARGAAN … Hamisa menyampaikan Sijil Penghargaan kepada para peserta seminar sambil diperhatikan Mariati.


TAWAU: Pegawai-pegawai Jabatan Imigresen Malaysia memang terlibat secara langsung dalam aktiviti jenayah pemerdagangan orang, tegas Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat.
 “Buktinya, lima orang pegawai Jabatan Imigresen telah ditangkap kerana penglibatan mereka dalam memperdagangkan pelarian-pelarian orang Myanmar. Seorang daripada mereka telahpun didakwa di mahkamah,” katanya.
Katanya semenjak penguatkuasaan sepenuhnya Akta Pemerdagangan Orang 2007, lima orang individu telah dijatuhi hukuman di bawah akta ini.

RAMAH MESRA …  Hamisa beramah
mesra dengan para peserta seminar.
 
Pendakwaan pertama yang dianggap berjaya ialah pada Disember 2008 di mana seorang warganegara berbangsa India telah mengaku salah mengeksploitasi pembantu rumahnya dalam kancah pelacuran dan telah dijatuhi hukuman selama lapan tahun.
“Pada Februari 2008, pihak polis telah menangkap 173 orang di bawah Akta Pemerdagangan Orang di mana 23 daripada mereka telah didakwa.
“Sehingga kini 17 kes telah dibawa ke mahkamah, 36 kes masih dalam siasatan dan 80 peratus merupakan pemerdagangan berbentuk seksual,” jelasnya.
Hamisa berkata, masalah pemerdagangan orang sebenarnya bukan isu baru bagi Malaysia, kerana sebelum tahun 2007 tidak ada undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen Malaysia untuk menangani masalah besar serupa ini.
Tegasnya, hasil gesaan dan pandangan badan-badan bukan kerajaan (NGO), persatuan-persatuan dan parti-parti politik, Parlimen Malaysia telah membentangkan Rang Undang-Undang Pemerdagangan Orang 2007.
“Di mana Parlimen kemudiannya meluluskannya sebagai akta dan penguatkuasaan sepenuhnya Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 bermula pada akhir bulan Februari tahun 2008,” tambahnya.
Menurut Hamisa lagi, selain aktiviti pemerdagangan orang dalam Malaysia,  terdapat juga jenayah pemerdagangan orang di kalangan warganegara Malaysia sendiri yang diperdagangkan di luar negara seperti Singapura, Macau, Taiwan, Hong Kong, United Kingdom, Australia dan Kanada.
“Manakala gadis dan wanita dari luar negara yang dibawa masuk ke Malaysia adalah dari negara-negara Thailand, Myanmar, Kemboja, Vietnam, Republik Rakyat China, Filipina, Korea dan Indonesia,”ujarnya.
“Kegagalan membendung kegiatan pemerdagangan orang telah membawa persepsi bahawa pihak berkuasa Kerajaan Malaysia yang terlibat tidak melaksanakan tugasan dan tanggungjawab mereka dengan sempurna,” katanya.
Berikutan itu, sebuah majlis terdiri daripada agensi-agensi pelbagai kerajaan juga telah ditubuhkan bagi menyediakan Pelan Tindakan Lima Tahun dalam menangani aktiviti pemerdagangan manusia.
Katanya, kebanyakan mangsa adalah gadis dan wanita di mana golongan ini terdedah kepada eksploitasi seksual dan juga buruh paksa. Mereka telah didera secara emosi, mental dan fizikal untuk menjadi hamba seks.
“Kebanyakan mangsa diculik, diperdaya dengan janji-janji pekerjaan bergaji lumayan dan peluang
perkahwinan luar negara, mengiklankan peluang-peluang pengambilan pekerja melalui akhbar, atau menemui mangsa dan keluarganya secara langsung dengan menjanjikan pekerjaan yang baik,” jelas Hamisa.
Hamisa yang juga Pengerusi Pembangunan dan Keluarga Parlimen Kalabakan berkata, aduan-aduan rasmi yang diterima terdapat pekerja-pekerja asing di negara ini dikurung, ditempatkan dalam kediaman yang amat daif, tidak dibayar gaji, bekerja tanpa rehat dan pasport mereka disimpan/dirampas majikan.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Penutupan Seminar Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 di Hotel Promenade, Tawau di sini kelmarin.
Kira-kira 140 peserta menghadiri seminar tersebut dan merupakan anjuran Majlis Penasihat Wanita Sabah.
Turut hadir Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah, Datuk Hajah Mariati Robert, wakil Presiden Majlis Perbandaran Tawau,  penceramah jemputan Dg. Rozahanie Rohani Awang Mokti yang juga Ahli Jawatankuasa Undang-Undang Majlis Penasihat Wanita Sabah.



Wednesday, 22 February 2012

Guna muzik hasilkan ayam: ANTARA


JAKARTA, 22 Feb: Dendangan muzik rancak seperti dangdut serta irama muzik perlahan yang diperdengarkan kepada ayam pedaging oleh ratusan penternak di desa Sumbersuko, Tlogowaru, Bandar Malang, Jawa Timur dilaporkan berhasil meningkatkan mutu ternakan mereka sejak tiga tahun kebelakangan ini. 
Sejak menggunakan teknik terapi muzik itu yang dimainkan 24 jam, para penternak di kawasan itu mendakwa mereka berupaya menuai hasil ternakan yang lebih sempurna, berbanding sebelum itu di mana jumlah ayam yang mati setiap kali musim tuaian agak tinggi.
Lagu-lagu rancak atau dangdut yang diperdengarkan kepada ayam-ayam itu bukanlah membuat mereka berjoget ataupun sebaliknya menjadikan mereka terlelap bila mendengar lagu berirama perlahan yang mendayu-dayu, tetapi muzik itu bertujuan menjadikan ayam ternakan mereka tidak mudah terkejut sehingga boleh menyebabkan kematian, agensi berita ANTARA melaporkan, Rabu. 
“Sejak menggunakan terapi muzik, kami berjaya menuai hasil ayam secara sempurna, dan dilakukan empat kali dalam setahun.
Padahal, sebelum menggunakan terapi muzik, sekitar 30 peratus daripada 1,000 ayam kami mati setiap kali menuai hasil,” kata Ahmad Fauzi, salah seorang penternak di kawasan itu.
 Fauzi, 29, berkata terapi muzik untuk ayam sudah popular di kalangan penternak kawasan  Tlogowaru sehingga ia tidak dianggap aneh bagi masyarakat tempatan, walaupun belum ada bukti perubatan tentang kesan terhadap kesihatan ayam yang mendengar muzik itu.

PAS TIDAK IKTIRAF ISRAEL


KUALA LUMPUR, 22 Feb :  Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menegaskan parti itu sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel.
Beliau berkata pendirian Pas itu adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestin. 
Katanya adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram, ditambah
lagi dengan tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua.
“Di sini saya mengulangi pendirian Pas sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama, iaitu Pas sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel dan tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.
 “Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerima pendirian Pas ini,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan melalui laman web parti itu di www.pas.org.my di sini hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan pertemuannya dengan Anwar semalam.  Menteri Besar Kelantan itu berkata pada beliau adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.

Gerakan murtadkan umat Islam


SHAH ALAM, 22 Feb :  Kerajaan Negeri Selangor hari ini meminta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyiasat dakwaan bahawa terdapat unsur-unsur untuk memurtadkan umat Islam di negeri ini.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pengesahan itu diperlukan berikutan dakwaan bekas exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hasan Ali dan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung perkara itu. 
Hasan mendakwa adanya usaha memurtadkan umat Islam berdasarkan kitab bible bertenaga solar (solar powered bible), mubaligh Kristian memakai jubah memasuki masjid serta minum dan mandi air suci (baptism).
Abdul Khalid berkata dakwaan Hasan itu tidak disertakan bukti kukuh hingga menyebabkan wujudnya rasa tidak selesa di kalangan masyarakat majmuk di negeri ini.
“Dakwaaan ini juga tidak konstruktif kerana ia semata-mata mahu melemahkan peranan Mais dan Jais,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat mingguan exco di sini, hari ini.

TIDAK PERLU BERBAI’AH - DR MAHATHIR


SHAH ALAM, 22 Feb: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata seseorang Muslim tidak perlu berbai’ah kepada pemimpin yang hanya merupakan orang biasa.
“Bai’ah bermakna kita ‘swear loyalty’ (sumpah taat setia) kepada pemimpin yang manusia biasa dan boleh buat benda yang salah...bahkan kita dapati banyak pemimpin PAS yang buat salah daripada segi agama,” katanya. 
Katanya seseorang Muslim hanya perlu tunduk kepada Allah SWT dan mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah.
Dr Mahathir mengulas laporan akhbar hari ini bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata setiap calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai’ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah dan sesiapa yang melanggarnya “akan celaka dunia dan akhirat”.  
“Tidak ada perlu Bai’ah kepada sesiapa...bukan pun Nabi, jadi nak Bai’ah buat apa?” kata Dr Mahathir pada sidang media selepas menyampaikan syarahan perdana “Transformasi Minda Penyelidik Muda” anjuran Persatuan Pascasiswazah Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata PAS cuba mengongkong pemikiran para penyokongnya dengan tidak membenarkan mereka menerima pendapat-pendapat yang berlainan daripada parti itu kerana itu mereka mengamalkan bai’ah di dalam parti itu.  
Mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau tidak akan menyaman The Wall Street Journal, Dr Mahathir berkata Anwar memang menyokong Israel.
“Jadi Nik Aziz (Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) nak cuba pertahan dia kononnya soalnya kenapa kerajaan Malaysia benarkan kapal Israel masuk pelabuhan? 
“Ya, itu adalah satu amalan antarabangsa. Kita kalau nak ada sekatan kita mungkin melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya.  
Dr Mahathir berkata Malaysia tidak boleh menyokong Israel sama sekali kerana negara itu ditubuhkan daripada tanah yang dirampas daripada hak orang lain dan ini bukan satu perkara yang betul.
 “Walaupun dunia mengiktiraf Israel, ia pula cukup ganas dan membelakangkan undang-undang antarabangsa seperti membuat sekatan ke atas Gaza di Palestin.
“Inikah manusia yang patut kita jaga keselamatan dia? Orang patut jaga dia daripada serang orang lain, bukan jaga keselamatan dia,” katanya.
Beliau berkata beribu rakyat Palestin ditahan di dalam penjara di Israel, kebanyakannya tanpa bicara dan ia merupakan satu rejim yang cukup zalim. 
“Jika Amerika Syarikat hendak menukar rejim pemerintahan sesebuah negara, rejim Zionis Israel perlu ditukar dahulu,” katanya.
Mengenai pelancaran badan bukan kerajaan JATI semalam, beliau berkata Presidennya Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata JATI bukan sebuah parti politik tetapi beliau sepatutnya menerangkan apakah matlamat JATI seperti perjuangannya dalam memperjuangkan Islam.
Bagaimanapun, beliau berkata: “Saya tidak suka lebih banyak parti lagi ditubuhkan, ia memecah-belahkan orang Melayu yang sudahpun berpecah kepada tiga, kini mereka berpecah kepada empat, lima, enam sehingga menjadi minoriti”.
  Ditanya mengenai kerajaan perpaduan Umno bersama PAS, beliau  berkata: “Kita dah buat dulu kita masukkan PAS dalam BN tapi dia bukan  memperjuangkan Barisan Nasional dia cuma memperkembangkan pengaruh dia sahaja semasa jadi menteri dan sebagainya. 
“Jadi tak ada keikhlasan untuk bekerjasama sebab itu kita berpecah dan sekarang ni mereka tidak suka nak bekerjasama dengan Umno, mereka nak kerjasama dengan DAP hingga sanggup gugur bahasa nak dirikan negara Islam pasal nak kerjasama dengan DAP...itulah PAS.”
Beliau berkata apa yang membimbangkan ialah bangsa Melayu masih lagi kaum termiskin di Malaysia dan jika ia terus berpecah menjadi lemah, harta mereka akan jatuh ke tangan orang lain.

Indonesia kembalikan ikan Malaysia kerana formalin

JAKARTA, 21 Feb: Indonesia mengembalikan ikan yang diimport dari Malaysia dan Pakistan menerusi Pelabuhan Belawan di Medan, Sumatera Utara, selepas mendapati ikan terbabit mengandungi formalin.
Ketua Pengarah Pengawasan Sumber Daya Kelautan dan Perikanan, Syahrin Abdurrahman berkata Stesen Kuarantin Ikan, Pengendalian Mutu dan Keselamatan Hasil Perikanan Kelas 1 Medan II mendapati ikan itu mengandungi formalin pada kadar antara 0.25 hingga 0.4 mg dan 0.25-0.8 mg sekilogram.
Proses pengeksportan kembali semua ikan itu akan dikawal ketat dan sebuah kapal pengawas perikanan akan mengiringi kapal pengeksportan kembali itu sampai ke kawasan sempadan perairan negara jiran, katanya di sini.
“Sesuai amanat undang-undang perikanan, kami harus memastikan tertib pelaksanaan undang-undang. Kerana itu, ikan yang jelas mengandungi formalin sehingga dilarang diedarkan di Indonesia, terus kami kawal dari proses pemuatan di pelabuhan, di dalam perjalanan sehingga benar-benar keluar dari wilayah Indonesia.
“Jangan sampai ada penyalahgunaan lagi di tengah jalan,” katanya seperti yang disiarkan pada laman web Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia pada Selasa.
Syahrin Abdurrahman bagaimanapun tidak menyebut jenis ikan serta jumlah yang terlibat. - Bernama